Top 7 Cerita Lawak Santai

Lawak No 1

Pak Lamin dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Pak Amat  dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.

Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Pak Amat: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Pak Amat: "Tidak"
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Pak Amat: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...

Lawak No 2

Dua orang sahabat yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar...
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.

Minah: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Bedah: Adakah dia merokok?
Minah: Oh, tidak!... Tidak sama sekali!
Bedah: Dia kekadang minum bir?
Minah: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Bedah: Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam kerumah?
Minah: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga
Bedah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, Berapa usianya?
Minah: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!

Lawak No 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Lawak No 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

Lawak No 5

Seorang posmen yang datang menghantar surat .

Posmen : Assalamualaikum!
En Sameon :  Walaikumsalam
Posmen : Ni rumah Encik Sameon ye?
En Sameon : Ya saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
En Sameon : Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?

Lawak No 6

Kejadian berlaku di sebuah klinik di Malaysia.

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Lawak No 7

Anda Tahu Siapa Aku?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.

”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”
Ok, dah kena!


Catat Ulasan

0 Ulasan