Memaparkan catatan dengan label Cerita Lawak. Papar semua catatan
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Topik ni sekadar hiburan diri sahaja. Tiada kena mengena dengan watak dan hidup orang lain. Filem P. Ramlee berjudul Keluarga 69. Hahaha. boleh tengok di https://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_69 kalau nak tau sikit sebanyak sinopsis cerita ni.
Cerita dia kan bermula dari Osman yang suka berfoya-foya. Kena halau dengan bapak dia. Lepas tu si Osman ni menyanyi sampai dapat anugerah piring hitam la bagai. Last sekali dia balik rumah. Terjadilah adegan Keluarga 69. Keluarga tunggang terbalik. Cuma ada 1 persoalan yang masih tak berjawab dalam filem ini. Tentang panggilan. Si dia nak panggil apa, si gadis nak panggil apa. Mak dia nak panggil apa. Bapak jadi anak nak panggil apa. Sengaja aku nak ulas dan sengaja juga nak beri otak aku berfikir banyak tentang perkara yang tunggang terbalik ni sikit. Hahaha. Adakah sejarah dapat dipecahkan? Hihihihihihihi.............................
Kita bermula dari biodata cerita ini dahulu.
Sebelum Kejadian : -
- En. Bakar - Bapak Osman merangkap Orang Kaya.
- Siti Noraini - Isteri En. Bakar, Mak Osman.
- En. Osman - Anak En. Bakar & Siti Noraini.
- Abu Samah - Driver En. Bakar.
- Siti Mariam - Isteri Abu Samah.
- Aminah - Anak Abu Samah & Siti Mariam
- En. Bakar - Bapak Osman, Suami pada Aminah
- Siti Noraini - Isteri Abu Samah.
- En. Osman - Suami pada Siti Mariam.
- Abu Samah - Suami pada Siti Noraini
- Siti Mariam - Isteri En. Osman.
- Aminah - Isteri En. Bakar.
- Beristerikan Aminah, automatik dia bermertuakan Abu Samah & Siti Noraini.
- Walaupon Siti Noraini ni bekas isteri, tapi lepas bercerai, tiada apa-apa kaitan lagi. So, boleh panggil mak mertua.
- Jadi masalah dengan mertua satu lagi, iaitu mak pada Aminah iaitu Siti Mariam. Siti Mariam kawin pulak dengan Osman. Anak pada Bakar.
- Bakar adalah menantu pada Abu Samah & Noraini, Menantu juga pada Osman & Siti Mariam.
- Tapi isteri Bakar, Aminah adalah anak pada Abu Samah & Siti Mariam.
- Aminah juga anak tiri pada Siti Noraini sebab Siti Noraini kahwin dengan Abu Samah. Aminah adalah anak Abu Samah jugak.
- Anak Bakar, Osman pulak kahwin dengan mak pada Aminah iaitu Siti Mariam.
- Jadi, Bakar adalah menantu dari Siti Mariam dan Osman.
- Tapi, Osman adalah anak Bakar. Bakar berkahwin dengan anak tiri Osman iaitu Aminah. Sebab Osman beristerikan Siti Mariam yang merupakan mak si Aminah.
Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Pak Amat: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Pak Amat: "Tidak"
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Pak Amat: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.
Minah: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Bedah: Adakah dia merokok?
Minah: Oh, tidak!... Tidak sama sekali!
Bedah: Dia kekadang minum bir?
Minah: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Bedah: Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam kerumah?
Minah: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga
Bedah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, Berapa usianya?
Minah: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…
Posmen : Ni rumah Encik Sameon ye?
En Sameon : Ya saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
En Sameon : Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?
Kejadian berlaku di sebuah klinik di Malaysia.
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.
Anda Tahu Siapa Aku?
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”
Ok, dah kena!
Di sebuah kampung ada seorang duda tua tinggal berdekatan dgn seorang janda yang juga tua. Satu petang si duda duduk di bawah pokok merenung ke arah rumah si janda.
Si janda perasan dan datang menegur si duda, "Pak Uda oii, ape yang di menungkan tu?" Pak Uda tunduk lalu menjawab, "Ada perkara aku nak tanya kau ni Mak Jan."
Pak Uda merenung Mak Jan dan dengan kekuatan yang ada sambungnya, "Aku teringin nak berbinikan kau, sudi tak?". Mak Jan tersenyum dan menjawab, "Sudi."
Kemudiannya, Mak Jan & Pak Uda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.
Pada malam itu, Pak Uda gelisah. Dia tak ingat jawapan Mak Jan ptg tadi. Lantas, dia telefon dan bertanya sekali lagi.
"Hello, Mak Jan. Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklum la dah tua mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau sudikah kau berkahwin dengan aku, apa yang kau jawab?"
Mendengar nama Pak Uda, Mak Jan jawab, "Aku jawab sudi dan ikhlas dari hati. Nasib baik kau telepon aku. Aku pun sebenonya lupe sape yang ajak aku kawin petang tadi".


