Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas, bukan dari pandangan seseorang..
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunuggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selambernya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu dia menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ini…sudah la tak mintak izin dari aku…makan sama banyak dengan aku pulak tu… Pencuri!!! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka tenang dan selamba terus dengan perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki tadi. Sambil tersenyum , lelaki tadi mengambil biskut yang terakhir, lalu dipatah dua dan kemudiannya memberikan separuh darinya kepada wanita itu.
Wanita itu menjadi begitu marah, namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tadi. Kemudian dia merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka. Wanita itu berkata di dalam hatinya “ Berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak tahu malu. Pencuri besar…”
Wanita dan lelaki itu terus duduk sehinggalah panggilan menaiki pesawat untuk wanita tadi telah tiba. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri bagi wanita itu, dia pun terus bergerak menuju pesawatnya.
Apabila wanita itu sampai di tempat duduknya dalam pesawat, beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada sebuah bungkusan biskut yang berada di dalam begnya. Bungkusan biskut itu masih elok dan masih belum terbuka. Jadi dia pun berfikir, jika biskut ini ada di dalam beg aku, jadi bermakna biskut yang aku makan tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia di atas segala tindakan yang dia lakukan terhadap lelaki tersebut. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehinggakan pada biskut yang terakhir dia sanggup mematahkan biskutnya dan memberi separuh daripadanya kepada wanita itu. Biarpun dari awal lagi, wanita tersebut telah menunjukkan reaksi marahnya kepada lelaki itu.
Untuk meminta maaf dia sudah terlambat, namun dalam hatinya penuh dengan kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~