Ketika Hati Sedang Bertasbih

 Assalamualaikum.

Sekarang aku dah berjaya hafal quran sampai surah al-Buruj, tapi hujung2 tu belom hafal lagi. Masih lagi cubaan hafalan yang tak habis2.. dah dekat 2 bulan ni.. Hahaha.. Aku target nak hafal 1 al-quran. Cita2 yang masih belom kesampaian lagi.. 

Aku teringat cerita pasal tsunami di Acheh, perang di Syria, Gaza, ade diceritakan tentang orang yang tersangkut di bawah runtuhan bangunan, mayat nya dalam keadaan utuh. Asbab nya hanya dia menghafal al-Quran.. Lagi, untuk kehidupan kita di alam yang jauh tu, nak menjawab pertanyaan Malaikat Munkar & Nankir lagi. MasyaAllah. Aku rasa naik bulu roma aku memikirkan semua ni.

Kehidupan di padang Masyar lagi. Tak tau berapa lama aku sangkut kat padang Masyar tu. Al-Quran yang beritahu dalam Surah Al-Hajj, pada ayat 47. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya sehari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.”

(Surah Al-Hajj 22:47)

Bukan 1000 hari woooo, 1000 tawon woooo.. Kalau 1 hari Akhirat = 1000 Tahun dunia. Aku nak hitung sat. Setahun kita ada 365 hari. kita kalikan dengan 1000 tahun. Bersamaan dengan 365,000 hari. Dalam perkataan bahasa Melayu, kita mengadap Tiga Ratus Enam Puluh Lima Ribu hari untuk selesaikan 1 hari di padang Masyar. Dan setiap kali kita dengar hukuman kita di akhirat nanti, boleh tahan jugak lamanya...... Insaf nya la diri aku ni.

Himpitan Kubur lagi, belom cerita siksa kubur lagi. Kencing kita ni, air kencing kita ni kalau kencing tu, AIR nya tu, kalau terpercik, kena seluar, bukan kita tahu pon kena, tapi kalau kena seluar la katakan, kena azab dah dalam kubur. Seperti hadis Rasullullah yang aku copy/paste ni yang berbunyi.

Ibn Abbas RA berkata, Nabi Muhammad SAW telah melalui dua buah kubur lalu bersabda: “Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang diazab dan tiadalah keduanya diazab pada sebab yang besar. Adapun salah seorang daripadanya adalah dia tidak membersihkan diri daripada kencing. Dan adapun yang seorang lagi adalah berjalan dengan namimah (mengadu domba). Kemudian baginda mengambil akan sebatang pelepah kurma yang masih basah lalu dipatahkan menjadi dua bahagian maka ditanam pada setiap kubur akan satu pelepah. Berkata orang-orang-orang: “Wahai Rasulullah, kerana apa tuan lakukan perkara ini?” Sabdanya: “Mudah-mudahan diringankan dari kedua penghuni kubur ini sebelum pelepah ini kering.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Sebab kecik je pon,,,, kadang2 kita alpa tentang benda ni. Itu pasal ustaz2 kata, bila kencing dalam tandas tu, tolong2 la berdehem bila dah habis kencing. Takut ada lagi yang tersisa kat hujung punai ko tu. Tarik2 sikit kat pangkal tu, pastikan clear semua. Adoi aiiii..Hahaha.. Ini cerita lelaki ye, perempuan aku tak tau. Sila google sendiri la kot. Moga Allah mengampuni dosa2 aku yang lalu.

Banyak lagi nak cerita sebenarnya. Tapi, cukup lah setakat ni. Aku nak bekerja jap, cari pendapatan yang diredhoi Allah. Sambil cubaan untuk sambung hafalan aku ni. Baru sampai ayat 10 surah al-Buruj.. Aku nak jadi penghafaz al-Quran. Aku bukan ade Degree, Master untuk aku pandai nak jawab soalan bertalu2 dalam Kubur tu. Nak sambung belajar pon nak kena loan. Jenoh la Kak Bedah ooooiiii..

 Kalau aku hafal al-Quran, kurang2 ada la yang menemani aku dalam kubur. Tolong aku dalam azab akhirat tu nanti. Bagi payung ke, bagi air cond ke. Air cooler ker... 1000 tahun weiiii!!! Pishang ooo..

AYAT 74- {OLEH YANG DEMIKIAN – (WAHAI ORANG YANG LALAI) – BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI NAMA TUHANMU YANG MAHA BESAR (SEBAGAI BERSYUKUR AKAN NIKMAT-NIKMATNYA ITU).} (AL-WAAQI’AH 56:74)

Wassalam. 


Catat Ulasan

0 Ulasan