Archive for 08/01/2026 - 09/01/2026

Bila sebut tentang ayam, kebanyakan orang akan terbayang ayam kampung, ayam kacuk atau ayam yang diternak di belakang rumah. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ayam-ayam tersebut sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan seekor burung liar yang dikenali sebagai ayam hutan.

Ayam hutan merupakan sejenis burung liar daripada genus Gallus yang telah lama mendiami kawasan hutan dan belukar di India, Sri Lanka serta Asia Tenggara. Walaupun rupanya hampir sama dengan ayam kampung yang biasa kita lihat, ayam hutan mempunyai beberapa ciri unik yang membezakannya daripada ayam ternakan.

Jika berpeluang melihat ayam hutan di habitat asalnya, perkara pertama yang pasti menarik perhatian ialah warna bulunya yang cantik dan menyerlah. Ayam jantan mempunyai bulu yang berkilauan dengan gabungan warna merah, oren, kuning, hijau dan hitam yang sangat menarik. Apabila terkena cahaya matahari, bulunya kelihatan seolah-olah bersinar.

Berbeza pula dengan ayam betina yang mempunyai warna lebih kusam seperti coklat dan kelabu. Warna ini membantu ayam betina menyembunyikan diri daripada pemangsa ketika mengeram telur atau menjaga anak-anaknya.

Menariknya, dalam dunia ayam hutan, tugas membesarkan anak bukanlah tanggungjawab ayam jantan. Selepas proses mengawan, ayam betina akan mengeram telur, menjaga sarang dan membimbing anak-anaknya mencari makanan. Ayam jantan pula lebih banyak berperanan menjaga kawasan serta menarik perhatian betina melalui warna bulu dan kokokannya.

Dari segi pemakanan, ayam hutan boleh dianggap sebagai haiwan omnivor. Mereka memakan pelbagai jenis makanan yang boleh ditemui di dalam hutan. Antaranya termasuklah bijirin, pucuk tumbuhan, buah-buahan kecil yang gugur ke tanah, cacing serta pelbagai jenis serangga.

Anak-anak ayam hutan pula sangat bergantung kepada serangga sebagai sumber protein untuk membesar dengan sihat. Sebab itulah ayam hutan sering dilihat mengais tanah dan daun-daun kering bagi mencari makanan.

Ramai pakar percaya bahawa ayam domestik yang diternak manusia pada hari ini berasal daripada Ayam Hutan Merah (Gallus gallus). Proses penjinakan ayam dipercayai telah bermula ribuan tahun dahulu apabila manusia mula menangkap dan membela ayam hutan untuk mendapatkan daging dan telur.

Walau bagaimanapun, kajian genetik moden menunjukkan bahawa bukan Ayam Hutan Merah sahaja yang menyumbang kepada pembentukan ayam domestik. Terdapat kemungkinan bahawa Ayam Hutan Kelabu (Gallus sonneratii) juga turut terlibat dalam proses evolusi tersebut. Ini menjadikan sejarah asal-usul ayam yang kita kenali hari ini lebih menarik daripada yang disangka.

Setakat ini terdapat empat spesies ayam hutan utama yang masih hidup di dunia:

1. Ayam Hutan Merah (Gallus gallus)


Spesies ini merupakan yang paling terkenal dan dianggap sebagai nenek moyang utama kepada kebanyakan ayam domestik. Ia boleh ditemui di pelbagai kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan negara-negara berhampiran.

2. Ayam Hutan Sri Lanka (Gallus lafayetii)


Spesies ini hanya terdapat di Sri Lanka dan mempunyai warna bulu yang sangat cantik. Keunikannya menyebabkan ia dipilih sebagai burung kebangsaan negara tersebut.

3. Ayam Hutan Kelabu (Gallus sonneratii)


Spesies ini berasal dari India dan mempunyai corak bulu yang berbeza berbanding ayam hutan lain. Kajian menunjukkan ia mungkin menyumbang sebahagian genetik kepada ayam domestik moden.

4. Ayam Hutan Hijau (Gallus varius)


Ayam hutan ini banyak ditemui di Indonesia. Ia mempunyai warna hijau metalik yang sangat menarik dan dianggap antara spesies ayam hutan paling cantik di dunia.

Pada zaman dahulu, ayam hutan bukan sahaja hidup di kawasan Asia. Kajian fosil menunjukkan genus Gallus pernah tersebar lebih luas di benua Eurasia. Malah terdapat bukti bahawa nenek moyang ayam hutan pernah berkembang di kawasan tenggara Eropah sebelum mengalami perubahan habitat dan evolusi selama jutaan tahun.

Di Malaysia sendiri, ayam hutan sering dikaitkan dengan budaya masyarakat kampung. Bunyi kokokannya pada waktu pagi sering menjadi petanda kehadiran ayam liar di kawasan berhampiran hutan. Ada juga yang percaya ayam hutan mempunyai sifat lebih lasak, lebih bijak mengelakkan pemangsa dan lebih tahan terhadap penyakit berbanding sesetengah ayam ternakan.

Namun begitu, populasi ayam hutan di beberapa kawasan semakin terancam akibat kehilangan habitat, pemburuan serta kacukan dengan ayam domestik yang dilepaskan bebas. Jika keadaan ini berterusan, identiti genetik ayam hutan asli boleh terjejas pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, usaha pemuliharaan dan kesedaran masyarakat amat penting bagi memastikan spesies ini terus kekal hidup untuk generasi akan datang. Selain menjadi sebahagian daripada khazanah alam semula jadi, ayam hutan juga mempunyai nilai sejarah yang besar kerana tanpa spesies ini, mungkin tidak wujud ayam peliharaan yang menjadi sumber makanan utama manusia pada hari ini.

Jadi, apabila kita melihat seekor ayam kampung berkeliaran di halaman rumah, mungkin kita sedang melihat warisan yang berasal daripada keturunan ayam hutan yang telah hidup di bumi ini sejak ribuan tahun dahulu.

📖 Kredit & Rujukan: Artikel ini diolah semula daripada maklumat yang diperoleh melalui Wikipedia (Ayam Hutan) serta beberapa kajian saintifik berkaitan evolusi dan asal-usul ayam domestik.



Blog Walking

20 Ogo 2026
Posted by Selamber.org

 Salam,

Aku rasa zaman sekarang ni dah tak ada lagi blog walking dah kan? Zaman mungkin dah berubah. Ye lah, aku pon dah tak pergi melawat mana2 blog lagi. Dah berakhir zaman tu dah.. Andai kata ada lagi lah yang jenis blog walking ni, wujud lagi, sila info2 lah.. Kadang2 rindu zaman dulu2 kita berkenalan online, tak perlu nak tahu muka, wajah macam mana, x perlu nak tahu kaya ke tak, ada je bual bicara semuanya....

Ok, tu saja nak complaint.

Salam

 Assalamualaikum. 

Sengaja aku nak bercerita sikit pasal motor ni. Memang dah lama betul aku tunggu motor ni keluar. Minta betul aku dengan motor ni. Pandangan rupa macam classic bike tu. Kalau ikut cerita, suku ke 4 tahun ni, bermaksud, bulan 9 lah keluar motor ni kat pasaran.. Best wooo..

Sebenarnya aku nak beralih minat dari motor kapcai, ke motor cc besar.. Tapi, lepas hari2 aku ulang alik kerja, kadang2 aku pergi shah alam, putrajaya, @ mana2 tempat lain2 yang jauh @ yang memerlukan kelajuan untuk sampai. kalau bawa slow nanti bosan, kena la pulas minyak sikit. Bila aku bawa motor LC 135 aku ni, aku rasa yang kerap potong aku, Y15, LC, dengan ade la 1, 2 motor besar.. Yang aku potong, motor besar memang banyak lah. Korang memang tak suka bawa laju ke apa, takut minyak habis eh, hahaha, takut maintenance tinggi? Mungkin jugak maintenance tinggi.. Bila aku check kat Chat Gpt pon boleh tahan kira jugak tahap maintenance motor besar ni. lagi2 kalau dah pakai 2 piston, dah kena pakai 2 litter minyak hitam.. Tiap2 bulan nak spend. Mula la nak kira2 bajet bulanan..

Jadi, aku turunkan sikit kehendak aku, aku nak motor cc tak payah besar, tapi aku nak tanki minyak besar. Bermula dengan motor naked, aku tak suka motor fairing, menunduk sangat. Bayangkan la hari2 kau nak menunduk je kerja nya, mesti la kene bawa laju, tempat kerja pon kalau kapcai aku boleh sampai dalam 20 minit, ini kalau motor fairing, 10 minit sampai? Bapak bosan gitu.. Hahaha.. Jadi mula2 dulu aku jatuh hati pada si DIA.

GSXS-150

Motor ni aku minat bukan sebab rupa dia, buruk memang buruk, tapi bila tengok review, semua review cakap motor ni laju, tak payah modified apa2, memang dah laju. Sampaikan ada orang review top speed dapat 140km/j GPS tau. Kalau meter motor dah sampai 160km/j dah. Laju bak hang! Tapi dari tahun 2022 aku duk usha je motor ni, sebab bukan aku tak berani nak cuba, tapi sebab motor LC aku baru pakai 2 tahun, kalau nak jual, sayang. Jadi aku usha2 je dulu sambil tengok review orang.. 1 hari tu aku tak tahan sangat, aku pergi ajak kawan aku gi tengok motor second kat kedai, nak cuba bawa la katakan. Sampai kedai, dia bagi aku bawa yang fairing punya dengan naked punya. Aku try bawa dua2,, dan aku jatuh minat pada kedua2 nya.. Mantap siak bawa yang fairing, gsxr-150.. Menyesal pulak aku test drive. Sempat la seminggu aku ngigau nak beli yang fairing punya. Hahaha.. Tapi untuk tahun ni aku dah padam niat aku tuk motor suzuki ni, bukan pasal tak sedap, tapi, harga dia drop teruk sangat, kalau aku ambil pon, mungkin 1 hari nanti, aku beli second hand. Aku tak berani beli baru. Bila aku menaip ni pon aku dapat rasa keseronokan bawa motor tu..Rasa nak sewa sebiji tuk seminggu rasanya.. Hahaha..


Kawasaki Z250

Ini memang motor idaman aku dari kecil dulu, cuma harga dia merecik sikit. Cuma sekarang ni aku tengok harga dia dah turun.. Jadi aku cari review orang yang dah pakai. Rupa2 nya minyak pulak makan banyak... Accessories melambak, tapi harga tak main2 harganya.. Hahaha.. Aku dah pergi ke EBID untuk try motor ni, memang aku suka betul motor tu.. Tapi nak jaga 2 silinder ni, minyak hitam 2 botol, oil filter.. perghh... aku dah check kat ChatGpt dah tentang maintanance motor ni..


Merecik hawaw.. Ni baru untuk service, tayar belum lagi, rantai, spoket, lain2 hal lagi.. Plug kalau kong ke,, makan modal.. Dan, aku kuburkan niat aku untuk beli motor ni sebagai second bike.. Tak lalu nak fikir maintenance dia.. Jadi, minat aku kembali ke 150cc sahaja...

Yamaha FZ 150 & MT 15

Jangan tak percaya, aku pernah jatuh hati pada FZ ni tau, dari V1, V2 sampai V3.. Tapi semua review kata V1 paling tahan lasak. Tapi dah susah la nak dapat V1 punya. Cari2, call2, semua memang ada, tapi banyak cerita kencing habis. Motor tak pernah accident, motor orang tua pakai pergi balik masjid lah, motor tak pernah overhaul.. Ko agak2 lah, motor dah berpuluh tahun, miliage bawah 10k, mana nak dapat tu. Jadi, sempat minat sekejap je motor2 ni.. MT 15 pon aku tak berapa minat, aku rasa macam tinggi sangat. Tapi bila aku  tengok kebanyakan yang bawa motor ni, awek2 je bawa. Jadi, aku ada rasa ego dalam hati ni menyebabkan aku rasa, motor ni khas untuk awek2 je kot. Hahahaha..

Pendek kan cerita sikit, aku target aku nak beli motor ni cash. Jadi, sementara ni aku kumpul la duit dulu. dalam 12k harga, dah masuk kedai, koman2 mau dalam 14k, OTR bagai semua, mungkin dalam 15k. So, aku kumpul lah dulu. Lambat pon tak apa.. Ini bukan keperluan, ini cuma kehendak aku je. Kalau mampu, aku ambil, kalau tak mampu, aku pospone. Benda bukan wajib dimiliki pon, cuma kempunan je la kalau tak dapat. Hahaha.. 

Sekian sahaja cerita aku kali ini, next time kita jumpa lagi insyaallah.

Wassalam.

Sunyi kubur sekian lama,

Menunggu janji Tuhan Yang Esa.

Bukan selamanya bumi membisu,
Akan tiba saat yang telah tentu.

Tatkala sangkakala ditiup sekali,
Bergegarlah alam yang dihuni.
Gunung rebah, lautan menyepi,
Segala makhluk tunduk sendiri.

Lalu tiba ketentuan kedua,
Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa.
Bangkitlah insan dari pusara,
Menghadap Rabb tanpa sengketa.

Tiada mahkota, tiada pakaian,
Tiada pangkat jadi kebanggaan.
Semua berdiri dalam debaran,
Menanti keputusan Tuhan sekalian.

Yang dahulu mengejar dunia,
Kini sedar tiada gunanya.
Segunung emas jika dibawa,
Tak mampu membeli satu rahmat-Nya.

Lidah kelu, hati bergetar,
Mata memandang penuh gusar.
Tiada lagi masa bersabar,
Segala amal mula tersiar.

Tangan, kaki menjadi saksi,
Terhadap apa yang pernah terjadi.
Tiada satu pun dapat disembunyi,
Kerana Allah Maha Mengetahui.

Andai dahulu rajin bersujud,
Walau tersembunyi di waktu tahajud.
Nescaya cahaya menjadi penyambut,
Mengiring langkah penuh lembut.

Andai dahulu suka menolong,
Walau sedikit tanpa dihitung.
Di sisi Allah tetap disanjung,
Menjadi bekal yang tidak terpotong.

Ramai menyesal sambil menangis,
"Alangkah ruginya umurku habis.
Dunia kupeluk siang dan malam,
Akhirat kutinggal dalam kelam."

Namun penyesalan tiada lagi,
Tidak mengubah apa terjadi.
Yang tinggal hanyalah menanti,
Dengan harapan pada Ilahi.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih,
Jangan biar kami menjadi tersisih.
Ampunkan dosa yang masih bersisa,
Dengan rahmat-Mu yang tiada berbatas.

Moga saat kami dibangkitkan nanti,
Wajah bercahaya, hati diberkati.
Bukan kerana amal yang tinggi,
Tetapi kerana kasih-Mu, ya Rabbi.

Wahai insan yang membaca syair,
Jangan biar umur terus berakhir.
Selagi nafas masih mengalir,
Pintu taubat belum berakhir.

Semoga langkah sentiasa terarah,
Dalam iman yang terus bertambah.
Hingga bertemu Tuhan Yang Indah,
Dengan hati yang tenang dan pasrah.







Credit to ChatGPT & Digubah Oleh Owner Selamber.Org

Welcome to My Blog

Shopee Ads

Pengunjung Ku Last 7 Days

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer