Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Keluhan Isteri

28 Apr 2017
Posted by Selamber.org
Isteri:  Bang, kenapa setelah kita bernikah, abang tidak pernah ajak saya jalan-jalan lagi...?

Suami: Cuba kamu ingat-ingat.., kita bernikah dulu kerana apa?

Isteri: Ya, kerana jodoh, bang.

Suami: Nah, itulah bukti pepatah, "Kalau sdh jodoh tidak ke mana-mana." ...



Kisah si Pelanggan dan Pelayan..

27 Apr 2017
Posted by Selamber.org
Tag :
Di suatu senja yang dipenuhi awan putih, ada suatu adegan di sebuah kedai Tomyam Makcik Mona.

Pelanggan : Makcik! Di pinggan saya ada se ekor lalat dah mati!
Makcik Mona : Benar, lalat tue bukan perenang yang baik.....

Pelanggan : Makcik! Ada serangga terbang di atas sup saya!
Makcik Mona : Tidak mengapa encik, takkan habis punya encik punya sup tue.....

Pelanggan : Makcik! Ada serangga nie terbang atas sup saya!
Makcik Mona : Habis tue Encik nak minta saya buat apa? Jadi bodyguard peribadi?

Pelanggan : Makcik! Apa maksudnya kalau ada serangga terbang di atas sup saya?!
Makcik Mona : Saya tak tahu Encik. Saya buka ahli Nujum......

Pelanggan : Makcik! Sup nie rasanya lawak laaa......!
Makcik Mona : Muka Encik tak ketawa pon?



Pegawai SPRM kena tumbuk

20 Apr 2017
Posted by Selamber.org
Pegawai SPRM kena tumbuk

ALOR SETAR - 10 April 2017. Seorang Pegawai SPRM Negeri Kedah kena tumbuk. Kejadian berlaku di hadapan anak-anaknya di Taman Mergong Jaya Alor Setar tengah hari tadi. Dipercayai kejadian berpunca apabila isteri nya yang sedang mengandung 4 bulan dikatakan terlalu mengidam untuk memakan sambal belacan kuinin dan keadaan itu menyebabkan Pegawai SPRM yang terlalu sayangkan isterinya kene tumbuk Sambal berkenaan sebelum mereka makan bersama.


BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAUDARA-SAUDARA SEMUA.  

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"    

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"    

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."        

Pesakit: "Wah, apa dia?"  

Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

          → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.        

          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."    

 Pesakit: "Hm. Apa dia?"    

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

 Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...

 dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."      

Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "  

 Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.      

.Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
.Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?      

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ...

..  Ingatan utk saya & semua

Yang.......

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "mengumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

Kejadian berlaku di kedai makan petang semalam.. Masa tengah makan kat kedai tadi ada la sorang makcik ni masuk dalam kedai umur dalam lingkungan 70 gitulah. Berjalan bongkok dengan pakaian lusuh. Makcik tu pusing2 dalam kedai. Nampak kat tangan ada bawak plastik. Pastu tiba2 tokey kedai keluar. Tokey kedai tu tanya makcik nk apa? Makcik tu jawab dia datang nk jual kerepek pisang. Tiba2 tokey tu marah makcik tu sampai tolak makcik tu sampai jatuh ke lantai. Makcik tu bangun sambil nangis teresak esak. Tokey kedai tu marah lagi makcik tu dn heret makcik tu kluar dari kedai mkn dia. Kerepek2 makcik tu habis terabur kt atas lantai. Sedih tengok makcik tu kutip kerepek dia satu persatu sambil menangis teresak esak. Sy pun tak sampai hati tengok makcik tu sy pn bangun ambik remote tv dan alih tengok cerita lain...

Lawak No 1

Pak Lamin dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Pak Amat  dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.

Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Pak Amat: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Pak Amat: "Tidak"
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Pak Amat: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...

Lawak No 2

Dua orang sahabat yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar...
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.

Minah: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Bedah: Adakah dia merokok?
Minah: Oh, tidak!... Tidak sama sekali!
Bedah: Dia kekadang minum bir?
Minah: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Bedah: Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam kerumah?
Minah: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga
Bedah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, Berapa usianya?
Minah: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!

Lawak No 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Lawak No 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

Lawak No 5

Seorang posmen yang datang menghantar surat .

Posmen : Assalamualaikum!
En Sameon :  Walaikumsalam
Posmen : Ni rumah Encik Sameon ye?
En Sameon : Ya saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
En Sameon : Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?

Lawak No 6

Kejadian berlaku di sebuah klinik di Malaysia.

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Lawak No 7

Anda Tahu Siapa Aku?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.

”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”
Ok, dah kena!


Lawak Nenek

27 Jul 2016
Posted by Selamber.org
Tag :


Seorang nenek mencuri dengar perbualan sepasang remaja yg tgh dating di taman.
Gf: Awak sayang sy?
Bf: Sayang laa..
Gf: Kita sudah bercinta 4 bulan, apa buktinya?
Bf: A B C D E F G
Gf: Apa tuu?
Bf: A Boy Can Do Everything For Girl
Gf: So sweet..
Si nenek yg dengar tadi rasa jeles & frust sebab dah nikah 40 tahun tp suami dia x pernah buat mcm tu.
Lalu nenek terus pulang & bertanya pada si Atok.
Nenek: Bang, awak sayang tak dgn anje?
Atok: Eh.. mesti lah.
Nenek: Buktinya apa? :
Atok: Laa.. kita kan dah bersama 40 tahun.
Nenek: Ahhhhh... tak best, anje nak bukti yg ada huruf A B C D E F G!
Atok: Ooo.. ok untuk anje, abang bagi A B C D E F G H I J K lah..
(Si nenek happy sgt, yg brcinta 4 bulan cuma dpt A hingga G tapi dia dpt A hingga K.)
Nenek: Apa tu A B C D E F G H I J K?
Atok: Anje ni seorang yg... Amazing, Beautiful, Cute, Dynamic, Elegant, Fantastik, Good, Hightech....
(Si nenek suka giler mendengarnya, sambil tersenyum si nenek bertanya lagi.)
Nenek: Yang I J K tu pulak apa?
Atok: I'm Just Kidding!!

Lawak Lembu Mengawan 365

9 Dis 2015
Posted by Selamber.org
Tag :
Saya  dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA  YANG SAMA ??
Welcome to My Blog

Shopee Ads

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer