My Knowledge (Kitaran Asas Penyejukan)


1.  Wap bahan pendingin yang bersuhu dan tekanan rendah akan masuk ke pemampat melalui saluran sedutan.

2.  Di pemampat wap bahan pendingin akan dimampatkan mengakibatkan suhu dan tekanan wap bahan pendingin menjadi tinggi.

3.  Wap bahan pendingin tersebut akan dipam keluar melalui saluran singkiran di pemampat ke pemeluwap.

4.  Di pemeluwap wap bahan pendingin yang bersuhu dan tekanan tinggi akan menyingkirkan  haba. Berlaku proses  pemeluwapan.

5.  Apabila haba disingkirkan wap bahan pendingin akan bertukar bentuk menjadi cecair yang bersuhu dan tekanan tinggi.

6.  Cecair bahan pendingin yang bersuhu dan tekanan tinggi di pemeluwap akan mengalir ke peranti pemeteran.

7.  Peranti pemeteran akan mengawal kadar pengaliran bahan pendingin. Semasa melepasi peranti pemeteran cecair bahn pendingin akan mengalami kejatuhan tekanan. Berlaku proses pemeteran.

8.  Cecair bahab pendingin yang bertekanan rendah dan suhu rendah akan mengalir dari peranti pemeteran ke penyejat.

9.  Di penyejat haba akan diserap menyebabkan perubahan bentuk berlaku pada cecair bahan pendingin. Berlaku proses penyejatan.

10.Wap bahan pendingin yang bersuhu dan tekanan rendah akan mengalir dari penyejat ke pemampat melalui saluran sedutan.

11.Proses ini akan berulang.