DUA JENIS PENJENAYAH AKADEMIK..!

SATUNYA; berbicara tanpa ilmu atau di luar bidang sehingga memesongkan orang awam.. Pernah rencana saya yang "SARAT"  berisi dalil al-Quran & Sunnah tentang satu topik disangkal orang awam begitu sahaja dengan dalil sebuah video "penceramah popular" yang membawa fakta bercanggah fakta bawaan saya. Penceramah tersebut langsung tidak membawa dalil atau nas menyanggah fakta saya.. Natijahnya, orang awam itu MENYANGGAH SAYA dan tetap bersandar pada video itu. 


KEDUA, menciplak idea orang. Pencuri sebegini biasa mendapat HASIL dan KENYANG KERANA HASIL ORANG. Setakat bacaan saya, kebanyakan ilmuwan membawa hadith ini:


حَدَّثَتْنِي فَاطِمَةُ عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي ضَرَّةً فَهَلْ عَلَيَّ جُنَاحٌ إِنْ تَشَبَّعْتُ مِنْ زَوْجِي غَيْرَ الَّذِي يُعْطِينِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّعُ بِمَا لَمْ يُعْطَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ


Ertinya: Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah; “Wahai  Rasulullah, Aku punyai madu. Adakah berdosa kalau aku mendakwa mendapat sesuatu dari suamiku sedangkan aku sebenarnya tak dapat apa-apa (kerana mahu menimbulkan kemarahan madunya)?” Baginda bersabda: “Orang yang kenyang (mendapat manafaat atau faedah) dengan  sesuatu yang tidak diberikan padanya, sebenarnya (sangat hina) seperti orang yang memakai dua pakaian palsu (dusta)” (Sahih al-Bukhari, 4818 dan Sahih Muslim, 3972).


Pernah tulisan saya dibuang nama dan dikongsi oleh satu page tanpa amanah. Rupanya kisah PENCURI ILMU banyak berlaku di Institusi Pengajian Tinggi dan Rendah. Semoga Allah selamatkan kita dari jenayah sebegini. Saya turut terfikir, jika si pencuri mendapat manafaat besar dari hasil CURIAN ILMU itu...adakah TANGANNYA PERLU DIPOTONG (al-Ma'idah 5:38).....???


Abdullah Bukhari


27 Ogos 2020.



Catat Ulasan

0 Ulasan