Isi Borang [18+]

Al kisah tersebutlah kisah,

arakian berjalanlah kedua-dua pasangan yang telah lanjut usia, menuju ke kaunter imigresen, niat di hati nak pegi umrah…

Tiba di sana dimintaklah borang untuk diisi,

Isteri: abang faham ker borang tu mcm maner nak isi
Suami: ala abang ni kalau setakat form orang putih ni kacang jer

Name: Ali Bin Deraman
Age: 63
Sex: _______________

bila dah masuk bab sex ni yang payah

si suami pon bertanya isteri

suami: sex tu aper yer Yang…?
isteri: ish tanya kiter lak…. tadi kata kacang
suami: setahu abang sex ni yang itu-itu tuuuuu… (sambil mencocok telapak tangan isterinya)
isteri: iyer ker bang……… benda macam ni pon depa nak tau gak ker
suami: agak-agak abang itulah kot
isteri: abis dia nak kita tulis apa kalau pasal benda tu bang..
suami: dia nak confirm kita sihat ker tak kot……
isteri: a’ah!!! abis tu abang nak tulis apelah
suami: kita tulis ajelah apa2 yg boleh yakinkan depa yg kita ni masih sihat dan kuat
isteri: dia nak tahu berapa kerap kot………(tersenyum tersipu-sipu)
suami: a’ah! bijak juga isteri abang ni…
isteri: abang nak tulis camner bang
suami: everyday kot…
isteri: everyday tu apa bang
suami: tiap-tiap hari ler
isteri: mak aiiii!!!……… dah buang tebiat ker org tua ni, masa mula2 kahwin dulu boleh ler… abang tak malu ker tulis macam tu dah tua-tua begini
suami: iyer tak iyer jugak kan, abis tu nak tulis ape
isteri: abang tulis jer lah jarang-jarang, kan dia nak tahu kita sihat ker tak jer…. jarang-jarang tu dah kira ok aper kalau banding ngan umur kita yg dah tua ni…
suami: baiklah………abang isi jarang-jarang ajelah

Name: Ali Bin Deraman
Age: 63
Sex: Seldom

bla…bla…bla…

Di kaunter

Peg.Imigresen: Semua dah lengkap pakcik cuma satu jer yg tak jelas sangat

Ali: Apa dia nak
Peg. imigresen: pasal SEX ni kenapa pakcik tulis SELDOM
Ali: syyyyyyyyyyyhhhhhhh!!!!!!!!!! (pelan-pelan nak…)
Peg.Imigresen: (kenapa pakcik?)
Ali: malu nak…..

————————————————————-
Passport pon siap selepas seminggu

Suami: oh! lain kali kalau ada form tanya pasal sex kena bubuh M rupanya, macam dia tahu jer aku ni saiz M jer…….
Isteri: yang saya ni lak apsal dia bubuh F
suami: eh!eh! tengok Yang… iye tak iye gak, agaknya sebab awak selalu fail kot
Isteri: fail apernya bang?
Suami: awak kan mandul…………..

Catat Ulasan

0 Ulasan