Posted by : Selamber.org 16 Sep 2020

Ingat mudah ke jadi seorang Abah, Ayah, Walid, Abuya atau Daddy?  Jadi seorang ayah bukan sekadar menyediakan “keperluan fizikal harian” si anak, sebaliknya ia adalah tanggungjawab seumur hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, emosi, fizikal, spiritual, DUNIA dan LEBIH-LEBIH LAGI ALAM AKHIRAT. 


Buku “DIARI ABAH” nukilan Ustaz Hasrizal tampak biasa sahaja, namun setelah dibaca dan terjun dalam dunia “KE-ABAH-AN” beliau, saya selalu Istighfar panjang memohon ampun pada Allah atas banyak salah laku saya selaku seorang Abah. Rupanya saya pernah meracun anak saya dengan kesilapan saya menggunakan “Bahasa Kasar” kerana dicetus rasa marah. 


Diari setebal 392 halaman ini berguna memberi panduan logic dan praktikal bagi Ayah Ibu yang saban hari mendidik anak-anak. Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian; (1) Abah dan Rumah, (2) Abah dan Sekolah, serta (3) Kita di Perantauan. Buku ini mengajar kita untuk menjadi Ayah Ibu yang sebenar kepada anak-anak kita dan bukan hanya menjadi Ayah Ibu kepada anak-anak yang masih kanak-kanak. Bagaimana tu? Biasanya anak-anak kecil mudah dilayan kerana belum punyai kuasa berontak yang menyakitkan hati Ayah Ibu. Apabila anak-anak meningkat dewasa, enjin remaja mereka yang kuat memberontak kadangkala terlalu agresif sehingga mampu mencalar ego dan  jiwa halus Ayah Ibu, lalu Ayah Ibu makan hati dalam senyap.


Sepanjang pembacaan, saya dapati untuk menjadi Abah yang baik kita perlu berkomunikasi secara telus dengan anak-anak. Komunikasi yang telus mampu menghasilkan proses pembelajaran dan didikan yang baik. Ustaz Hasrizal memberi contoh baik cara qiyam Ramadhan (solat Terawih) yang beliau praktik dengan anak-anak semasa berada di Finland. Beliau biasa berkongsi initsari ayat yang dibaca dalam terawih dengan anak-anak. Saya juga kagum dengan keterbukaan beliau menjawab soalan akidah yang agak ekstrem dari anak-anaknya seperti BOLEHKAH KITA ANUT BANYAK AGAMA..APA REAKSI BELIAU JIKA ANAK-ANAK MURTAD, JADI GAY, LESBIAN dan sebagainya. Bacalah jawapan beliau! Sangat bijak dan penuh kasih sayang.


Banyak pelajaran yang saya perolehi dari buku ini, antaranya:


- Ayah Ibu mesti belajar menjadi pendengar yang baik kerana para Nabi sudi mendengar masalah atau cerita anak-anak mereka (Yusuf 12:4-5 dan al-Saffat 37:102).


- Jaga bahasa dalam interaksi dengan anak-anak kerana ia oleh menjadi racun jiwa.


- Kita perlu banyak belajar sejarah kerana ia adalah SAINS FORENSIK MASA.


- Kita perlu sediakan anak-anak yang mudah dididik serta ditegur pihak sekolah dan masyarakat.


- Kita perlu berani menceritakan perihal seksual kepada anak-anak dengan cara paling telus dan selamat. Jangan sampai mereka dapat maklumat ini secara songsang dari orang lain.


- Peperiksaan hanya SATU PERSINGGAHAN DALAM HIDUP. Jika anak-anak mendapat keputusan yang biasa, jangan marahi mereka. Jika mereka berjaya, jangan puji mereka sebaliknya puji USAHA KERAS MEREKA. 


- Sediakan anak-anak untuk kejayaan hidup mereka dan bukannya untuk mencapai kepuasan ego kita, pihak sekolah, pegawai pendidikan daerah atau menteri pelajaran.


- Kita kena awasi anak-anak yang bermain online games kerana ia pintu awal banyak jenayah siber seperti buli siber dan jenayah pedophilia. 


Dan banyak lagi isu berguna daripada buku ini yang tak mampu saya tulis. Percayalah! Minda anda pasti kenyang setelah membaca buku ini. 


Abdullah Bukhari


14 September 2020.


Dapatkan di sini:


https://jtbooks.onpay.my/order/form/SELAINJT/AbdullahBukhari



Leave a Reply

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku seorang anak lelaki dari 10 orang adik beradik.. Yang paling manja dan paling selamber.. (orang sebelah panggil pun aku buat derk je..) Aku study dalam industri engineering,, amik kos air-condition dan sekarang aku kerja dalam bidang electrical..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer