Aturcara Senggaraan ACB - Soalan Peperiksaan Amali Pra Test





Soalan : ACB 1 dan ACB 2 ON, busbar coupler OFF. Service ACB 2. Beban penting 300A.

KERJA2 SEBELUM SENGGARAAN

1. Pastikan jenis senggaraan. Senggaraan Pemutus Litar Udara (ACB No 2)

2. Dapatkan Permit To Work PTW dari pihak pengurusan.

3. Keluarkan Memo / Notis, maklumkan kepada pengguna dalam 7 hari @ selewatnya 3 hari sebelum senggaraan. Tulis tarikh, masa, tempat dan masa diambil.

4. Kerja2 senggaraan mestilah dilakukan dalam kumpulan sekurang2 nya 2 orang.

SEBELUM MEMULAKAN SENGGARAAN ACB NO 2

1. Bawa peralatan, perkakas dan bahan2 yang diperlukan untuk membuat senggaraan ACB. (Multimeter, Insulation Tester)

2. Pakai pakaian keselamatan

3. Buka pintu, biarkan seketika untuk meneutralkan pengudaraan di dalam bilik.

4. Manualkan sistem kawalan pemadam api. Ini untuk mengelakkan sistem berjalan secara tiba2 apabila membuat kerja2 di dalam bilik papan suis.

5. Pastikan peralatan keselamatan tersedia seperti

a. Alat pemadam api -> mestilah berada di tempat yang mudah dilihat dan dalam keadaan baik.

b. Tikar getah dalam keadaan baik-> sekurang2nya tebal 5 mm, lebar 2 kaki dan panjang sepanjang papan suis.

c. Carta pertolongan cemas -> perlu ada sebagai rujukan sekiranya berlaku kemalangan.

d. Buku log -> perlu untuk mencatit kerja2 yang dibuat untuk semakan masa hadapan.

e. Papan tanda amaran secukupnya.

f. Gambarajah schematic diagram -> berada dalam keadaan baik dan boleh dibaca.

g. Peti pertolongan cemas -> perlu ada.

6. Sebelum ACB no 2 di OFF kan, tanda / marking beban penting 300 A di ACB no 2 dan beban tidak penting di ACB no 1, 200 A dan 100 A.

7. Selepas itu, maklumkan kembali secara lisan kepada pihak pengurusan untuk mematikan bekalan dan untuk mematikan beban tidak penting.

8. OFF kan beban tidak penting.

9. Rekodkan bacaan ampmeter, voltmeter dan power factor meter. Tulis dalam buku log. Ini sebagai panduan untuk perbandingan selepas kerja senggaraan dibuat.

10. Matikan MCCB bermula dari yang kecil ke besar. Ini untuk mengelakkan percikan arka yang kuat pada ACB.

11. Semasa memutuskan bekalan, berdiri di sisi ACB no 2, sambil menghadap ke pintu keluar. Ini untuk memudahkan kita untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kemalangan. Juga memudahkan saya melihat keseluruhan ACB panel. OFF kan bekalan.

12. Pastikan bekalan betul2 di matikan dengan melaras volt selector, amp selector dan perhatikan juga indicator light. Catatkan semuanya dalam buku log.

13. Buka key lock di ACB no 2 dan pasangkan key lock di busbar coupler untuk tujuan menghidupkan beban penting 300 A.

14. ON kan busbar coupler. Pastikan busbar coupler telah di ON kan dengan melihat voltmeter di sebelah racking ACB no 2.

15. ON kan beban penting 300 A di racking ACB no 2.

16. Lihat Ampmeter di ACB no 1, amp akan naik 300A

KERJA2 SENGGARAAN ACB NO 2

17. Keluarkan ACB. (Racking Out)

a. ACB dalam keadaan Connected. Iaitu bahagian roller contact ke busbar utama masih bersambung. Juga auxilary sliding contact masih bersambung dengan relay.

b. Tukarkan kedudukan ‘Connected’ kepada ‘Test Isolated’. Masukkan pemutar dan tekan lever PBO dan pusingkan pemutar ikut arah lawan jam sehingga bunyi ‘click!’

c. Test Isolated, sambungan roller contact dengan busbar utama telah terpisah tetapi auxilary sliding contact masih bersambung dengan relay.

d. Tukar keadaan ‘Test Isolated’ kepada ‘Disconnected’. Putar pemutar dan tekan lever PBO dan pusingkan ikut arah lawan jam sehingga bunyi ‘click!’.

e. Disconnected, sambungan roller contact dengan busbar utama telah terpisah dan sliding auxilary contact juga telah terpisah dari sambungan relay.

18. Setelah ACB dikeluarkan, kuncikan shutter bersama Papan Tanda Amaran Bahaya, kemudian pintu perumah ACB ditutup dan gantungkan lagi Papan Tanda Amaran Bahaya pada pintunya.

19. Mulakan senggaraan :

a. Bersihkan habuk dan debu pada ACB, perangkap arka menggunakan blower.

b. Ketatkan bolt dan nut yang mana longgar dan periksa kesemuanya.

c. Letakkan minyak gris pada rel

d. Minyakkan kesemua mekanisma2 mekanikal yang bergerak dengan WD40

e. Cucikan main contact dengan arcing contact dengan menggunakan kertas pasir halus.

f. Cucikan roller isolating contact dan lapkan dengan kain bersih dan sapukan dengan dengan minyak vascaling @ Petroleum Jelly.

20. Selepas melakukan senggaraan, lakukan ujian :

a. Ujian Mekanikal – Cas palang pengecas dan Test ON dan OFF.

b. Ujian keserataan menggunakan kertas putih dilapikkan dengan kertas karbon. Letak pada celahan sesentuh utama dan ON kan ACB. Hasil yang baik adalah kertas putih itu akan menunjukkan ke samarataan.

c. Ujian rintangan penebatan menggunakan insulation resistance test (IR Test) x1000v

i. Fasa dengan Fasa

ii. Fasa dengan Bumi

d. Ujian keterusan litar utama menggunakan multimeter, ACB Mesti ON.

i. Incoming Red ke outgoing Red

ii. Incoming Yellow ke outgoing Yellow

iii. Incoming Blue ke outgoing Blue

e. Ujian rintangan gegelung pirau (Shunt Trip) dengan bekalan 240V -> Tujuan untuk mengetahui magnetic coil yang terdapat dalam shunt trip coil itu berfungsi @ tidak.

i. Sambung cable shunt trip ke panel penguji 240v

ii. Cas palang pengecas

iii. ON kan ACB

iv. ON kan supply

v. ACB akan trip / OFF.

21. Selepas selesai senggaraan, pastikan tiada peralatan tertinggal di dalam ACB.

Rack IN


22. Tanggalkan Papan Tanda Amaran Bahaya di pintu perumah ACB dan buka pintu perumah ACB.

23. Keluarkan papan tanda bahaya yang dikunci bersama shuttle nya tadi dan pastikan ia bebas bergerak dan griskan landasannya. Periksa perumah (housing) ACB.

24. Masukkan ACB (Rack In)

a. Masukkan pemutus litar ke housing ACB dan tolak pemutus litar perlahan2 sehingga ianya rapat.

b. Tukarkan kedudukan ‘Disconnect’ kepada ‘Test Isolated’. Masukkan pemutar dan tekan lever PBO, pusingkan pemutar mengikut arah jam perlahan2 sehingga bunyi ‘click!’.

c. Tukar kedudukan ‘Test Isolated’ ke pada ‘Connected’. Putar pemutar dan tekan lever PBO, pusingkan pemutar mengikut arah jam perlahan2 sehingga bunyi ‘click!’.

25. Tutup pintu perumah ACB.

26. Resetkan OCR (over current relay)

27. Reset EFR

28. Buat cas pada ACB dengan menggunakan palang pengecas.

29. Maklumkan kembali secara lisan pada pihak pengurusan untuk penutupan sementara beban penting dan menghidupkan kembali bekalan elektrik.

30. Setelah itu, periksa sekitar papan suis untuk memastikan tiada rakan sekerja berdekatan. Sekiranya ada, pastikan jarak 3 meter dari papan suis. Pastikan juga peralatan dan perkakas tiada yang tertinggal di bahagian depan dan belakang papan suis.

31. Matikan beban penting 300 A, ON kan kembali beban tidak penting di ACB no 1.

32. OFF kan busbar coupler

33. Alihkan key lock dari busbar coupler ke ACB no 2.

34. ON kan ACB no 2. Pastikan bekalan telah tersambung dengan memutar volt selector dan indicator light. Periksa 3 fasa dan 1 fasa sambil memusingkan selector. Catit dalam buku log.

35. ON kan Power Factor, catit bacaan power factor dan perhatikan ampmeter dan catitkan dalam buku log.

36. ON kan satu persatu MCCB bermula dari yang besar ke kecil dan catat satu persatu bacaan amp.

37. Kemaskan peralatan dan perkakas, simpan di tempat asal.

38. Sebelum meninggalkan bilik papan suis, pastikan sistem kawalan pemadam api di Autokan semula.

39. Batalkan Permit To Work (PTW)

SEMOGA BERMANFAAT


Catat Ulasan

0 Ulasan