AMARAN YG MENGGENTARKAN HATI KA'AB AL-AHBAR..

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.


Ka'ab al-Ahbar adalah seorang alim Yahudi yang memeluk Islam pada zaman khalifah Umar. 


Pada suatu hari beliau keluar menuju Bayt al-Maqdis, lalu beliau singgah di Madinah. Khalifah 'Umar memujuknya agar menerima Islam, tapi Ka'ab menolak kerana berasa terhina dengan kutukan Allah kepada ulama Yahudi yang mengubah kitab Tawrat sebagai keldai yang memikul buku tanpa membaca atau memahaminya. Ia difaham dr ayat: 


مَثَلُ الَّذينَ حُمِّلُوا التَّورىٰةَ ثُمَّ لَم يَحمِلوها كَمَثَلِ الحِمارِ يَحمِلُ أَسفارًا ۚ بِئسَ مَثَلُ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِـٔايٰتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِى القَومَ الظّٰلِمينَ


Ertinya: (Sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim (al-Jumu'ah 62:5).


Setelah mendengar alasannya, Umar lalu membiarkan Ka'ab. Semasa dalam perjalanannya, Ka'ab singgah di Hims dan terdengar seorang lelaki membaca ayat ini: 


يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ ءامِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِما مَعَكُم مِن قَبلِ أَن نَطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللَّهِ مَفعولًا


Ertinya; Wahai orang yang telah diberikan Kitab! Berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata, tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang (daripada kaum mereka iaitu Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku (al-Nisa' 4:47).


Hati Ka'ab berasa gentar dengan AMARAN ALLAH dalam ayat ini, lalu beliau segera MEMELUK ISLAM. 


Subhanallah, hidayah Ka'ab muncul dengan amaran dari Al-Quran. Ini dipanggil uslub TARHIB (Amaran).


(Kisah dari Tafsir Ibn Kathir pd tafsiran surah al-Nisa' :46).


Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim



Catat Ulasan

0 Ulasan