DI AKHIR KEHIDUPAN [RASULULLAH SAW]

Dalam kitab Shahihaini dan yang lainya disebutkan,, ketika Nabi saw pulang dari menunaikan Haji Wada,, beliau jatuh sakit.. Penyakit inilah yang menyebabkan beliau meninggal.. Hari demi hari penyakitnya kian parah.. Dilihat dari ucapan dan pandangan matanya,, seolah-olah beliau hendak meninggalkan dunia yang fana ini.. Ketika demam yang beliau derita semakin hari semakin menjadi jadi dan beliau yakin akan segera berpindah ke alam lain,, ia ingin berpesan kepada umatnya..

Beliau membalut kepalanya,, lalu menyuruh Fadhl bin Abbas saw untuk mengumpulkan manusia di masjid.. Ketika orang-orang telah berkumpul,, beliau dipapah oleh Fadhl menaiki mimbar.. Setelah memuji Allah swt,, beliau bersabda,,

"Amma ba'du.. Masa pergantian itu telah dekat,, dan kalian tidak akan melihatku kembali di tempat ini.. Maka siapa saja yang aku telah libas punggungnya,, inilah punggungku,, hendaklah ia membalasnya.. Barang siapa yang aku cela kehormatannya,, maka hendaklah ia membalasnya.. Jangan sampai salah seorang dari kalian khawatir bahawa aku akan dengki padanya.. Kedengkian bukan sifat dan karekterku.. Yang paling aku sukai dari kalian adalah berani mengambil kembali haknya yang mungkin telah aku rampas,, atau memaafkan aku.. Sehingga kelak aku menghadap Allah swt dalam keadaan tidak menzalimi seorang pun.."

Kemudian Rasulullah saw pulang ke rumah.. Kini,, demam yang beliau derita telah berada di seluruh tubuh.. Dengan susah payah beliau berusaha keluar masjid untuk solat bersama sahabatnya.. Hinggalah pada satu waktu itu beliau telah solat Magrib pada hari Jumaat,, dan sahabat menyediakan kasur tempat beliau berbaring.. Sementara itu demam beliau semakin teruk..

Orang-orang telah berkumpul untuk menunaikan solat Isya'.. Mereka menunggu Rasulullah saw keluar untuk mengimami mereka.. Padahal penyakit Rasulullah saw telah demikian teruk.. Namun begitu,, beliau berusaha untuk bangkit tetapi tidak mampu.. Akhirnya dengan sangat perlahan,, Rasulullah saw mencuba kembali untuk bangun.. Sebahagian orang berseru,, "Solat..... solat...."

Rasulullah saw menatap orang-orang di sebelahnya dan berkata,, "Apakah orang-orang sudah solat?" "Belum.. Mereka menunggumu wahai Rasulullah.." jawab mereka.. Waktu itu panas badan beliau membuatnya tidak mampu bangkit.. Rasulullah saw pun berkata,, "Tuangkan air dalam sebuah bejana [besen]".. Mereka pun memenuhi permintaan beliau dengan menuangkan air dingin dan menaruhnya dekat beliau untuk menyejukkan seluruh badannya.. Akhirnya suhu beliau kembali turun.. Ketika beliau merasa sedikit segar,, beliau meminta bejana tadi disingkirkan dari tubuhnya..

Ketika mencuba bangkit dengan kedua tangannya,, beliau terus jatuh pengsan.. Pabila sedar,, pertama kali yang beliau tanyakan adalah,, "Apakah orang-orang sudah solat?".. Mereka menjawab,, "Belum wahai Rasulullah.. Mereka menunggumu.." "Tuangkan air dalam bejana agar aku bisa membasuh,," pinta beliau.. Mereka memenuhi permintaan baginda itu..

Ketika Rasulullah saw merasa sedikit bertenaga,, beliau hendak berdiri,, namun kembali pengsan lagi beberapa saat.. Ketika sedar,, pertama kali yang beliau tanyakan adalah,, "Apakah orang-orang sudah solat?" Mereka menjawab,, "Belum.. Mereka menunggumu wahai Rasulullah.."

"Tuangkan air ke dalam bejana,," pinta beliau.. Para sahabat segera memenuhi permintaan beliau.. Lalu dengan air yang dingin itu tubuh beli di gosok.. Beliau mengisyaratkan dengan tangan [tanda berhenti]...

Kembali beliau cuba bangkit,, namun kembali pengsan.. Keluarga yang menyaksikan kondisi beliau terharu.. Air mata mereka mengalir..

Sementara itu,, orang ramai tetap menunggu beliau di dalam masjid.. Selepas sedar,, beliau kembali bertanya,, "Apakah orang-orang sudah solat?" "Belum.. Mereka menunggumu wahai Rasulullah.." jawab mereka.. Rasulullah berharap dapat bangkituntuk solat berjamaah bersama mereka.. Namun penyakitnya mendera dirinya semakin parah.. Penyakit yang mendera jasad yang berbarakah,, yang telah menolong agama Allah swt,, berjihad atas nama Rabb semesta alam..

Ketika merasa tidak mungkin lagi boleh bangkit,, rasulullah saw menoleh ke arah sahabanya sambil berkata,, "Suruh Abu Bakar untuk mengimami mereka.." Abu Bakar r.a. pun menjadi imam.. Tangis kesedihan Abu Bakar sebagai imam membuat para makmum tidak boleh mendengar lantunan ayat-ayat suci Al-Qur'an dengan jelas.. Akhirnya solat Isya' dapat ditunaikan.. Abu Bakar r.a. juga menjadi imam solat Subuh keesokannya..

Begitulah yang terjadi dengan hari yang berikutnya.. Mereka solat dengan Abu Bakar r.a. menjadi imam.. Sementara Rasulullah saw tetap tak berdaya di atas kasur.. Hingga suatu ketika hendak solat Zuhur atau Asar pada hari Isnin,, Rasulullah saw merasa kesihatannya agak baik..

Beliau memanggil Abbas dan Ali untuk memapahnya keluar dari kamar.. Perlahan,, kedua kakinya bergerak.. Beliau menyingkap tabir yang memisahkan kediamannya dengan masjid.. Ternyata,, kaum Muslimin lainnya sedang menunaikan solat..

Rasulullah saw melihat para sahabatnya tersusun rapi dalam sof solat.. Terpaku beliau memandang mereka.. Memandang wajah-wajah mereka yang penuh berkah dan jasad-jasad mereka yang suci.. Setiap orang dari mereka pasti pernah mendapat musibah di jalan Allah swt.. Diantara mereka,, ada yang tangannya terpotong,, matanya tercongkel dan ada yang tubuhnya dipenuhi bekas luka..

Beliau selalu solat,, berjihat dan bermajlis bersama mereka.. Berapa pun malam yang beliau gunakan untuk solat malam,, mereka pasti melaluinya juga dengan solat.. Berapapun jumlah hari yang beliau puasa,, mereka pasti melaluinya dengan berpuasa.. Betapa mereka sabar menerima ujian bersama Rasulullah,, memanjatkan doa yang tulus bersama Rasulullah saw..

Berapa banyak dari mereka yang rela berpisah dengan keluarga dan saudaranya demi menolong agama Allah swt.. Mereka tinggalkan orang-orang tercinta dari tanah air mereka.. Diantara mereka ada yang telah terkorban,, sementara yang lainnya setia menunggu giliran.. Mereka tidak sekalipun mengubah kesetiaan berkorban di jalan Allah swt..

Tetapi di hari itu,, Rasulullah saw akan berpisah dengan mereka,, menuju alam akhirat.. Alam yang telah mereka pun rindu untuk segera menghuninya.. Rasulullah tersenyum melihat mereka sedang solat.. Senyuman itu membuat wajahnya berseri bagai bulan purnama.. Lalu beliau memasang kembali tabir dan berbaring lagi di atas kasurnya.. Setelah itu,, mulailai sakaratul maut mendatangi beliau..

Aisyah r.a. bertutur,, "Aku menyaksikan Rasulullah saw hendak wafat.. Ketika itu di dekatnya ada mangkuk berisi air.. Beliau celupkan tangannya ke mangkuk itu lalu mengusap wajahnya sambil berkata,, 'La Ilaha Illallah, sesungguhnya dalam kematian ada fasa yang menyakitkan...'"

Fatimah r.a. menangis dan bertanya,, "Begitu sakitkah wahai ayah?" Beliau menoleh ke putrinya dan menjawab,, "Tidak ada lagi rasa sakit yang dideritai bapakmu setelah ini.." Fatimah mengusap wajah ayahnya dan mendoakan kesembuhan.. Tetapi beliau berkata,, "Tidak.. Aku malah mengharap segera bertemu dengan Allah,, bersama Jibril,, Mikail dan Israfil..

Ketika tubuhnya mulai melemah.. Dalam sakaratulmaut yang dasyat itu,, beliau berulang-ulang kalimat yang ia pesankan pada orang-orang sepeninggalannya.. Bahkan kalimat yang beliau ulang-ulang itu adalah pesan yang paling penting..

Klaimat terakhir itu ialah,, "Solat....... solat dan budak-budak kalian..." Lalu beliau meninggalkan jasadnya.. Beliau telah wafat..

Telah wafat pemimpin orang-orang bertakwa serta kekasihnya Rabbul 'Alamin.. Beliau wafat tanpa menzalimi atau melukai sesiapapun.. Tanpa ternoda oleh harta yang haram.. Tanpa ghibah dan dosa.. Bahkan beliau wafat dalam kedudukan menyeru kepada Allah swt..

Semoga keampunan Allah swt bercurah-curah.. Beliau menyuruh solat dan beribadah kepada Ar-Rahman.. Melarang syirik dan ibadah kepada patung atau berhala..

"Telah datang pada kalian seorang Rasul dari dirimu sendiri.. Ia merasa berat dengan apa yang kalian derita.. Sangat sayang kepadamu,, lemah lembut kepada orang-orang beriman"
[At-Taubah : 128]

Catat Ulasan

0 Ulasan