GEJALA-GEJALA YANG MENGGUGAT AQIDAH ISLAMIYYAH.. (episod 2)

Semasa berdepan dengan golongan al-munafiqun ini,, umat Islam ketika itu banyak menimba pelajaran dari bermacam-macam peristiwa.. Umpamanya:

  • Menguji keimanan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad saw..
  • Bagaimana membina kesatuan umat yang cuba dipecahbelahkan oleh golongan al-munafiqun..
  • Menguji keimanan umat Islam untuk berkorban dan menghadapi rintangan dalam peperangan..
  • Bahawa dengan mengetepi arahan Rasulullah saw,, umat Islam akan berdepan dengan kegagalan dalam perjuangan seperti dalam Peperangan Uhud..
Walau bagaimanapun,, musuh-musuh Islam di Madinah gagal memecahbelahkan masyarakat Islam di kota tersebut,, malah sebaliknya umat Islam dapat pula membuka kota Makkah kerana disiplin Islam yang telah dihayati oleh mereka di bawah pimpinan Rasulullah saw..

Jika gejala-gejala ini dikaitkan dengan suasana hari ini,, kita mendapati bahawa ciri-ciri nifaq yang terkandung di dalam Hadis Rasulullah saw : "Apabila berbicara berdusta,, apabila berjanji mungkir,, dan apabila diamanahkan pecah amanah",, sangat jelas kelihatan di kalangan pemimpin umat Islam,, pegawai-pegawai tinggi dan individu-individu tertentu di semua lapisan masyarakat..
Akibatnya.........
  • Lahirlah pemimpin yang tidak mencerminkan ajaran Islam..
  • Pemimpin yang tidak disenangi oleh umat Islam..
  • Individu Muslim yang berlagak sebagai musang berbulu ayam untuk kepentingan nafsu dan peribadi..
Kesannya di mata Umum..
  • Aqidah Islamiyyah sudah tidak dihormati oleh pemimpin Islam itu sendiri..
  • Aqidah Islamiyyah sudah tidak berperanan untuk mengembalikan kemuliaan umat..
  • Aqidah Islamiyyah boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi..
  • Aqidah Islamiyyah tidak lagi mempunyai kriterianya dibandingkan dengan ajaran-ajaran yang lain..
Gejala-gejala lain yang menggugat Aqidah Islamiyyah setelah kewafatan Baginda Rasulullah saw.....
  • Golongan Riddah..
  • Golongan Mutanabbi..
  • Puak-puak yang timbul kerana perselisihan politik ; Syiah,, Khawarij,, penyokong Ali,, penyokong Muawiyah,, dan lain-lain..
Akibatnya.......
  • Tafsiran ayat al-Qur'an mengikut kepentingan golongan..
  • Muncul hadis-hadis palsu..
  • Perpecahan dan perbalahan antara umat yang membawa pada peperangan dan kehancuran..
  • Aliran batiniyyah..
Dengan jatuhnya kerajaan 'Abbasiyyah (750 - 158M),, kerajaan Islam di Sepanyol (752 - 1492M),, kerajaan 'Uthmaniyyah di Turki (1362 - 1516M Imarah,, 1516 - 1924M Khilafah),, negara-negara umat Islam barat dan timur,, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah yang di kepalai Kristian dan Komunis.. Kejatuhan ini menimbulkan berbagai-bagai risiko yang ditanggung oleh umat Islam..
  • Umat Islam menjadi Kristian seperti di Sepanyol..
  • Umat Islam menjadi atheis dan komunis seperti di Albania,, Yugoslavia,, Tukistan dan lain-lain..
  • Umat Islam menjadi sekularis seperti Turki dan negara-negara umat Islam yang lain..
  • Sistem bukan Islam yang diterapka oleh kuasa penjajahan kepada umat Islam menjadikan aqidah Islamiyyah begelut dengan berbagai-bagai ideologi politik,, falsafah,, pendidikan dan pentadbiran sehingga ajaran itu tersingkir dan terpencil dari pemerintahan negara..
  • Umat Islam menjadi jumud dan beku pemikirannya..
  • Timbul berbagai-bagai ajaran khurafat dan bid'ah di kalangan umat..
  • Timbul perselisihan di kalanga mereka kerana masalah-masalah furu'iyyah..
  • Timbul berbagai-bagai ajaran sesat di kalangan umat yang mendakwa sebagai ajaran Islam..
  • Timbul berbagai-bagai golongan dan kelompok di kalangan umat yang bergaduh sesama sendiri.. Risiko-risiko yang tidak terbayar dan tidak tertanggung oleh umat Islam sehingga hari ini..
Setelah negara umat Islam merdeka,, satu demi satu aqidah Islamiyyah digugat pula oleh berbagai-bagai aliran pendidikan yang menggunakan nama kajian ilmiah (scientific outlook) yang mempengaruhi sesetengah sarjana Muslim seumpama orientalisme,, kebendaan,, keharusan,, kebangsaan yang sempit,, psikologi Freud dan sebagainya.. Fahaman-fahaman ini pda hakikatnya bertujuan........
  • Menolak ketuhanan..
  • Menolak nilai-nilai wahyu..
  • Menolak nilai moral sejagat dan tidak sejagat..
Natijah dan ajaran-ajaran ini mengakibatkan.......
  • Wujudnya individu Muslim yang tidak lagi berpegang kepada ajaran aqidahnya..
  • Wujudnya generasi Muslim yang tidak menghiraukan nilai-nilai akhlak Islam..
  • Lahirnya keluarga Muslim yang tidak memahami apa itu agama Islam..
  • Lahirnya penentangan langsung dari umat Islam terhadap gerakan dakwah Islamiyyah dan sebagainya..
Pada hari ini,, setelah kita memasuki ambang tahun 2010,, gejala-gejala yang menggugat aqidah Islamiyyah dan kehidupan umat Islam bukan semakin berkurangan,, malah semakin bertambah.. Dalam 50 tahun yang terakhir,, semua gejala yang disebutkan ini telah bersatu,, berpadu mengepung umat Islam di segala penjuru.. Ini disenaraikan beberapa peristiwa yang telah berlaku sebelum ini sehingga kini.........
  • Kuasa besar dunia memecahbelahkan negara-negara umat Islam kepada blok-blok Timur,, Barat dan Berkecuali..
  • Menekan kehidupan beragama di negara-negara komunis sehingga di Bulgaria,, seorang Muslim tidak dibenarkan memakai nama Islam.. Kebanyakan masjid-masjid juga ditutup..
  • Peperangan yang berlaku di antara Pakistan Barat dan Pakistan Timur (Bangladesh) mengakibatkan berpuluh-puluh ribu umat Islam kehilangan rumahtangga dan tempat perlindungan di Bangladesh.. Kesempatan ini diambil peluang oleh gerakan mubaligh Kristian dan mengikut laporan yang terakhir (1984),, lebih 100,000 orang umat Islam di sana telah menjadi Kristian..
  • Kekuasaan Zionis (Yahudi) menyebabkan umat Islam Palestin menjadi pelarian.. Masjid al-Aqsa jatuh ke tangan Yahudi.. Lebih 40 tahun umat Islam Palestin mengalami pahit maung penderiataan.. Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam kepada aqidah Islamiyyah keseluruhannya..
  • Umat Islam minoriti ditindas di mana-mana negara seperti di Filipina,, Burma (Myanmar),, India,, Habsyah dan lain-lain..
  • Gerakan dakwah diharamkan di kebanyakan negara Islam di Timur Tengah..
  • Usaha-usaha mengkuilkan berpuluh-puluh ribu masjid di India..
  • Kristianisasi,, sekularisasi dan nativisme seperti yang dihadapi oleh umat Islam di Indonesia..
  • Kebuluran,, kefakiran dan ketinggalan tamadun yang dihadapi oleh umat Islam di Afrika iaitu di Sudan,, Somali,, Uganda dan lain-lain kerana bencana alam,, peperangan dan pergolakan politik menyebabkan peluang ini diambil kesempatan oleh Palang Merah antarabangsa,, badan-badan Kristian dan komunis untuk menarik mereka kepada fahaman masing-masing..
  • Cadangan untuk memindahkan tulisan Arab dari huruf yang ada sekarang kepada huruf Latin,, meninggalkan fushah al-Qur'an kepada bahasa 'amiyyah dan sekaligus menolak pengajian bahasa Arab yang tradisional.. Walaupun cadangan ini tidak mendapat sambutan menyeluruh,, ia mempunyai implikasi yang besar kepada aqidah Islamiyyah..
  • Usaha-usaha mengembalikan sejarah bangsa umat Islam kepada tamadun sebelum Islam sebagai yang perlu dipusakai seprti tamadun pada zaman Firaun kepada bangsa Mesir; 'Ad dan Thamud kepada Iraq,, Syria dan Yaman; Hayam Wuruk,, Patih Gaja Mada dan Borobudur kepada Indonesia; Melayu Hindu kepada Malaysia; peradapan Romawi dan Yunani kepada Libya Tunisia dan lain-lain..
Gejala-gejala liar yang berkembang ini menimbulkan dua keadaan..

Positif...
  • Menubuhkan Gerakan Islam untuk mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang luhur dan murni..
  • Menaikan semangat Jihad berjuang untuk mempertahankan kemuliaan Islam..
  • Gerakan dakwah di merata-rata tempat,, institusi dan pusat pengajian tinggi oleh berbagai-bagai kumpulan dakwah..
  • Penerbitan buku-buku,, majalah-majalah dan tulisan-tulisan Islam dalam pelbagai kumpulan dakwah..
  • Golongan yang kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan ciri-ciri yang bertentangan dengan Islam..
  • Tuntutan-tuntutan kepada pemerintah supaya Islam dijadikan sistem hidup bernegara..
  • Memerangi amalan khurafat dan bid'ah di  sesetengah manyarakat Islam..
  • Wujud berbagai-bagai seminar,, kongres,, forum,, dialog dan lain-lain yang dianjurkan khusus mengenai soal-soal keislaman politik,, ekonomi,, sosial,, pendidikan,, perundangan dan sebagainya..
  • Umat Islam mula dapat melihat dengan jelas di antara ajaran yang Haq dengan ajaran yang Batil..
Negatif..
  • Merasa malu dan segan untuk kembali kepada keperibadian Islam..
  • Setiap kegiatan yang mengajak kepada Islam dianggap kuno,, fanatik dan sebagainya..
  • Merasa megah menghayati nilai-nilai agama selain dari agama Islam..
  • Bersikap liberal terhadap ajaran aqidah Islamiyyah..
  • Membenci kepada gerakan dakwah..
  • Ajaran aqidah Islamiyyah waktu kecemasan sahaja seperti pada waktu kematian,, tahlil arwah dan kegiatan yang bersifat ritual semata-mata..
  • Menerima pandangan orientalis melebihi pandangan Ulama Islam sendiri..
  • Perundangan Islam tidak layak dijadikan sistem negara..
Sikap negatif ini mencemarkan dan meragut aqidah Islamiyyah yang tersimpan di dada Muslimin dan generasi baru Islam sehingga melahirkan natijah seperti...............................
  • Banyak individu Muslim telah menjadi Kristian...
  • Aqidah Islamiyyah individu Muslim tidak dapat bertahan dengan cabaran kehidupan moden,, di mana banyak di antara mereka menjadi mulhid,, ibahiy dan sekularis..
  • Umat Islam mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap gejala-gajala masa kini..
  • Melahirkan keluarga multi-aqidah di mana ayah Muslim,, Ibu Kristian dan anak-anak menganut fahaman aqidah mengikut selera masing-masing seperti di Indonesia..
  • Mengambil ajaran salah untuk mencari ketenangan jiwa seumpama Subud,, Yoga,, Kebatina Kejawen,, dadah,, arak,, dan ajaran-ajaran batil yang lain..
  • Percaya kepada tukang tilik,, tuah permata,, tuah burung,, makam dan kubur sebagai pemberi kebahagiaan dan kecelakaan..
  • Mereka bergaduh,, bermusuh dan bertengkar di dalam masalah-masalah furu'iyyah,, sebaliknya tidak bersatu padu dalam hal-hal usuliyyah..
  • Mereka mudah diperalatkan oleh musuh Islam sehingga musuh-musuh tersebut berjaya menggambarkan bahawa Islam itu banyak jenisnya.... .... (Islam India,, Islam Arab,, Islam Melayu,, Islam Iran,, Islam Afrika dan lain-lain)
  • Puak-puak Islam dilaga-lagakan di antara satu sama lain,, antara negara-negara,, negeri-negeri,, qabilah-qabilah,, parti-parti dan mazhab-mazhab..
Sedikit Cadangan & Harapan Untuk Orang Yang Mempercayai Islam ini Agamanya....
  1. Seluruh umat Islam diharapkan menyedari bahaya-bahaya yang mengelilingi mereka dalam berbagai-bagai bentuk politik,, ekonomi,, fahaman,, perangkap dan sebagainya..
  2. Seluruh umat Islam wajib bersatu @ menyatukan barisan dalam menghadapi gejala-gejala tersebut tanpa mengira warna kulit dan aliran politik,, melupakan perselisihan  dan segalanya..
  3. Para cendikiawan Islam yang terdiri daripada pemimpin,, pegawai,, pensyarah,, guru,, dan para pendakwah Islam mestilah memainkan peranan masing-masing ke arah menyedarkan Islam supaya kembali kepada aqidah Islamiyyah yang bersumberkan al-Qur'an dan al-Sunnah Rasulullah saw...
  4. Menyeru umat Islam untuk kepentingan umat dan Islam semasa umat Islam masih mempunyai kuasa di segala peringkat..
  5. Para pensyarah,, guru  dan tenaga pengajar Muslim yang berkhidmat di semua pusat pendidikan mempunyai peranan yang sangat luas,, peluang yang sangat berharga untuk melahirkan generasi Muslim yang beriman,, bertaqwa dan berdisiplin pada masa hadapan...
MAJULAH ISLAM UNTUK DUNIA...
ALLAHUAKBAR.....!!! ALLAHUAKBAR....!!! ALLAHUAKBAR....!!! 

Catat Ulasan

0 Ulasan