"Iman bermaksud ikrar dengan lidah,, tasdiq dengan hati dan amal dengan anggota terhadap segala apa yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw"
Beriman kepada al-Qur'an lebih merupakan huraian beriman kepada Allah.. Ertinya apabila dikatakan seseorang itu beriman kepada Allah,, secara langsung ia dituntut agar beriman kepada Rukun Iman yang lain termasuklah beriman kepada al-Qur'an.. Beriman kepada Allah tidak boleh terpisah daripada tuntutan keimanan yang lain yang mesti dijelmakan di dalam bentuk penghayatan dan amal kerana ia bersifat integral dan berinteraksi dengan semua tuntutan syariat dan akhlak Islamiyyah..
Beriman kepada al-Qur'an mestilah merangkumi ciri-ciri yang berikut:
- Membenarkan pengertian al-Qur'an sebagaimana takrifnya..
- Mematuhi suruhan al-Qur'an dan meninggalkan tegahannya..
- Memahami dan mengenali isi kandungannya..
- Menghayati dan menyebarkan ajarannya..
- Memelihara kesucian dan mempertahankan kemuliaannya..
- Membaca ayat-ayatnya sebagai ibadah kepada Ilahi dan membenarkan seluruh kandungannya..
Seseorang Islam yang mengaku beriman kepada Allah secara fardu 'ain,, paling minimum mestilah mampu membaca al-Qur'an dan dapat menghafal sedikit ayat atau surahnya,, mengetahui serba sedikit ilmu yang berkaitan dengan tajwid,, gemar membacanya,, mengetahui adab-adab terhadap al-Qur'an dan hukum-hukum yang berkaitan dengannya..
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~