Archive for 2023
Assalamualaikum.
Sekarang aku dah berjaya hafal quran sampai surah al-Buruj, tapi hujung2 tu belom hafal lagi. Masih lagi cubaan hafalan yang tak habis2.. dah dekat 2 bulan ni.. Hahaha.. Aku target nak hafal 1 al-quran. Cita2 yang masih belom kesampaian lagi..
Aku teringat cerita pasal tsunami di Acheh, perang di Syria, Gaza, ade diceritakan tentang orang yang tersangkut di bawah runtuhan bangunan, mayat nya dalam keadaan utuh. Asbab nya hanya dia menghafal al-Quran.. Lagi, untuk kehidupan kita di alam yang jauh tu, nak menjawab pertanyaan Malaikat Munkar & Nankir lagi. MasyaAllah. Aku rasa naik bulu roma aku memikirkan semua ni.
Kehidupan di padang Masyar lagi. Tak tau berapa lama aku sangkut kat padang Masyar tu. Al-Quran yang beritahu dalam Surah Al-Hajj, pada ayat 47. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya sehari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.”
(Surah Al-Hajj 22:47)
Bukan 1000 hari woooo, 1000 tawon woooo.. Kalau 1 hari Akhirat = 1000 Tahun dunia. Aku nak hitung sat. Setahun kita ada 365 hari. kita kalikan dengan 1000 tahun. Bersamaan dengan 365,000 hari. Dalam perkataan bahasa Melayu, kita mengadap Tiga Ratus Enam Puluh Lima Ribu hari untuk selesaikan 1 hari di padang Masyar. Dan setiap kali kita dengar hukuman kita di akhirat nanti, boleh tahan jugak lamanya...... Insaf nya la diri aku ni.
Himpitan Kubur lagi, belom cerita siksa kubur lagi. Kencing kita ni, air kencing kita ni kalau kencing tu, AIR nya tu, kalau terpercik, kena seluar, bukan kita tahu pon kena, tapi kalau kena seluar la katakan, kena azab dah dalam kubur. Seperti hadis Rasullullah yang aku copy/paste ni yang berbunyi.
Ibn Abbas RA berkata, Nabi Muhammad SAW telah melalui dua buah kubur lalu bersabda: “Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang diazab dan tiadalah keduanya diazab pada sebab yang besar. Adapun salah seorang daripadanya adalah dia tidak membersihkan diri daripada kencing. Dan adapun yang seorang lagi adalah berjalan dengan namimah (mengadu domba). Kemudian baginda mengambil akan sebatang pelepah kurma yang masih basah lalu dipatahkan menjadi dua bahagian maka ditanam pada setiap kubur akan satu pelepah. Berkata orang-orang-orang: “Wahai Rasulullah, kerana apa tuan lakukan perkara ini?” Sabdanya: “Mudah-mudahan diringankan dari kedua penghuni kubur ini sebelum pelepah ini kering.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)
Sebab kecik je pon,,,, kadang2 kita alpa tentang benda ni. Itu pasal ustaz2 kata, bila kencing dalam tandas tu, tolong2 la berdehem bila dah habis kencing. Takut ada lagi yang tersisa kat hujung punai ko tu. Tarik2 sikit kat pangkal tu, pastikan clear semua. Adoi aiiii..Hahaha.. Ini cerita lelaki ye, perempuan aku tak tau. Sila google sendiri la kot. Moga Allah mengampuni dosa2 aku yang lalu.
Banyak lagi nak cerita sebenarnya. Tapi, cukup lah setakat ni. Aku nak bekerja jap, cari pendapatan yang diredhoi Allah. Sambil cubaan untuk sambung hafalan aku ni. Baru sampai ayat 10 surah al-Buruj.. Aku nak jadi penghafaz al-Quran. Aku bukan ade Degree, Master untuk aku pandai nak jawab soalan bertalu2 dalam Kubur tu. Nak sambung belajar pon nak kena loan. Jenoh la Kak Bedah ooooiiii..
Kalau aku hafal al-Quran, kurang2 ada la yang menemani aku dalam kubur. Tolong aku dalam azab akhirat tu nanti. Bagi payung ke, bagi air cond ke. Air cooler ker... 1000 tahun weiiii!!! Pishang ooo..
AYAT 74- {OLEH YANG DEMIKIAN – (WAHAI ORANG YANG LALAI) – BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI NAMA TUHANMU YANG MAHA BESAR (SEBAGAI BERSYUKUR AKAN NIKMAT-NIKMATNYA ITU).} (AL-WAAQI’AH 56:74)
Wassalam.
Assalamualaikum.
Hai semua pembaca.. Hebat2 semua pembaca blog selamber ni. Walaupun aku memang dah tak ada nak update lagi, tapi blog ni dapat juga sambutan dari beberapa penjelajah blog juga ya. Tak ada lah meriah macam dulu2, sehari paling tinggi pageview boleh dapat dalam 40,000 ke 90,000 view sehari. Sekarang dah sikit dah nak banding dulu. Tapi apa2, aku bersyukur ke hadrat Ilahi. Sebab blog ni bukan aku buat untuk tujuan mencari keuntungan. Sekadar kaedah aku untuk laju menaip dan juga untuk luahan hati aku sendiri. Ye lah, blog aku je kan, cuma domain je aku dah tukar. Ini semua minat punya pasal. Tak leh kato apo lah. Hahaha.
Sekarang aku dah ada dalam pejabat aku, workstation aku. Jam 6.20 pagi dah terpacak kat sini. Tu boleh menulis sikit ni, asalkan tak mengganggu kerja aku jer.
Ada la sikit nak luahkan ni, untuk kehidupan hidup sekarang ni. Aku tak nak kondem ape2, sebab bukan kepakaran aku untuk complaint tentang kehidupan kita sehari2 di tanah melayu ni. Tapi, aku perasan jugak, dulu teruk2 pon, boleh aku hidup tenang, menyimpan duit tiap bulan. Gaji kecik, tapi boleh simpan lebih separuh. Mungkin jugak time tu bujang. Ermmmm........... Tapi, sekarang walaupun dah kahwin, anak 2 orang yang hidup, insyaallah lagi 7 bulan @ lebih @ kurang tambah lagi,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Tapi aku dah asingkan untuk daily use punya daripada family use dan simpanan. Tapi dalam masa beberapa kali aku cuba ni, hujung bulan mesti aku korek balik dari simpanan. Macam tak simpan apa2 pulak. Cuba jugak la cari kat internet, cara2 untuk saving tiap2 bulan. Tapi, masih tak berjaya lagi.
Ai, member dah datang pulak. Segan nak tulis lagi. Esok² la sambung luahan ni.
Babai dulu yer.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Sekadar luahan hati dan perasaan yang masih memikirkan keadaan dan masa waktu ketika ini.
Sedar tak sedar, tahun depan 2024, anak aku dah masuk 10 dan 5 tahun. Planning kami family nak yang terbaik untuk anak-anak. Cadangannya nak masukkan tahfiz dan tadika. Cuma memikirkan yuran mereka ini lah yang membuatkan aku terfikir. Aku mampu ker....................
Dengan pendapatan aku,,,, dengan harapan untuk lihat anak-anak aku cemerlang, bawa sikit ke akhirat. Memang aku buat semua ni bukan untuk dunia jer.. Kalau boleh, bawa sikit ke akhirat. Tapi, bila memikirkan keadaan ini yang buat aku sedikit memikirkan masalah duit..
Bulan-bulan, kurang-kurang RM500 (full day) yang 10 tahun. Yang 5 tahun RM290 (half day) bulan-bulan. So, untuk anak-anak, aku kene spent RM790.00. Tiap-tiap bulan aku kene save besar jugak tu untuk anak-anak..
Ramai orang aku bincang kata, tak apa lah.. Untuk anak-anak, sanggup buat apa saja. Tapi dalam era kehidupan sekarang yang penuh mencabar ini. Harga beras pon dah mencabar minda, nak beli pon kene pilih brand..... Takkan nak beli beras aje, lauk pauk nak kena beli juga. Pergi kerja, nak kena modal juga. Makan, duit minyak.. setahun sekali nak pikir roadtax, insuran kenderaan.. Masa guna kenderaan jugak nak fikir kesihatan motor, nak kena buat service.
Fikirkan tanggungjawab je ni. Amanah ALLAH beri pada aku. Tanggungjawab yang dibebankan atas tengkuk aku sebagai seorang LELAKI, SUAMI, ANAK. Tak ada istilah
"Kalau aku tahu...."
Aku kena fikirkan semua ni. Dengan sehari-hari ni, aku tak tahu macam mana aku nak hadapi semua ini untuk waktu dan ketika ini. Untuk masa sekarang, aku taip ni, otak aku masih belum dapat menjangkau apa-apa cadangan dan fikiran yang terlintas dalam otak aku. Mungkin esok lusa ada, siapa tahu.
Aku cuma nak ceritakan sedikit luahan perasaan ini cuma sebagai luahan masa dan ketika kejadian ini. Masa kini. Mungkin masa akan datang, ia dah berubah. Mungkin masalah ini akan dapat diselesaikan esok lusa. Cuma sekarang ni, aku agak down...............................
Fikir fikir fikir fikir......
Cuma bilik fikir semua ni, di samping aku rasa kekurangan, aku rasa,,,,,
Baru nak luahkan perasaan, ade pulak budak2 kerja..
ok, cau
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Topik ni sekadar hiburan diri sahaja. Tiada kena mengena dengan watak dan hidup orang lain. Filem P. Ramlee berjudul Keluarga 69. Hahaha. boleh tengok di https://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_69 kalau nak tau sikit sebanyak sinopsis cerita ni.
Cerita dia kan bermula dari Osman yang suka berfoya-foya. Kena halau dengan bapak dia. Lepas tu si Osman ni menyanyi sampai dapat anugerah piring hitam la bagai. Last sekali dia balik rumah. Terjadilah adegan Keluarga 69. Keluarga tunggang terbalik. Cuma ada 1 persoalan yang masih tak berjawab dalam filem ini. Tentang panggilan. Si dia nak panggil apa, si gadis nak panggil apa. Mak dia nak panggil apa. Bapak jadi anak nak panggil apa. Sengaja aku nak ulas dan sengaja juga nak beri otak aku berfikir banyak tentang perkara yang tunggang terbalik ni sikit. Hahaha. Adakah sejarah dapat dipecahkan? Hihihihihihihi.............................
Kita bermula dari biodata cerita ini dahulu.
Sebelum Kejadian : -
- En. Bakar - Bapak Osman merangkap Orang Kaya.
- Siti Noraini - Isteri En. Bakar, Mak Osman.
- En. Osman - Anak En. Bakar & Siti Noraini.
- Abu Samah - Driver En. Bakar.
- Siti Mariam - Isteri Abu Samah.
- Aminah - Anak Abu Samah & Siti Mariam
- En. Bakar - Bapak Osman, Suami pada Aminah
- Siti Noraini - Isteri Abu Samah.
- En. Osman - Suami pada Siti Mariam.
- Abu Samah - Suami pada Siti Noraini
- Siti Mariam - Isteri En. Osman.
- Aminah - Isteri En. Bakar.
- Beristerikan Aminah, automatik dia bermertuakan Abu Samah & Siti Noraini.
- Walaupon Siti Noraini ni bekas isteri, tapi lepas bercerai, tiada apa-apa kaitan lagi. So, boleh panggil mak mertua.
- Jadi masalah dengan mertua satu lagi, iaitu mak pada Aminah iaitu Siti Mariam. Siti Mariam kawin pulak dengan Osman. Anak pada Bakar.
- Bakar adalah menantu pada Abu Samah & Noraini, Menantu juga pada Osman & Siti Mariam.
- Tapi isteri Bakar, Aminah adalah anak pada Abu Samah & Siti Mariam.
- Aminah juga anak tiri pada Siti Noraini sebab Siti Noraini kahwin dengan Abu Samah. Aminah adalah anak Abu Samah jugak.
- Anak Bakar, Osman pulak kahwin dengan mak pada Aminah iaitu Siti Mariam.
- Jadi, Bakar adalah menantu dari Siti Mariam dan Osman.
- Tapi, Osman adalah anak Bakar. Bakar berkahwin dengan anak tiri Osman iaitu Aminah. Sebab Osman beristerikan Siti Mariam yang merupakan mak si Aminah.
Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.
__________________________________________
Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
__________________________________________
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga
__________________________________________
Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
__________________________________________
Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih
[ Impian Kasih lyrics found on http://lyrics.my ]
Sengaja aku copy lagu ni dari website lyrics.my. Semuanya khas untuk isteriku yang di sayangi. Saebab? Saebab saya suka... Hihihi..
Ayat Saebab ni dari anak saya, saya suka bila explain apa-apa, dia akan tanya saya balik, "Saebab?", jadi saya explain la dengan dia sampai anak saya ni puas hati.. Dan juga sebaliknya, saya pulak yang tanya dia dia Saebab.. Hahaha..
Aku sebenarnya nak cerita kebaikan isteri aku yang tersayang ni. Tapi, blog aku ni rasanya tak layak untuk jadi tempat rujukan untuk ceritakan semuanya.
Di kesempatan ini, aku menyatakan yang aku menyayangi isteri aku melebihi kasih sayang Abg Tesla pada bini dia.. Hihihihi..
Salam Malaysia.
Sukatan Pembelajaran Electrical Chargeman A4 (ST Certificate)
Modul 1
Topik Pengecas Elektrik - Semakan kandungan sukatan pelajaran AO Pengecas Elektrik
Modul 2
Enjin Diesel - Pengenalan & gambaran keseluruhan enjin diesel asas , Jenis komponen & fungsi enjin diesel , Selenggara & servis enjin diesel , Penyelesaian masalah enjin diesel beroperasi dan Jadual penyelenggaraan rutin enjin diesel.
Modul 3
Penjana AC - Pengenalan & gambaran keseluruhan prinsip asas penjana A.C, Jenis komponen dalam sistem penjana A.C, Jenis sistem penjana A.C berfungsi, Sistem penjana A.C Operasi dan penyelenggaraan rutin komponen penjana.
Modul 4
Penjana A.C siap sedia - Teori penjana siap sedia, Pelan susun atur dengan cetak biru dan gambar rajah skema, Menetap dan mengendalikan papan A.M.F dan set penjana siap sedia, Sistem Perlindungan Elektrik, Jenis kaedah ujian dan pemerhatian, Set analisis dan output- ke atas, Urutan bekalan TNB , penjana A.C dan sistem U.P.S serta kerja rutin Penyelenggaraan dan servis.
Modul 5
Menyegerakkan sistem penjana ac - Pengenalan & gambaran keseluruhan penyegerakan, Mengendalikan penyegerakan penjana A.C, Menganalisis dan menyediakan output, Menyelenggara dan menservis papan panel penyegerakan dan Penyelenggaraan Laluan dan jadual laporan harian.
Modul 6
Sistem Talian Atas - Pengenalan & gambaran keseluruhan sistem Talian Atas L.V, Reka Bentuk dan Pasang Sistem lampu jalan, Reka bentuk dan Amalan sistem Talian atas L.V komponen, Menguruskan pelaksanaan sistem overhed L.V dan sistem bawah tanah, Pelan susun atur / gambar rajah litar skematik dan Kaitkan Peraturan Keselamatan dengan kerja rutin harian.
PENGGUNAAN TANGGA DAN TEKNIK IKATAN PADA TANGGA TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH
PENGGUNAAN TANGGA












Simpai Terus merupakan teknik ikatan kabel talian atas pada penebat belenggu bagi tiang elektrik yang berada di tengah antara tiang lain selagi kabel cukup panjang. Jika panjang kabel tidak mencukupi, boleh dilakukan Simpai Tamatan.











Simpai Sudut biasanya dilakukan pada tiang yang berada di tengah tetapi bersudut antara tiang yang lain. Cara lilitannya hampir sama dengan Simpai Terus tetapi lain dari segi lilitan permulaan.

Langkah-langkah membuat simpai sudut:
Langkah 1: Mula dawai pada pengalir aluminium bersilang (A atas, B bawah).

Langkah 2: Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 3: Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 4: Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 6 lilitan.

Langkah 5: Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 6 lilitan.

Langkah 6: Potong lebihan dawai pada hujung dawai A dan B.
Gambar-gambar semasa kerja simpai sudut...



Simpai Tamatan dilakukan pada penghujung tiang atau tiang yang berada di tengah jika kabel tidak mencukupi, sebab yang mungkin panjang kabel dalam 1 drum adalah hanya lebih kurang 500m sahaja.


Langkah 2: Bengkok pengalir supaya menjadi lengkungan berbentuk C.

Langkah 3: Rapatkan kedua-dua bahagian pengalir A dan B. Ikatkan dengan dawai supaya tidak terbuka.

Langkah 4: Mula lilit dawai pada kedudukan seperti gambarajah di bawah.

Langkah 5: Lilit dawai seperti gambarajah 1. Guna besi perapat untuk merapatkan kedudukan antara dawai. Potong dawai dan pengalir yang berlebihan di bahagian hujung. Pintal dawai akhir di hujung dengan kemas.
Langkah 6: Bengkokkan dawai pengalir 45 darjah seperti dalam Gambar 1 dan habiskan lilitan pada jarak yang bersesuaian kemudian pintal dawai pengalir di hujung sudut tersebut.