Mudah : Sekarang semuanya dihujung jari. Tetapi kadangkala kemudahan yang disediakan jika tidak digunakan dengan betul boleh memakan diri. Laman Mudah.my Malaysia dan juga Lelong menjadi perhatian kalian penjual dan pembeli online untuk berkumpul dan berurusniaga antara satu sama lain. Adakah anda salah seorang daripadanya?
- Kes penipuan melibatkan pembelian secara online di Selangor telah meningkat hampir 50%
- Selangor??? Erm…..tidak mengejutkan kerana berdasarkan statistik yang kami kumpul sebelum ini rata-rata pembeli online adalah kalangan pengguna Internet di Kuala Lumpur, Selangor dan juga Sabah
Statistik kes penipuan di Internet (2010-2011) di Selangor :
- 445 kes (pada 2011) – meningkat hampir 50%
- 247 kes (pada 2010)
Mudah My VS Lelong My?
Antara laman web popular di Malaysia yang menjadi tumpuan kalangan penipu (scammer) di Internet adalah :
Scammer di Internet sebenarnya ada di mana-mana tetapi mereka lebih gemarkan laman web seperti Mudah my (Mudah.my) dan juga Lelong keranamemiliki trafik dan jumlah pelawat yang tinggi. Dengan harapan, daripada ramai-ramai yang datang itu, akan ada yang “tersangkut” dan akhirnya tertipu dengan tipu helah mereka.
Jenis penjual online yang kerapkali menipu tanpa serik ini :
- Mereka tak fikir perasaan yang orang lain yang tertipu
- Dosa, pahala nombor dua. Yang penting wang…..
- Kasihan kepada penjual yang benar-benar jujur untuk berniaga
Tips Elakkan Penipu di Mudah?
Jadi, dalam pada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka, pembeli sepatutnya lebih berjaga-jaga apabila sudah menyedari situasi yang berlaku sekarang ini. Pembeli perlu lebih bijak berurusniaga dengan penjual :
- Jikalau harga barang terlalu mahal, elakkan melakukan pembayaran secara online. Lebih mudah dan selamat jika lakukan secara COD.
- Jikalau penjual tersebut menjual harga 2, 3 barang sahaja, nasihatkan berjaga-jaga. Bagaimana mudahnya mereka-mereka ini “setup perniagaan” secara online, begitulah juga mudah untuk mereka “cabut lari”. Kami tidak katakan semuanya penipu. Tidak, sama sekali. Cuma…..kami hanya minta anda dan sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada.
- Jangan mudah letakkan sepenuh kepercayaan kepada penjual. Disebabkan duit, ramai yang hilang pertimbangan
- Rule of thumb, selagi anda mampu => boleh buat COD => jumpa seller & berpuas hati dengan barang yang ingin dijual => barulah membayarnya
- Ada yang mahu tambah?
Nak cari dan kumpul duit bukannya mudah sekarang. Jadi jangan sesekali memberikan wang anda kepada penjual tanpa usul periksa dan membiarkan diri anda ditipu penjual. Keputusan di tangan anda.
P/S : Anda ada pengalaman sendiri semasa berurusniaga secara online di Mudahmy atau Lelongatau di mana-mana platform online sekalipun, tidak kira samada anda adalah penjual mahupun pembeli, mungkin boleh kongsikan bersama rakan pembaca di sini?
dipetik dari : http://beritasemasa.com/mudah-malaysia-my