Memaparkan catatan dengan label Bicara Islam. Papar semua catatan

Ketika perang Badar mula tercetus, Jibril mengarahkan Nabi melontar segenggam pasir ke arah musuh. Baginda melontar seraya berkata - شاهت الوجوه - Gelaplah semua wajah (Tafsir al-Tabari). Itu antara punca musuh tewas teruk. Berikutan itu Allah menegaskan kepada umat Islam bahawa kemenangan mereka BUKAN kerana kehebatan mereka tetapi kerana BANTUAN ALLAH:


فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡۚ وَمَا رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ وَلِيُبۡلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ مِنۡهُ بَلَآءً حَسَنًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ


Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang kafir), dan untuk mengurniakan orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (al-Anfal 8:17).


Abdullah Bukhari


11 September 2020.



Kemahiran membaca al-Quran sangat penting! Ia menjadi syarat utama kelayakan mara ke hadapan memimpin solat sesebuah komuniti. Sabda Rasulullah SAW:


يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا وَلَا يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِي سُلْطَانِهِ وَلَا يَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ


Ertinya: Orang yang paling layak mengimamkan solat adalah orang yang paling mahir (fasih) membaca al-Quran. Jika mereka setara pada bacaan al-Quran, maka didahulukan orang yang paling tahu mengenai Sunnah. Jika mereka setara pada Sunnah, maka diutamakan orang yang paling awal berhijrah. Jika mereka setara pada hijrah, maka diutamakan orang yang paling awal memeluk Islam. Dan janganlah seseorang lelaki menjadi imam di tempat yang ada pemiliknya (jangan membelakangi imam kawasan), dan janganlah duduk di rumahnya (tempat duduknya) kecuali dengan izinnya“  (Sahih Muslim).


Ayuh kita ikuti kisah sahabat muda yang bernama ‘Amru bin Salamah (Para ulama hadith berselisih pandangan tentang status beliau sama seorang sahabat atau tidak, namun yang pasti ayahnya adalah seorang sahabat kerana terbukti pernah bertemu Rasulullah SAW). ‘Amru bin Salamah bercerita:


عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلَمَةَ قَالَ …….. كُنَّا بِمَاءٍ مَمَرَّ النَّاسِ وَكَانَ يَمُرُّ بِنَا الرُّكْبَانُ فَنَسْأَلُهُمْ مَا لِلنَّاسِ مَا لِلنَّاسِ مَا هَذَا الرَّجُلُ فَيَقُولُونَ يَزْعُمُ أَنَّ اللَّهَ أَرْسَلَهُ أَوْحَى إِلَيْهِ أَوْ أَوْحَى اللَّهُ بِكَذَا فَكُنْتُ أَحْفَظُ ذَلِكَ الْكَلَامَ وَكَأَنَّمَا يُقَرُّ فِي صَدْرِي وَكَانَتْ الْعَرَبُ تَلَوَّمُ بِإِسْلَامِهِمْ الْفَتْحَ فَيَقُولُونَ اتْرُكُوهُ وَقَوْمَهُ فَإِنَّهُ إِنْ ظَهَرَ عَلَيْهِمْ فَهُوَ نَبِيٌّ صَادِقٌ فَلَمَّا كَانَتْ وَقْعَةُ أَهْلِ الْفَتْحِ بَادَرَ كُلُّ قَوْمٍ بِإِسْلَامِهِمْ وَبَدَرَ أَبِي قَوْمِي بِإِسْلَامِهِمْ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ جِئْتُكُمْ وَاللَّهِ مِنْ عِنْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقًّا فَقَالَ صَلُّوا صَلَاةَ كَذَا فِي حِينِ كَذَا وَصَلُّوا صَلَاةَ كَذَا فِي حِينِ كَذَا فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْثَرُكُمْ قُرْآنًا فَنَظَرُوا فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَكْثَرَ قُرْآنًا مِنِّي لِمَا كُنْتُ أَتَلَقَّى مِنْ الرُّكْبَانِ فَقَدَّمُونِي بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَأَنَا ابْنُ سِتٍّ أَوْ سَبْعِ سِنِينَ وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ كُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَقَلَّصَتْ عَنِّي فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْ الْحَيِّ أَلَا تُغَطُّوا عَنَّا اسْتَ قَارِئِكُمْ فَاشْتَزَوْا فَقَطَعُوا لِي قَمِيصًا فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ فَرَحِي بِذَلِكَ الْقَمِيصِ


Ertinya: ‘Amru bin Salamah berkata ….Kami tinggal dekat sebuah mata air yang biasa dilalui orang ramai. Suatu ketika serombongan musafir berkendaraan melewati kami. Kami pun bertanya kepada mereka, “Apa khabar orang ramai? Ada apa dengan mereka? Apa halnya dengan lelaki itu (Rasulullah).” Mereka menjawab, “Lelaki itu mendakwa menerima wahyu dari Allah dengan ayat itu dan ayat ini.” 


Aku pun hafaz ayat tersebut (al-Quran) sehingga ia seolah-olah lekat pada ingatanku. Sementara itu kabilah Arab kebanyakan masih menangguh keislaman mereka sehingga Pembukaan Mekah, seraya berkata: “Biarkan dia dan kaumnya. Bila dia menang atas kaumnya maka dia pasti seorang nabi yang benar.”


Apabila Mekah dikuasai orang Islam, setiap kaum bersegera masuk Islam. Ayahku mendahului kaumku memeluk Islam. Ketika ayahku pulang setelah bertemu Rasulullah SAW dia berkata: “Demi Allah! Aku datang kepada kalian dari sisi seorang nabi yang benar. Nabi itu berkata, “Solatlah kalian solat itu pada waktu itu, dan solatlah itu pada waktu itu. Apabila masuk waktu solat, hendaklah seorang daripada kalian melaungkan azan dan hendaklah orang yang paing banyak menghafaz al-Quran mengimami kalian.”


Kaumku pun mencari siapa yang paling banyak menghafaz al-Quran dan ternyata akulah yang paling banyak menghafaz al-Quran kerana aku selalu mempelajarinya daripada rombongan musafir yang tiba. Berikutan itu, kaumku menolakku ke hadapan untuk mengimami mereka, sedangkan pada waktu itu aku baru berusia 6 atau 7 tahun.


Ketika mengimami mereka aku memakai pakaian yang pendek. Bila sujud, pakaian itu terangkat dari bahagian bawah tubuhku. Seorang wanita kampung (yang ikut solat bersama jamaah) lalu berkata, “Kenapa kalian tidak menutup kemaluan pembaca Al-Qur’an kalian itu (dengan sesuatu)?” Kaumku lalu membeli pakaian baru untukku. Ternyata aku tidak pernah gembira selain kegembiraanku setelah mendapat pakaian tersebut (Sahih al-Bukhari).


Subhanallah! Alanglah indahnya kisah ini. Ayuh kita dalami al-Quran semoga Allah redhai kita.


Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim (al-Hafiz)


15 September 2019



Mencabar sungguh hidup ini. Ngeri dengar kisah isteri mati dijerut suami...Kita sayang dan tatang anak2 penuh cinta. Setelah mereka berumahtangga kita tak tahu "APA" pasangan mereka boleh buat pada mereka. Cinta kita kepada anak2 TAK AKAN SAMA dengan cinta pasangan mereka. Pasangan mereka boleh dicerai tapi ibu bapa tak boleh dicerai.


Apa solusinya??? 


Berdoalah wahai ibu bapa dan diri sendiri agar Allah jaga kita. Jaga agar selamat dunia akhirat dan selamat daripada dipasangkan dengan pasangan yang BAHAYA... Kerana hanya Allah sebaik2 PENJAGA.. ini pernah dirisaukan Nabi Ya'qub AS sebagai seorang Ayah:


قَالَ هَلۡ ءَامَنُكُمۡ عَلَيۡهِ إِلَّا كَمَآ أَمِنتُكُمۡ عَلَىٰٓ أَخِيهِ مِن قَبۡلُ فَٱللَّهُ خَيۡرٌ حَٰفِظٗاۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ


Bapa mereka (Nabi Ya'qub) berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana ALLAH JUALAH PENJAGA YANG SEBAIK-BAIKNYA, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan" (Yusuf 12:64).


Abdullah Bukhari (Ayah risau)



3 Ogos 2020.

جاءت عجوزٌ إلى النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وهو عندي فقال لها رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : من أنتِ ؟ قالت : أنا جثَّامةُ المُزنيَّةُ فقال : بل أنتِ حسَّانةُ المُزنيَّةُ كيف أنتُم ؟ كيف حالكم ؟ كيف كنتُم بعدنا ؟ قالت بخيرٍ بأبي أنت وأمِّي يا رسولَ اللهِ فلما خرجتُ قلتُ : يا رسولَ اللهِ تُقبِلْ على هذه العجوزِ هذا الإقبالَ فقال : إنها كانت تأتينا زمنَ خديجةَ وإنَّ حسنَ العهدِ من الإيمانِ


Ertinya: Aishah RA bercerita, pernah seorang wanita tua datang bertemu Nabi SAW ketika aku berada bersama Baginda. Rasulullah SAW bertanya kepada wanita itu: “Siapa kamu ini?” Wanita itu menjawab: “Aku adalah Jaththamah (bermaksud pemalas) al-Muzaniyyah.” Baginda menjawab: “ (Bukan itu namamu) Sebenarnya namamu adalah Hassanah (Wanita baik lagi terpuji) al-Muzaniyyah. Apa khabar kamu? Bagaimana keadaan kamu selepas lama kita tak jumpa?”  Wanita itu menjawab: “Demi ayah dan ibumu Wahai Rasulullah, aku baik sahaja.” Selepas dia keluar, Aku (Aishah) bertanya: “(Mengapa) kamu menerima masuk wanita itu (dengan mulia) sedemikian rupa?” Nabi menjawab: “Dia itu (kawan Khadijah dan) selalu menemui kami ketika Khadijah masih hidup. Sesungguhnya menjaga kehormatan (atau kesetiaan sesama manusia seperti kenangan antara suami isteri) termasuk dalam ciri (orang) iman (Mustadrak al-Hakim, 39). 


Hadith ini menunjukkan betapa mendalamnya cinta dan setia Rasulullah SAW kepada isterinya Khadijah RA. Cara Nabi melayan wanita tua dalam hadith di atas mengajar kita agar memanggil seseorang dengan nama yang baik. Lihat bagaimana Baginda menukar nama tidak elok kepada makna yang elok. Perbuatan ini pastinya menimbulkan rasa gembira lagi terharu wanita itu. Dalam dakwah sikap sebegini membuka pintu perkenalan yang baik lagi mesra. Apabila kemesraan timbul, tembok penghalang akan pudar dan mesej dakwah mudah menyapa.


Abdullah Bukhari

25 Ogos 2020.



SATUNYA; berbicara tanpa ilmu atau di luar bidang sehingga memesongkan orang awam.. Pernah rencana saya yang "SARAT"  berisi dalil al-Quran & Sunnah tentang satu topik disangkal orang awam begitu sahaja dengan dalil sebuah video "penceramah popular" yang membawa fakta bercanggah fakta bawaan saya. Penceramah tersebut langsung tidak membawa dalil atau nas menyanggah fakta saya.. Natijahnya, orang awam itu MENYANGGAH SAYA dan tetap bersandar pada video itu. 


KEDUA, menciplak idea orang. Pencuri sebegini biasa mendapat HASIL dan KENYANG KERANA HASIL ORANG. Setakat bacaan saya, kebanyakan ilmuwan membawa hadith ini:


حَدَّثَتْنِي فَاطِمَةُ عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي ضَرَّةً فَهَلْ عَلَيَّ جُنَاحٌ إِنْ تَشَبَّعْتُ مِنْ زَوْجِي غَيْرَ الَّذِي يُعْطِينِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّعُ بِمَا لَمْ يُعْطَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ


Ertinya: Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah; “Wahai  Rasulullah, Aku punyai madu. Adakah berdosa kalau aku mendakwa mendapat sesuatu dari suamiku sedangkan aku sebenarnya tak dapat apa-apa (kerana mahu menimbulkan kemarahan madunya)?” Baginda bersabda: “Orang yang kenyang (mendapat manafaat atau faedah) dengan  sesuatu yang tidak diberikan padanya, sebenarnya (sangat hina) seperti orang yang memakai dua pakaian palsu (dusta)” (Sahih al-Bukhari, 4818 dan Sahih Muslim, 3972).


Pernah tulisan saya dibuang nama dan dikongsi oleh satu page tanpa amanah. Rupanya kisah PENCURI ILMU banyak berlaku di Institusi Pengajian Tinggi dan Rendah. Semoga Allah selamatkan kita dari jenayah sebegini. Saya turut terfikir, jika si pencuri mendapat manafaat besar dari hasil CURIAN ILMU itu...adakah TANGANNYA PERLU DIPOTONG (al-Ma'idah 5:38).....???


Abdullah Bukhari


27 Ogos 2020.



Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.


Ka'ab al-Ahbar adalah seorang alim Yahudi yang memeluk Islam pada zaman khalifah Umar. 


Pada suatu hari beliau keluar menuju Bayt al-Maqdis, lalu beliau singgah di Madinah. Khalifah 'Umar memujuknya agar menerima Islam, tapi Ka'ab menolak kerana berasa terhina dengan kutukan Allah kepada ulama Yahudi yang mengubah kitab Tawrat sebagai keldai yang memikul buku tanpa membaca atau memahaminya. Ia difaham dr ayat: 


مَثَلُ الَّذينَ حُمِّلُوا التَّورىٰةَ ثُمَّ لَم يَحمِلوها كَمَثَلِ الحِمارِ يَحمِلُ أَسفارًا ۚ بِئسَ مَثَلُ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِـٔايٰتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِى القَومَ الظّٰلِمينَ


Ertinya: (Sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim (al-Jumu'ah 62:5).


Setelah mendengar alasannya, Umar lalu membiarkan Ka'ab. Semasa dalam perjalanannya, Ka'ab singgah di Hims dan terdengar seorang lelaki membaca ayat ini: 


يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ ءامِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِما مَعَكُم مِن قَبلِ أَن نَطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللَّهِ مَفعولًا


Ertinya; Wahai orang yang telah diberikan Kitab! Berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata, tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang (daripada kaum mereka iaitu Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku (al-Nisa' 4:47).


Hati Ka'ab berasa gentar dengan AMARAN ALLAH dalam ayat ini, lalu beliau segera MEMELUK ISLAM. 


Subhanallah, hidayah Ka'ab muncul dengan amaran dari Al-Quran. Ini dipanggil uslub TARHIB (Amaran).


(Kisah dari Tafsir Ibn Kathir pd tafsiran surah al-Nisa' :46).


Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim



Welcome to My Blog

Shopee Ads

Pengunjung Ku Last 7 Days

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer