Memaparkan catatan dengan label Blog Aku. Papar semua catatan

Selamber.org: Blog Santai, Cerita Menarik, Tak Perlu Stress!

Okay, jadi kalau korang tengah cari blog yang tak paksa korang berfikir dalam-dalam atau nak terfikir “apa hal lah ni?”, nah, Selamber.org ni tempat yang korang patut singgah. Aku tahu, hidup dah cukup complicated, so jangan tambah stress dengan benda-benda yang membebankan. Mari kita santai je, relaks, dan enjoy setiap cerita yang ada kat sini.

Apa Yang Korang Boleh Jumpa Dekat Selamber.org?

  1. Cerita Sehari-hari Tapi Mengena
    Kadang-kadang cerita yang paling dekat dengan kita tu paling best. Kat sini, aku share benda-benda biasa yang jadi dalam hidup, tapi ditulis dalam gaya yang boleh buat korang senyum atau gelak. Tak perlu serius, just enjoy the ride!

  2. Tips Simple Untuk Hidup Lebih Mudah
    Kita semua ada masa-masa stress, kan? So, aku share tips-tips yang simple, tak susah nak follow, untuk buat hidup korang jadi lebih senang. Kadang, yang simple je yang paling power.

  3. Fikir Santai Tentang Dunia Sekeliling
    Aku tak suka cerita benda yang berat. Cuma nak share pandangan tentang apa yang berlaku dalam dunia sekarang ni, tapi dengan cara yang chill. Takde lah nak bertekak pasal politik, tapi kalau ada benda yang menarik, kita santai je bincang.

  4. Lawak & Hiburan
    Siapa tak nak gelak kan? Ada jugak sesekali aku post lawak dan benda-benda yang buat korang ketawa. Kalau nak lari dari kerja sekejap dan cari bahan gelak, korang datang la sini.

  5. Seni & Kreativiti
    Mungkin ramai tak tahu, tapi aku suka benda-benda kreatif, dari seni visual sampai ke muzik. So, kalau korang pun suka benda-benda macam tu, korang akan suka artikel-artikel aku yang kadang tu memang buat korang terfikir “eh, cool jugak idea ni.”

Kenapa Korang Kena Terus Datang Selamber.org?

  • Relax Je: Tak payah fikir panjang-panjang. Baca je, senyum je. Kalau ada benda yang korang tak faham, no worries – just chill, aku tak paksa pun nak faham semua.
  • Kandungan Baru Selalu: Aku pastikan ada benda fresh kat sini. Tak nak blog jadi macam lapuk, mesti ada artikel baru yang boleh buat korang terhibur dan berfikir.
  • Ada Hati & Jiwa: Blog ni bukan sekadar untuk baca, tapi untuk berhubung. Aku suka baca komen korang, dan kalau korang ada pendapat, jangan malu-malu kongsi.

Apa Nak Buat Kalau Korang Nak Terus Ikut Selamber.org?

  1. Komen & Share Pendapat Korang
    Korang baca, jangan tak komen! Aku suka kalau ada feedback, atau kalau korang nak kongsi cerita hidup korang sendiri. Jangan malu-malu!

  2. Langgan Newsletter
    Kalau taknak terlepas artikel terbaru, langgan je newsletter. Aku tak akan spam inbox korang, janji. Just dapatkan artikel baru terus dalam email.

  3. Follow Kat Social Media
    Kalau rasa nak lagi dekat dengan blog ni, follow je aku kat media sosial. Kadang-kadang, lebih seronok dekat sana sebab aku share benda-benda yang tak ada kat blog.



Story Mori Diri Sendiri

10 Dis 2022
Posted by Selamber.org

 Assalamualaikum semua penggemar blog selamber. Hambar je kan blog ni.. Hahaha.. Akhirnya aku ada juga la sedikit masa yang nak ditaipkan di sini. Setelah sekian lama melupakan blog ni. Rindu nyewwwww.....

Nak story sikit.. Aku akhirnya Adsense terima juga aku untuk buat income guna blog ni. Cuma yang tak best nye, aku dah inactive dah, tak ada la nak jana income. Dulu-dulu tu guna Nuffnang saja, boleh la buat-buat beli kambing golek bulan-bulan.. Hahaha.. Terima kasih lah yea viewer yang dulu-dulu... Rindu kat korang semua.. 

So, sekarang bila Adsense dah approve aku punya proposal, aku semacam tak berapa nak ada mood nak buat konten sangat. Mungkin masa dah berlalu, bukan zaman aku lagi untuk buat blog ini bagai. Bagi la budak-budak sekarang pulak main blog... Tapi, aku tak rasa pon budak-budak sekarang akan buat story pasal diri sendiri macam yang selalu aku buat. Budak-budak sekarang sibuk dengan handphone. 

Nasib zaman aku dulu, aku dah merasa macam-macam perkara, main dalam hutan, main dam, guli, gasing, nyorok-nyorok, main meriam buluh.. So, bila sampai zaman handphone ni pon aku tengah merasa la ni kemeriahan main game, main mobile legend bang bang, main clash of clan, main candy crush saga dan bermacam-macam lagi game-game yang aku main.. Hahaha, so, zaman ini pon aku dah merasa. Cuma kesian lah untuk budak-budak zaman handphone ni, tak ada experience dalam dunia dulu kala.. Hahaha.

Akan tetapi, agak bagus juga lah zaman sekarang tak macam dulu. Zaman dulu, nak contact orang pon guna public phone, yahoo messenger.. Sekarang, tinggal dial sahaja, dah boleh buat call.. Cuma yang tak bagusnya, bila handphone tu dah terlampau canggih, yang di kejarnya cuma application yang bagus.. Ok, stop cerita. Pandai-pandai hangpa lah nak tengok baik buruk.

Aku dah ada anak bujang 2 orang ( dan 1 anak syurga) ni, aku pon sentiasa berdoa semua kebaikan pada zaman korang nanti pulak.. Entah apa teknologi yang akan korang rasa pada masa hadapan, mungkin kereta terbang ke, teknologi dengar suara hati ke, alat hidup 1000 tahun ke,  entah lah.

Baiklah, ini cukup kot aku rasa menaip.. Tapi pengalaman aku menaip blog ni, buat aku expert jadi Admin, hahaha.. Laju alhamdulillah.. Kalau ikut online typing test, paling laju aku taip adalah 68 rpm.. Itupun text yang sama aku ulang-ulang, baru dapat.. Hahaha.. Tapi kadang-kadang main dengan kawan-kawan kat tempat kerja, boleh la dapat 50 >>60 rpm... Alhamdulillah.. Ini pon rezeki main blog jugak ni.. Hahaha...

Sampai jumpa lagi di post akan datang Insyaallah..

copy paste : https://www.mialiana.com/2014/11/gaya-penulisan-blogger-yang-tersendiri.html


Dan Sebenarnya...

3 Mac 2021
Posted by Selamber.org

 Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa. Nak post pasal apa. Nak fikir idea apa. Aku tak tahu nak mengolah tentang apa. Kebuntuan Idea sebenarnya. Aku nak post pasal benda yang orang lain buat, macam meniru pulak. Padahal aku nak buat mengikut cara aku yang tersendiri. Tapi aku pon tak tahu bakat aku dekat belah mana. Haha. So, dari aku menggagau fikir apa nak selit dalam blog aku, elok aku buat apa yang aku tau. Tapi, apa yang aku tau? Aku tau buat kerja electrical. Tapi, untuk post sesuatu yang aku faham @ mahir, perlukan 1 usaha yang agak mendalam. Dan aku bukan seseorang yang akan buat sesuatu yang agak leceh.

Aku melayari bermacam-macam blog tentang menaikkan traffic, nak bagi glamour blog aku. Macam-macam idea datang. Cuma tak ada 1 idea pon yang akan aku guna untuk blog selamber aku ni. Aku rasa macam kekurangan sesuatu. Hati aku sentiasa memikirkan supaya aku mencipta 1 domain untuk menaikkan traffic blog aku ni. Ada juga orang yang syorkan supaya buat begitu. 

Sekiranya aku mencipta 1 domain, dan cuma menunggu, berharap ada orang yang akan masuk blog aku yang entah hapa-hapa ni, mungkin aku silap. Sekiranya aku ada 1 domain atas blog aku ni, apa yang aku nak buat lepas tu. Aku tak boleh diam, aku kena buat sesuatu. Tapi itu yang buntu sebenarnya. Aku memerlukan "Entry" "Tajuk" "Topic" untuk berbuat sesuatu. Dan aku tak bagus tentang hal ini.

Dan, kadang-kadang fikir, kalau aku naikkan traffic blog ni, apa aku boleh dapat? Dapat duit ke?......

Yup, itu yang sebenarnya aku fikir. Tapi, andai kata lah, aku dapat ramai visitor yang masuk dalam blog aku ni, apa yang diorang tertarik? Pon, aku baru terfikir dan aku terus taip. Ok lah, andai kata kalau ada yang masuk dan tertarik dengan apa-apa yang aku post, dengan cara apa untuk aku dapat duit?

Semalam, ada 1 blog yang kata: Orang yang buat blog atas tujuan peribadi @ personal, sekadar nak bercerita tentang diri sendiri, untuk zaman sekarang ni lah. Sudah ketinggalan zaman. Zaman dulu mungkin boleh. Tapi zaman sekarang, orang dah sebok dengan Facebook, Twitter dan pelbagai lagi. Buat apa orang nak cari blog lain, sekadar nak baca kisah orang lain? Macam la aku ni artis. 

Haah, kalau artis, nak buka blog, cerita pasal diri sendiri, semestinya ramai yang akan follow blog dia. Setiap hari update, orang akan sentiasa menunggu. Aku? Artis apa. Haha.

Tapi, untuk masa sekarang ni, aku perasan dekat 'stats' aku, setiap hari ada dalam 10 - 20 kunjungan tak rasmi dalam blog aku ni. Walaupon aku dah jarang update, kurang active macam dulu-dulu, tapi masih lagi ada pengunjung setia yang masih masuk ke dalam blog aku ni. Aku tak kira la dia siapa, pengunjung sesat ke, supporter ke, rakan-rakan blog yang lama dulu ke. 

Yang pasti, berbekalkan tentang beberapa pengunjung yang masih mengunjungi blog aku, aku akan tetap teruskan penulisan aku, gaya aku, hidup aku. Macam mana aku nak buat duit? Haha. Tak apa. Aku bekerja, dapat duit cash. Bulan-bulan gaji masuk. Ada rezeki tak kemana. Kalau Allah dah kata rezeki aku dekat sini, akan ada rezeki aku.

Insyaallah.

Wassalamualaikum.

2020 - Cerita Untuk Ku

16 Jul 2020
Posted by Selamber.org
Salam sahabat blogger..

Post pertama dalam tahun 2020 nie.. Rindu gila dengan blog ni. Lama tak menaip laju, sibuk dengan urusan kerja. Aku nye kerja ni banyak membabitkan kerja computer, tapi nak pergi ke blogger tu, agak canggung sikit.. Pasal dah lama x buka kan.... tapi tengok statistik orang masuk jengok dalam blog ni pon dah agak kurang dah berbanding yang dulu2 waktu active. Agak2 nya, ada lagi x yang nak mendengar luahan hati seorg lelaki ni ye.. Lelaki yang pada dahulunya selamber, kalau sekarang agak2 selamber lagi tak.. haha..

So, kisah penulisan aku hari ini hanyalah sekadar melepaskan gian di tangan sahaja. Takde niat nak buat entry baru.. Sekarang aku nak mencantikkan kembali wajah blog aku ni.. Dengan masa yang x berapa mengizinkan ni, mana yang sempat lah.. 

Jadi, sekiranya blog ini ada pembaca setia, nantikan kemunculan aku akan datang.. Cuma aku nak kata, misi mencari kekasih aku dulu telah berjaya.. Dah jadi isteri aku pon, haha.. Apo nak di kato, dah jodoh.. 

Cerita sikit lah, alang2 dah buka blog ni.. Hahaha.. Selalu aku di tempat kerja, aku suka bergurau. Aku gurau tak kira orang. Boss besar pon aku gurau kasar. Kadang2 saja pekena boss tengah meeting, aku masuk buat hal. Hahaha.. Penah sekali kene lecture ngan boss aku, sampai terdiam aku terpana kena sound menusuk kalbu.. Makan 2,3 hari gak nak reda.. Pastu, kembali pada asal. Kacau lagi.. Hahaha..

Aku nak amik chargeman.. Tapi buku log belum habis2 lagi.. kalau ikutkan rasa nak copy orang lain punya jer.. TAPI, aku tak mau sijil yang keluar nanti tak berkat. Biarlah aku usaha sendiri. Buat apa yang aku tahu, andai kata aku berjaya masuk belajar nanti, boleh aku cerita dengan orang, aku masuk bukan ikut jalan belakang... Rase riak pulak yooo.. Hahaha.. Nauzubillahiminzalik.

Juga nak masukkan sekali cerita pasal aku sedikit.. Aku Lelaki, berjodoh pula dengan seorang wanita berketurunan Mamak..(",) Isteri aku muda sikit.. Beza umur aku 4 tahun.. So nanti dah tau lah sapa mati dulu.. Hahahah, hadeihh.. Aku juga telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tiga2 lelaki.. Belom rezeki dapat perempuan lagi.. Ops, tolak sorang anak, tinggal 2.. Sorang lagi dah meninggal dunia.. Anak kedua.. Musa namanya.. Sempat aku renung mukanya selama 15 hari sahaja.. Kemudian dia telah kembali pada Allah yang Maha Agong... Jadi, Allah lagi sayang dia.. Kurang2 ada keturunan aku dah confirm tiket masuk Syurga.. Apa lagi yang nak dibanggakan lagi kan, Syurga tuu.. sapa tak mau.. Hahaha.. Dalam ketawa, sebenarnya ada perasaan duka dalam hati.. mmmm... Rindu kat Musa.. kadang2 mengharap doa untuk dapat mimpi jumpa dia, nak tengok apa jadi kat dia.. Tapi haram,, tak pernah mimpi.. Hahahaha...

Untuk rakan2 blogger aku yang lama2 dulu, yang aku dah tak ingat pon sapa, teruk kan aku? Hahaha.. Untuk semuanya, aku mendoakan semuanya agar lebih bahagia, sapa nak ngeteh, boleh roger aku.. Area Petaling Jaya, aku jalan.. Area lain, kim salam je lah.. Hahaha..

Tak lupa kepada orang2 yang selalu berkongsi suka duka dengan aku pada waktu dahulu.. Orang yang selalu ada bila diperlukan, dan tak perlu ada pon tetiba pulak dia ada.. Huhu.. Semuanya aku harap berbahagia..

Dan aku memetika 1 kata dari aku sendiri dahulu untuk peringatan untuk diri sendiri.. 
.
.
.
.

Aku dah tulis dah, tapi aku padam balik.. Kan, dah nampak kan aku ni dah takda keberanian macam dulu2.. Selamber Adap Jer aku dah hilang.. Hahaha....

Terakhir sekali, aku mengharapkan, blog ini mendapat tatapan yang berupa gelak tawa, dan senyum panjang lebar dari pembaca semua.. Lagi2 yang tengok daripada permulaan cerita blog nie, aku gerenti semua nya memang boleh buat korang tersengeh.. hahaha.. Cerita pasal hantu lah, puteri bunian lah, tapi, segala yang aku cerita, memang semuanya benar2 belaka. Dan yang pasti, semuanya hanya daripada aku sendiri..

Aku belanja 1 gambar, ni gambar masa dekat IKBN Dusun Tua.. Jurusan PPU, P84.. Kalau sesiapa muka ada dalam ni, walaupun tak jelas, sila munculkan diri anda. Dan, aku dalam gambar ni ada lah yang no 3 dari kiri.. hahaha.. Amacam, skema tak aku.. Hahaha.. Hope all success..


Wassalam...

Wassappp Guyss

28 Ogo 2017
Posted by Selamber.org
Tag :
Assalamualaikum n selamat sejahtera..

Hari2 kerja... Kerja hari2.... Penat kerja, balik layan isteri.. Hati senang... Bosan2 layan isteri, hilang rasa bosan.. Bila gadoh, gadoh dengan isteri, confirm tido luar.. Hahaha..

Ape la agaknya nak dibuat lagi.. Lama betul aku x update blog aku ni.. Dah hilang peminat dah blog ni.. Visitor hampir2 dah x da.. Kalau yang ada pon maybe salah tekan la tu.. Ape la nak dibuat yek..

Macam2 blog lain semua cerita nak naikkan traffic blog la, buat duit dengan blog la, semua blog la, tapi aku ni dulu kini selamanya x naik2 dengan blog.. Tapi kena terima kasih juga dengan blog pasal mempertemukan jodoh aku dengan isteri aku.. Huhuhu..

Dan sekarang, aku x de idea nak tulis ape.. Walaupun aku menaip dengan kelajuan 'SUPER!!!' Tapi kalau xde idea, nak taip ape yekkk.. Hahaha..

Sekian.....


Welcome to My Blog

Shopee Ads

Pengunjung Ku Last 7 Days

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer