Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha.
Kerana
terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam
minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis.
Ketika
ingin pulang Susi menahan teksi untuk menghantarnya pulang.
Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"
Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke
Kampung
Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik
kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut
malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat
bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar
tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta
sewa
dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di
depan
untuk
mengambil duit di ATM.
Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik
kereta
sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan
kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria,
sampai
akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan.
Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.
Pak
cik kereta
sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.
Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya
cik,
terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laaa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa,
cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."
Fasha: "patutla..."
http://halaqah.net
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~