Cerita Keburukan Orang Lain

Bismillah..

 Kerana Allah,, aku cuba nak tulis 1 bab yang aku akui,, maybe tak dak sapa nak sokong pun.. heee.. tapi,, aku tetap jugak nak pot pet pot pet kat sini..Blog aku,, sukati aku la nak tulis ape... haahahaha...

Ok lah,, kebanyakan orang,, suka bercakap mengenai keburukan orang.. apa salahnya cerita,, hal tentang kebaikan dia.. maybe dia adalah seseorang yang kita kenal,, tapi bagi yang mendenganr cerita tue,, maybe bukan kenal pun dengan si mangsa..

So,, ini dinamakan mengumpat namanya..  tapi,, tau tak,, kadang kala,, keburukan orang lain tak perlu la nak ceritakan selagi perkara itu masih belum bertentangan dengan hukum Islam.. Tapi ada jugak benda yang perlu kita tau asalkan benda tu memang sepatutnya perlu diketahui oleh masyarakat.. tapi pastikan benda yang benar2 terjadi..

Apabila seorang bercakap tentang keburukan seseorang,, betul @ salah,, adakah hak kita untuk mengatakan dia tu salah semuanya? 

Contoh lain,, bila seseorang yang tak bertanggungjawab,, meng "edit" gambar seseorang menggunakan photoshop,, dan membabitkan si fulan nie,,  dan apabila benda tu sebenarnya salah,, gambar yang sememangnya tak betul,, tapi nampak macam betul,, maka,, setiap orang yang tengok gambar tu,, sekiranya terdetik dalam hati dia untuk kutuk orang dalam gambar tu,, maka,,, pahala percuma dibagi pada orang yang dalam gambar tu..

Zaman nabi,, susah orang nak dengar yang sahabat nabi bagi pahala free camni kat sahabat yang lain.. tapi,, zaman sekarang,, banyak berlaku.. dalam keluarga aku jugak ade 2 orang.. bawa mulut orang kata.. tapi alhamdulillah,, dengan keselambaan aku,, aku tegur je depa ni,, berubah la sikit,, bukan ape,, kadang2,, ada bende yang perlu kita cerita,, tapi,, ada yang wajib kita simpan saja dalam hati.. tapi,, bab ni yang payah ni..

Aku cuma insan yang suka menegur atas kesilapan orang lain mahupun diri sendiri.. mungkin aku menegur ni jugak orang boleh kata aku mengumpat,, so,, aku minta maaf.. cuma,, aku tak rasa aku mengumpat sebab takde nama2 berkenaan yang aku sebut kat sini.. haahahaha...

Dalam sehari,, walaupun kita rasa macam kita dah buat pahala,, tapi belum tentu kita benar2 mendapat pahala yang cukup untuk menutup dosa tue.. mungkin dosa kita lebih banyak,,, dan lebih elok kita meminta kebaikan dan kesejahteraan dari Tuhan yang agong,, Allah Taala..

Sama2 la kita muhasabah diri.. cuba terima teguran orang lain,, dan orang lain pon boleh terima teguran anda juga.. Bagi kita memang payah,, tapi yang payah tu la sebenarnya banyak kemanisan bila kita dengan selamber je mengadap.. bukan lari darinye..

Hope,, untuk diri aku jugak,, untuk bos2 lama aku yang suka maki orang tak betempat,, hope,, kat belakang,, jangan la kutuk2,, tapi kalo nak kutuk pun x dak masalah.. selagi aku tak dengar,, selagi tu aku dapat pahala.. so,, lebih baik aku tak dengar.. heee.. ok tak??

Last sekali,, cuba tanya diri kita.. kita berkata tentang seseorang tentang keburukan dia tanpa dia tau pun..tapi,, pernah ke kita terfikir,, kemungkinan besar,, dia jugak menceritakan keburukan kita pada orang lain?? maybe lagi kaw2 ke..kita baru cerita A,, dia dah Z dah.. so,, sape yang kene lagi teruk?? haa.. baru dunia.. 

Bersabarlah.. ini sahaja yang perlu ada untuk seorang yang menyedari bahawa dia hanyalah  HAMBA ALLAH swt.....

Catat Ulasan

0 Ulasan