Pantun Lemah Semangat


Padah bisa bermain tombak,
Mungkir nyawa jangan derhaka,
Biar badan menjadi tembok,
Pertahan tanah daripada durjana,

Menyeluk pekasam hingga lengan,
Bara api menjadi arang,
Halangan hanya menjadi cabaran,
Usahaku bukan kepalang,

Mati anak jangan adat,
Putih tulang bukan mata,
Warisan akan aku ikat,
Hingga putus akal dan nyawa,

Angin taufan menghiris isi,
Terbelah bumi menjadi dua,
Bersumpah aku atas nama ini,
Tak kan Melayu hilang di dunia.


So,, aku nak lawan pantun pendekar beliau walaupun aku tak kenal siapa beliau.. Maka,, dengan selamber aku berkata... 

Senjata tombak senjata lapok....
Mati la kau jika derhaka..
Badan sekeping nak jadi tembok..
Tanah kubur la perginya..

Seluk pekasam masuk mulut..
Bara api letak kat kepala..
Halangan sikit dah ketar lutut..
Usaha banyak pun tak da guna..

Apa ada pada adat sekiranya anak diabai..
Apa gunanya mata kalau tulang pun tiada..
Apa ada pada warisan jika dunia dah bersepai..
Apa gunanya akal kalau nyawa dah tiada..

Angin taufan kepunyaan Allah..
Terbelah bumi maksudnya kiamat..
Cukuplah sekadar tawakal pada Allah..
Agar berkekalan Melayu Islam hingga akhirat..

Catat Ulasan

0 Ulasan