Ibu larang anak memakai tudung
Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru. Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan.
Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja.
Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.
Anak : Ibu..
Ibu : Hmmm ?
Anak : BU !
Ibu : APA ?
Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah... Ibu dengarlah ni !
Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...
Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?
Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya pakai tudung itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai tudung. Boleh tak Bu..?
Ibu : Jangan ...
Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.
Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu. Boleh ya, saya mau pakai tudung ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...
Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu..
Ibu : TIDAK !
Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung? Kata Ustaz, tudung itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !
Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!
Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI TUDUNG. MUKTAMAD!
Ibu : JANGAN !
Anak : TUDUNG !
Ibu : JANGAN !
Anak : TUDUNG !!
Ibu : J A N G A N !!!
Anak : T U DU N G !!!!
Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk .... namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI.....
Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai
http://halaqah.net
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~