Dituduh buat benda yang aku xbuat..
Mungkin dia yang buat,, siapa tahu..
Air mata aku mahal untuk mu sayang...
Xkan tumpah dengan lakonanmu...
Segala perbuatanmu sangat2 membuat aku rase sangat kecewa...
Tapi aku makan tetap 2 pinggan..
Minum ku tetap kopi Radix...
Rokok ku tetap ku hisap...
Gudang garam namanya...
Original khas di import dari indonesia..
Pedih dengan caramu sayang..
X pernah aku rasa sekecewa ini..
Disalahkan atas perbuatan yang bukan salah aku..
Dan sekarang,, kau ingin memutuskan hubungan..
Air mata ku sangat bernilai untuk mu sayang..
Walau pahit yang ku rase,, x kan jatuh setitik air mata untuk mu..
Tetap ku hadapi masalah ini dengan penuh kesabaran..
Meskipun kau tetap dengan kata mu...
Di hari Raya yang bakal menjelang..
Aku mengisi kekosongan dengan bacaan surat2 mu..
Sengsara hatiku sayang..
Mengenangkan dirimu yang kian menjauh..
Air mataku terlalu berharga untuk mu sayang..
X sanggup aku menitiskan air mata untuk kekecewaan ini...
Meskipun kau makin menjauh..
Tiada lagi peluang yang kau beri padaku..
Air mataku sama sekali tidak akan menitis pada sebab ini..
Kad raya telah ku siapkan..
Aku menghantar dengan jiwa yang kosong..
Mengharap balasan yang penuh kata2 mu sayang..
Cube memperbaiki kelemahanku..
Disamping ku berfikir bagaimana untuk kembali kepadamu..
Namun,, sehebat manapun dirimu...
Air mataku bukanlah untuk mu sayang..
Tidak aku tangisi pemergian mu...
Kerana aku berasa sangat kasihan padamu..
Memberi aku luka yang dalam..
Sehingga membuat aku tersepit di jiwaku sendiri..
Sayang...
Sudah bertahun kita bersama..
Kita menyusur jalan yang penuh duri..
Kita mengharungi semak2 yang tajam..
Xpernah sama sekali kita mengeluh..
Tapi,,,
Hari ini....
Hanya sekadar perkara yang bukan kesalahanku..
Kau buat ia jadi keramat...
Dan ucapan terakhir padaku...
Namun..
Air mataku x akan menitis untuk mu..
Air mataku sangat bernilai untuk dikorbankan pada jalan ini..
Air mataku punyai tempat nya yang tersendiri..
Tetapi...
Sedarkah kau bahawa aku sering memikirkan mu....
Sedarkah kau bahawa setiap kali aku makan,, aku pasti mengajak mu..
Sedarkah kau bahawa aku x pernah melupakan mu walau dimana aku berada..
Betapa pedihnya hati ku...
Mengenang kisah yang terlalu ringkas..
Menghadap masalah yang terlalu simple..
Di sebabkan semua ini..
Air mataku sama sekali tidak akan tumpah keranamu...!
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~