Memaparkan catatan dengan label My Story. Papar semua catatan

Hati Berkaca²

7 Apr 2024
Posted by Selamber.org
Tag :
Assalamualaikum. 
Pagi ni projek pembersihan bilik bujang aku, dari kecik smpai taun 2013 aku mendiami bilik tu. Memang kenangan betul bilik ni. Segala macam khazanah terbentang. Dari yang aku ingat dan yang dah lupa pon ada. 
Jumpa juga offer letter kerja lama dulu. Kat Giant Salak Tinggi, kat Unijaya, surat tawaran masuk IKBN Bukit Mertajam. Ini memang aku x ingat yang ada offer macam ni. Borang semua siap isi dah, cuma tak hantar jer. Ini aku lupa kot nak hantar balik. Atau pun time tu, mak tak bagi perhi. Hahaha.
Ada jumpa file² lama, buku² belajar, buku diari,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,😔
Sejarah buku diari aku ni dari zaman aku darjah 6, sampai aku umur 22 @ 24. Sebelom aku tutup diari tu selama-lamanya. Bila baca balik, macam² kisah lucu, sedih, rindu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Tapi, sempena bulan puasa ni, aku sedekahkan lah Al-Fatihah pada yang masih hidup dan yang sudah mati. (Fatihah dibaca)
Semuanya bagi mententeramkan hati yang agak kacau kala ini.
Aku jumpa gambar² lama, nak dibakar, inilah kenangan. Lama ku tatap, ku simpan kembali. Tak ada dah apa² perasaan, benda yang lepas aku biarkan pergi. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Siapa aku nak suka² buang sifat aku ni. Semua ni lumrah kehidupan. Aku telan yang pait supaya jadi berak sudah. Yang manis aku telan jugak supaya jadi isi perut. Hahaha.
Gambar ku simpan sebagai tatapan semata.
Assalamualaikum. 

My Story Mori EP. 2 (Kereta)

4 Apr 2024
Posted by Selamber.org
Tag :

 Assalamualaikum.

Sambungan dari Story Mori EP. 1 (Kereta)

Yang ketiga pulak, lepas aku buat kajian, aku pilih Toyota Wish. Tapi Toyota Wish terpaksa aku reject di sebabkan Air Cond tengah tak ada. MPV kan 7 seater, jadi kalau yang belakang tu nak mengharapkan air-cond depan, entah bila nak sampai belakang. Lagi2 kalau tengah panas berdenyut. Hahaha.  1800 cc kau, roadtax berdenyut lagi. hahahaha. Tapi bagus Toyota Wish ni, walaupon aku search kat mudah.my yang tahun 2003 punya, harga tak jatuh oooo. Tapi rupa dia stylo. Ini pon kalau ada rezeki, aku try je lah pakai untuk masa akan datang. Dapat lucky draw company buat ke, aku ambik je lah. haaaa. Lagi 1, dia ada function AWD (All Wheel Drive). Function terok ni. 

Toyota Wish

Untuk ke 4 pilihan kereta MPV aku, aku pilih Nissan Serena. Aku minat sebenarnya Serena ni sejak aku kerja dengan Company Subaru dulu. Pasal diorang ada beli Serena ni untuk tujuan angkat barang. Kan dalaman dia besar, luas, lebar. Gear pon kat sebelah steering tu je. Tapi tak silap aku tu model tahun 2010. Best ooo. Ada la buat research sikit, kenapa harga dia boleh tahan murah, kereta bagi aku tahan lasak kot. Rupanya masalah air cond dia sering bermasalah. Bila dapat tahu je, aku cancel terus lah. Pasal aku pentingkan keselesaan dengan pemanduan. Rupa bentuk kira lantak lah. Kalau air cond tak sejuk, takkan asik nak hantar kedai je repair. Air cond rumah aku pandai la repair, ni air cond kereta, sampai ke sudah aku tak paham2.. Hahahaha.

Nissan Serena

Sambung lagi lah, malas nak panjang2 tulis. Nak kena kerja sudah. hahahah.


My Story Mori EP. 1 (Kereta)

3 Apr 2024
Posted by Selamber.org
Tag :

 Assalamualaikum. 

Sebelum ni aku ada beli kereta second. Toyota Rush. Sekarang dah jual. Harga dalam belas2 ribu la dapat kan. Tapi otak ni ada fikir, nak amik kereta baru. Cuma aku tak tau nak amik kereta apa. Macam2 pesen keta aku dah cari, Toyota Avanza, Toyota Innova, Toyota Sienta, Perodua Alza, @ mana2 rupa MPV semua aku cari, termasuk Alphard pon aku ada cari yang murah2, harga mampu milik.

Tapi aku nak cakap lah, Toyota Alphard ni baru aku memang mampu beli untuk jenis yang dah second hand ni, cuma takut nanti dah beli, jadi besi buruk pulak kat rumah. Mana tak nya, CC beso bapak dia. Insuran memang lah murah, kereta tahun berapa pulak, pak kaduk pon baru setahun jagung. Sekali nak bayar Roadtax dia saja, bagi harga MahalDahNi. Hahahaha. 

Memula aku cerita kat wife aku, aku nak beli Toyota Sienta. Harga range dalam 40k >>> 60k jer. Tak lah teruk sangat. Walaupon poket kosong, loan kan ada. Hahahaha. Power wooo, ada power door kiri kanan. Walaupon rupa dia macam apa tah, tapi aku dah minat, siapa boleh halang. Tapi aku silap, ada orang boleh halang niat murni aku. Orang itu adalah WIFE aku. Khahaahahah. Dia tak suka aku amik Toyota Sienta ni, haduissss. Dah planning bulan bintang, tak berjaya pulak. Dia tak suka rupa dia, macam orang yang buat makeup muka jenis suka melebih dalam makeup. Macam tu lah juga Toyota Sienta. Ni semua punca kawan kerja aku cadangkan Toyota Sienta ni. Kalau tidak , aku pon tak hingin nak ambik tahu rupa macam mana Sienta ni. Hahaha.. Senang kena racun aku ni. 

Toyota Sienta

Kedua pulak aku pilih Toyota Avanza. Ini favourite orang rumah aku ni. Memang dari awal sebelum jual Toyota Rush  tu pon dia dah sibok dengan Avanza dia, minta aku riki2. Dan memang aku dah riki2 pon Toyota Avanza ni. Kereta baru semua dah tak ada. Tinggal kereta second tahun 2021 @ 2022 yang paling latest. Tapi tak apa lah, memang aku planning nak cari kereta second je. Kereta jenis MPV, boleh bawa orang ramai. Tak  adalah sampai ramai sangat nak bawa, elok aku beli bus jer. hahaha. So, pendek cerita, wife aku minta la nak beli Avanza. Aku dah ok jer, tak ada masalah pon kereta ni. Cuma aku kena bahan dengan kawan2 cakap aku beli kereta Ustazah. Buat hal betol. Mana tak nya, kebanyakan drama sekarang ni korang tengok lah. Asal cerita Ustazah punya kereta je mesti Avanza. Bapak ahhh.. hahahaa. Sama jugak kes abg aku, imam kat kampung ni, dia pakai Avanza juga. Jadi aku rasa, betul la, memang Avanza ni direka untuk orang yang kuat Iman. 

Toyota Avanza

Aku kuat jugak iman, cuma lepas tengok review banyak dari expert2 youtube yang aku sendiri tak tahu mereka punya latar belakang, aku cuma boleh kata, aku pon tak boleh nak minat sangat kereta ni. Jadi aku putuskan untuk stop carian Toyota Avanza. Tapi kalau ada orang nak bagi free2, aku ambikk.. Hahaha.

Ok sambung next episod yea. 

 Hi, Salam semua.

Untuk waktu sekarang, aku ada buat satu simpanan dalam touch n Go e-wallet, aku buat simpanan buat pergi haji. Lepas kira-kira, target lepas lapan tahun baru boleh kumpul RM25,000.00.. Hahaha.. Bulanan aku simpan dalam RM293.76 sahaja.. kalau 8 tahun = RM28,200.96.. Anggaran saja lah.. Aku target dalam RM25,000.00 aku nak sampaikan dalam touch n Go invest ni.. Harapnya aku buat secara berterusan simpanan ni.

Sebabnya aku pilih touch n go Invest ni disebabkan dia buat simpanan Shariah, Islam punya.. Lagi 1, dia pon macam saham juga.. Ada untung yang tak ada lah terlalu besar, tapi yang seronoknya aku hari-hari boleh nampak untung sen-sen masuk dalam akaun aku. Macam korang tengok, untung aku baru berapa hinggit aje pon, tapi daripada simpan dekat bank ke ape ke, tak nampak pon duit tu bertambah. Ini kurang-kurang nampak lah bertambah duit tu.. 

Ini gambar aku share untuk rujukan aku sendiri, selagi dia tak ada tunjuk identiti @ pon benda-benda yang tak boleh tunjuk, aku share saja lah. Hahaha.. Maybe lagi 8 tahun kalau aku panjang umur, aku baru share balik. Insyaallah berjaya.. Aku dah niat dalam hati, aku nak pergi haji..

Lagi 1, touch n go Invest ni kalau nak keluarkan, ambil masa 2 hari baru boleh keluarkan. So, tak boleh lah aku nak guna suka-suka kalau ade hal ape-ape. Insyaallah. Doakan aku ye sahabat semua.





Story Mori Diri Sendiri

10 Dis 2022
Posted by Selamber.org

 Assalamualaikum semua penggemar blog selamber. Hambar je kan blog ni.. Hahaha.. Akhirnya aku ada juga la sedikit masa yang nak ditaipkan di sini. Setelah sekian lama melupakan blog ni. Rindu nyewwwww.....

Nak story sikit.. Aku akhirnya Adsense terima juga aku untuk buat income guna blog ni. Cuma yang tak best nye, aku dah inactive dah, tak ada la nak jana income. Dulu-dulu tu guna Nuffnang saja, boleh la buat-buat beli kambing golek bulan-bulan.. Hahaha.. Terima kasih lah yea viewer yang dulu-dulu... Rindu kat korang semua.. 

So, sekarang bila Adsense dah approve aku punya proposal, aku semacam tak berapa nak ada mood nak buat konten sangat. Mungkin masa dah berlalu, bukan zaman aku lagi untuk buat blog ini bagai. Bagi la budak-budak sekarang pulak main blog... Tapi, aku tak rasa pon budak-budak sekarang akan buat story pasal diri sendiri macam yang selalu aku buat. Budak-budak sekarang sibuk dengan handphone. 

Nasib zaman aku dulu, aku dah merasa macam-macam perkara, main dalam hutan, main dam, guli, gasing, nyorok-nyorok, main meriam buluh.. So, bila sampai zaman handphone ni pon aku tengah merasa la ni kemeriahan main game, main mobile legend bang bang, main clash of clan, main candy crush saga dan bermacam-macam lagi game-game yang aku main.. Hahaha, so, zaman ini pon aku dah merasa. Cuma kesian lah untuk budak-budak zaman handphone ni, tak ada experience dalam dunia dulu kala.. Hahaha.

Akan tetapi, agak bagus juga lah zaman sekarang tak macam dulu. Zaman dulu, nak contact orang pon guna public phone, yahoo messenger.. Sekarang, tinggal dial sahaja, dah boleh buat call.. Cuma yang tak bagusnya, bila handphone tu dah terlampau canggih, yang di kejarnya cuma application yang bagus.. Ok, stop cerita. Pandai-pandai hangpa lah nak tengok baik buruk.

Aku dah ada anak bujang 2 orang ( dan 1 anak syurga) ni, aku pon sentiasa berdoa semua kebaikan pada zaman korang nanti pulak.. Entah apa teknologi yang akan korang rasa pada masa hadapan, mungkin kereta terbang ke, teknologi dengar suara hati ke, alat hidup 1000 tahun ke,  entah lah.

Baiklah, ini cukup kot aku rasa menaip.. Tapi pengalaman aku menaip blog ni, buat aku expert jadi Admin, hahaha.. Laju alhamdulillah.. Kalau ikut online typing test, paling laju aku taip adalah 68 rpm.. Itupun text yang sama aku ulang-ulang, baru dapat.. Hahaha.. Tapi kadang-kadang main dengan kawan-kawan kat tempat kerja, boleh la dapat 50 >>60 rpm... Alhamdulillah.. Ini pon rezeki main blog jugak ni.. Hahaha...

Sampai jumpa lagi di post akan datang Insyaallah..

copy paste : https://www.mialiana.com/2014/11/gaya-penulisan-blogger-yang-tersendiri.html


Keistimewaan Penoreh Getah!

27 Dis 2012
Posted by Selamber.org

  1. Yang pasti, mereka bangun awal, boleh solat subuh awal waktu.
  2. Badan sihat sebab dapat menyedut udara segar yang penuh oksigen di kebun getah.
  3. Mereka orang berani, berani menghadapi apa jua makhluk yang nyata atau tidak nyata.
  4. Orang yang bertanggungjawap menggunakan kudrat mencari nafkah buat anak isteri.
  5. Ada kalanya mereka bangun pukul 1-2 pagi, jadi sebelum mereka bertolak mereka boleh lakukan solat malam.
  6. Setelah siap semua pokok yang ditoreh sedang-sedang masuk waktu Subuh dan boleh tunaikan solat Subuh bersama anak2 dan menguruskan hal persekolahan anak-anak
  7. Mereka mempunyai jiwa yang kental, sebab kalau area bukit-bukau, macam -macam mereka kena hadapi kemungkinannya seperti Harimau, Babi, Gajah dan binatang yang merbahaya yan lain. Jadi mereka sudah bersedia pada bila-bila masa.
  8. Mereka boleh menikmati suasana alam yang nyaman yang disediakan olehNYA dengan disertai rakan-rakan haiwan seperti Burung, Kera, Monyet, Lotong, Mawas, Berok, Kakos dan lain-lain. Bunyi-bunyi mereka ini amat cukup mendamaikan utamanya pada waktu pagi dan petang yang boleh menghilangkan tekanan. Pada waktu tengahari juga tidak lupa memanggil-manggil mereka tika mereka kesunyian.Tak lupa juga binatang-binatang seperti pacat, ulat dan serangga lain yang turut bermesra dengan penoreh. Pastinya kenangan ini cukup manis.
  9. Kepulangan mereka ke rumah disambut oleh anak-anak dengan gembira dengan bauan getah yang cukup mengharumkan. Dengan bau getah itu mereka bahagia. Dalam kepulangan mereka tak lupa dibawa mereka pucuk2 daun untuk dibuat ulam. Memupuk kemesraan antara keluarga kerana kebanyakan mereka yang bekerja kampung nilai kasih sayang anak-anak lebih diutamakan.
  10. Anak-anak ini sudah pastinya mengenal erti susah perihnya yang membuatkan mereka berjiwa kental , gigih serta tidak manja jika dilanda kesusahan dengan kesusahan yang sudah seperti makanan harian mereka.

Muka Baru

29 Nov 2012
Posted by Selamber.org
Kini blog aku berwajah baru.. Berwarna hitam putih.. Macam taik cicak pulak.. Kalau tau kat bakal tunang aku ni,, confirm di samakan blog aku dengan moto aku punya.. Ish..

Tadi rumah aku black out.. Electric tak ada.. ! kampung Jawa tak ada api.. Gila punya gelap rasanya dunia ni.. Setiap jalan aku tempuh tu memang gila punya gelap.. Pakai lampu tinggi pun macam lampu kecik aje gamakknya.. 

Aku nak buat google code kat blog aku ni.. Nak bagi blog aku ni cepat sikit.. Ni lembab gila nak masuk.. Dah la aku punya beruk band ni lembab.. Mau dekat 30 saat nak buka blog aku ni.. Kalau aku ni bukan owner blog,, mesti aku dah blah lama dah kalau dalam 10 saat tak buka lagi.. Ish..

But,, aku ucapkan terima kasih lah.. Walaupun blog aku masih dalam design,, orang tetap melayari blog aku ni.. Walaupun korang tak baca pun sebenarnya apa aku tulis.. Korang layan gambar je kan...??? Hahaha... Did I Care....??? Muahahaha...

I Love U,, U Love Me... My lovely yang nyanyi.. Hehehehe.....

Ok,, nak blah.... Babai...

Bosan Gile Ah

28 Nov 2012
Posted by Selamber.org
Aku rasa aku dah bosan dengan blog aku nih. Aku dah tak tahu nak tulis apa lagi.. Aku dah tak tahu nak merepek apa lagi.. Aku tengah fokus pada benda lain.. Aku tengok je blog aku ni je dah buat aku bosan.. Aku pun tak tahu kenapa........

Aku jalan2 pergi blog walking.. Aku tengok banyak entri2 best yang orang lain buat.. Bila aku nak buat,, aku semacam malas gila nak buat.. Aku rasa macam buang masa pulak..

Tapi,, bila aku fikir balik,, rupanya design blog aku yang membosankan aku.. Bila aku buat blog walking ke atas blog sendiri,, banyak kenangan masa lalu yang aku catit kat sini.. Semua buat muka aku jadi ceria balik..

Aku tak jadi nak jahanamkan blog aku.. Yang mana,, waktu tadi memang kuat betul azam aku nak bunuh blog aku sendiri.. Aku rasa bosan..

Baru aku tahu yang design blog aku ni memang membosankan.. Aku tak berapa suka background putih.. Aku nak tukar warna hitam pulak.. Sebelum ni aku buat warna hitam,, memang lawa.. Tapi oleh kerana ada something yang aku letak kat design tu membuat aku kena tukar design lain pulak..

Aku tengah pk,, kat mana aku nak cekau design eh.. Aku malas lah nak guna template2 yang free kat kebanyakan website yang tawarkan template free nih.. Aku suka design sendiri.. Aku suka meragamkan kepala otak aku sendiri..

Alhamdulillah,, tadi aku check rank traffic blog aku, ni yang aku dapat..
Alexa Traffic Rank,,  seingat aku dalam sebulan lepas,, blog aku ni dapat juta2 aje..  Dulu ada la sekali paling kuat aku dapat 700k ranking.. Ni tengok semakin menurun.. Aku pun tak tau apa yang orang search kat blog selamber aku nih.. Tapi,, terima kasih lah kepada anda yang telah melayari blog aku nih.. Arigato wataimas...

Pasal design blog, aku nak buat di masa terluang sahaja.. Sekarang aku free.. Aku tengah pk nak buat design macam mana.. Dah minat aku untuk design blog sendiri.. Mungkin juga kau just copy template je kalau malas sangat nak buat banyak.. Cuma perlu modified sikit lah..

Lupa nak info,, pada yang membaca entri aku,, aku nak kabarkan yang aku bakal bertunang pada 15 December 2012 ini bersamaan hari Sabtu.. Aku dah lama membujang.. Dah 26 tahun dah aku.. Aku nak rasa hidup berumah tangga.. Aku nak ada disiplin diri.. Aku nak jadi orang yang bertanggung jawab.. Insyaallah..

Banyak krisis masa lalu yang telah aku redah.. Terlalu banyak pahit manis yang kini hanya kenangan.. Tapi waktu sekarang dan selamanya,, aku letak tanda [.] NOKTAH dalam diri aku untuk kenangan di masa lalu.. Aku nak street,, fokus pada kesayangan aku sahaja.. Aku tak mahu lagi terhutang dengan sesiapa lagi.. Walaupun bunyinya agak jiwang,, tapi cukuplah aku yang terasa sendiri..

Ok,, aku nak starting design blog aku sendiri.. Kalau tak dapat setle malam ni,, maybe malam lain lah.. Tengok bila aku free.. Mungkin ada gangguan sedikit waktu orang lain masuk blog ni,, @ bila korang masuk je korang rasa menyampah,, 1 je ucapan aku.. "Blah cepat sikit!"..

Sayonara.......

Sambungan dari Duit Free Dari Nuffnang V2....

Ok,, sebagai kesimpulannya lah.. korang tak rasa ke sapa2 yang buat click2 tu dapat duit Haram?? aku bukan nak jeles ke kalau korang dapat duit sampai RM 100k sekalipun.. aku cuma nasihat.. lantak la kalau korang dapat sampai RM1 juta ke,, pedulik ape aku.. tapi ini aku yang cakap.. apa yang aku nampak tak betul,, aku tegur.. terima je la kalau aku cakap korang makan duit haram ke korang bangang ke..

Dah kalau ikut Terma dan Syaratnya tak boleh click,, bila korang click tapi korang sebenarnya tak berminat pun nak masuk jenguk iklan tu,, tapi niat hati dah menyesong memikir nak dapat duit senang,,, bukan ke "Duit Haram" namanya???

Kalau bagi yang berkeluarga tu,, ada ke korang fikir pasal anak2 korang? bagi duit dengan duit yang dapat dari kaedah Click2 nih.. tapi kalau rasa diri tak bersalah,, dan nak tetap dengan pandangan masing2,, itu korang punya pasal.. sebab kubur lain2.. aku nasihat boleh,, nak lebih2 pegi jumpa ustaz..

Ok,, ini je review aku tentang benda ni.. aku tak jeles,, aku tak rasa apa,, lagipun aku sengaja buat post ini untuk peringatan aku jugak nanti.. so,, samada korang baca ke tak baca ke post aku ni pun aku tak kisah.. pasal aku 100% pendapatan bukan dari internet.. aku tulis apa aku nak tulis,, apa aku rasa betul,, apa yang tak menyimpang dari Agama Islam,, maka,, aku taip aje.. Kalau ada yang terasa,, ada yang tak puas hati,, ada yang rasa blog aku ni teruk,, menyampah tengok blog aku ni ke,, itu korang punya pasal..

Babai.....
Sambungan dari Duit Free Dari Nuffnang...

So,, lepas aku buat searching di bermacam2 tempat,, aku dapat tahu,, rupanya yang banyak2 diorang dapat sampai RM 10k adalah dari "Minta Tolong Click Saya Punya,, Nanti Saya Click Awak Punya Balik".. Hahaha.. Aku cuma boleh tergelak aje la bila nak taip perkataan ni.. Sebab aku geli nak taip benda nih sebenarnya.. aku tak biasa buat,, dan yang penting,, "Keberkatan".. Paham pe maksud aku tak?

Seseorang yang standard dapat pendapatan sampai RM 10k pastinya ada ramai kawan kat internet.. Tak tau la samada kawan kerja @ kawan internet lah..Maybe kawan baru kenal ke ape ke,, dan kemungkinan lain ialah kawan dia ada juga website yang siarkan iklan nuffnang @ iklan pay per click yang sama fungsi macam nuffnang ni jugak.. maka,, terjadilah babak Click MengClick antara satu sama lain.. Dan fungsi ni tak kan menjadi kalau cuma dua orang je click.. jadi,, kena la rajin click orang lain punya jugak.. jadi,, dapat la unic visitor click pada stats kat nuffnang..

Kalau korang perasan,, pada "Bukti" yang diorang tunjuk tentang pendapatan diorang yang banyak gila babi tu,, kalau yang jenis tunjuk "pageview" dan "unic visitor" tu,, jarak kiraan antara dua benda ni tak jauh beza.. Contoh senang aku bagi,, kalau Unic visitor dia ada la 1000,, pageviews pasti dalam 1050.. contoh je la eh.. apa aku cuba terangkan ialah,, orang yang click tu mestilah dia cuma masuk sekali je.. kecuali kalau dia masuk,, dia layan bermacam2 posting lain,, maka,, itu yang membuatkan dia menjadi banyak pageview.. tapi kalau unic visitor,, cuma tambah 1 je..

Orang yang click tu hanya rajin click je,, dia takkan sibuk2 layan posting2 yang terdapat dalam website tuh.. dia akan cari iklan untuk di click dan dia terus blah pergi site lain yang terdapat dalam perjanjian antara dia dengan pemilik website.. dan beginilah seterusnya sampai la mampus...

Simple kan nak buat duit??

Aku tak marah kalau orang buat camni,, tapi disebabkan kalau ini cara korang nak dapat duit,, aku tak pelik la kalau kebanyakan advertise dari luar negara memang banyak "banned" Malaysia dari sertai advertise / publisher diorang.. kebanyakan dari Malaysia,, Indonesia,, dan mana2 yang kaki click ni memang diorang "banned".. hanya specific negara saja yang dibenarkan jadi diorangnya advertise/publisher..

Bagi yang Islam tu,, yang buat benda2 gini,, korang tak pk ke pasal "keberkatan" dunia ni.. kalau korang tak jaga keberkatan dunia ni,, camne korang nak rasa rahmat Allah.. yang jenis tak sembahyang tu memang dah sah2 memang tak tau pasal keberkatan ni semua,, tapi yang jenis sembahyang tu,, yang ada tuhan tu,, korang tak fikir yang semua ni lah penyebab kurangnya keberkatan dalam hidup korang..

Fikirlah baik2 masa nak cari rezeki Tuhan ni oi... big bos aku gaji RM 10k kerja ofis jadi manager,, dah umor 52 tahun,, tapi tak pergi2 lagi haji.. umrah pun tak pernah pegi.. bila tanya pasal duit,, duit simpanan,, mana ada dia simpan.. nak kata rumah mewah pun tak jugak..

Kawan aku,, keje jadi drafter,, gaji 6-7ribu,, dah 6 tahun kot kerja,, duit dalam bank ujung bulan je abis.. nak kata kaki enjoy pun tak je.. hari2 makan megi jugak..

Aiseh.. solat2.. solat jumaat.... chow cin cau... nnt aku smbung balik...

Sambung ke Duit Free Dari Nuffnang V3
Duit boleh dapat di mana saja.. Asalkan kita rajin,, ada usaha,, tahu cara,, insyaallah dapat je duit.. Dari blogging,, dari kerja luar,, apa2 kerja semuanya mendatangkan duit.. Hingga ke tahap pengutip sampah pun tetap dapat duit..

Apa yang aku cuba nak kondem kat sini ialah,, orang dapat duit Free dari Nuffnang.. Ok,, so,, aku buat sedikit research di kebanyakan review tentang duit yang diterima dari Nuffnang.. Ada cerita yang dapat kurang2 RM 1000 sebulan dari pendapatan Nuffnang.. Dan ada yang gila punya sampai dapat lebih RM 10k setiap bulan.. Itu dari cerita je lah.. Aku pun malas nak cari kesahihannya..

Apa yang membuat aku menyoal diri aku sendiri ialah,, "Kenapa boleh dapat duit gila babi punya dari Nuffnang sedangkan website dia tak lah semeriah mana pun.. Aku percaya kalau isi kandungan sesebuah blog tu memang luar biasa trafficnya memang boleh buat duit sampai RM 10k,, tapi yang mana yang tah hapa2 punya website pun boleh jugak dapat RM 10k ke?"

Aku percaya,, ada sikit benda tak kena kat sini.. memang ada something yang tak betul di situ.. Jadi,, lepas beberapa waktu aku buat kajian,, aku bertanya,, menyoal jawab macam2 orang yang memang gemar blogging,, gemar berinternet,, ranking site besar,, terdapat banyak jawapan yang memang memungkinkan pendapatan sehingga RM10k setiap bulan.. Nak lebih pun boleh kalau nak..

Aiseh... sambung ke Duit Free Dari Nuffnang V2.. aku ade kerja plak.. aircond trip.. babai..
Aku sering melawat blog2 melayu di malaysia ni.. Sambil aku round2,, aku pasti akan tengok rank alexa nya.. Then aku akan tengok 'page view' @ counter widget yang memaparkan berapa banyak kali orang tengok @ selak halaman blog tersebut.. Lepastu baru aku akan tengok pe kandungan dalam blog tu..

Aku ada terfikir.. Macam mana orang sampai boleh ada 1 juta page view,, tapi ranking dia 20 juta.. Ada yang follower beribu ribu tapi ranking dia 12 juta.. Ada yang post lebih 1 ribu post yang di posting dan update setiap hari,, tapi ranking lebih 6 juta..

Sebelum ni aku pernah terfikir,, macam mana aku nak bagi naik ranking aku eh.. mula2 aku fikir,, aku nak naikkan follower.. sebab aku tengok blog orang banyak follower.. maybe leh tambah rank.. tapi,, oleh sebab blog aku ni pentingkan diri sendiri,, tak de jaga hati sesiapa selain ati aku je,, maka,, kurangla orang nak jadi follower.. dan lagi,, aku pulak jenis malas nak follow orang kalau tak da sebab.. Sebab bila kita dah jd follower orang yang kita follow,, pasti ada la isi kandungan yang akan menarik kita selalu masuk blog tu.. Sebab bila kita buka "blogger home",, kat bawah tu akan tersenarai list "blog follower" punya entry.. Dan selalunya aku just follow blog yang sentiasa update.. Sebab kadangkala banyak sangat blog yang tak update2,, jadi tersadai gitu aje kat blog.. so,, dengan semua sebab ni memang layak la kalau aku kata aku ni  pentingkan diri sendiri dalam berblog.. Heeeeee....

Aku kadang2 je update blog.. macam sekarang ni baru je nak update.. rank aku sekarang dapat "944,840" je.. tapi ok la tu.. dari minggu lepas,, aku punya dalam 1 juta lebih.. muahahaha... Dari awal aku tak pernah terfikir untuk buat blog untuk bagi orang tengok,, tapi sekarang aku suka pulak bila "stats" aku sentiasa menaik dari sehari2.. suke2... hehehehehe....

Jadi,, rank alexa aku suka tengok disebabkan bila rank kita semakin naik,, maka carian kat google pun makin bertambah..Ada juga aku tengok beberapa buah blog yang memaparkan blog yang cantik,, design yang menarik,, tapi yang masalah nya loading dia.. lembab nak mampus.. naik menyampah aku nak buah.. nak buka "home page" pun amik masa 5 min,, apa jadah gitu??? tapi itu la dia kelemahan orang2 kita.. maybe luar negara pun alami benda yang sama,, tapi dah aku search dalam malaysia,, aku tau malaysia je lah.. Masalah kita adalah loading lambat.. nak buka 1 blog je dah makan masa..

Dari apa yang aku tengok,, banyak website2 besar sekarang memang punya traffic yang banyak disebabkan loading cepat.. standard 5 saat normal..nak lagi best,, tekan je enter dah masuk site.. itu paling bagus.. tapi ramai orang tak tau kenapa blog dia lembab,, loading lama.. aku ada buat kajian sikit dan aku menjumpai 1 sebab utama yang buat dia lembab..

Sebab,, oleh sebab owner blog nak cantikkan blog,, dia mesti nak cari widget2 yang cantik2.. tapi dia tak cek dulu samada punca kelembapan loading blog dia tu adalah sebab widget tu,, tapi sebab cantik,, dia pun masukkan je terus.. tapi rupanya benda ni lah penyebab kelembapan blog dia.. then,, boleh jugak kita kata disebabkan link dan picture yang banyak dari website lain,, kita pulak just copy je dan masukkan kat blog.. itu pun jadi punca..

Banyak tutorial blog yang boleh kita ikuti,, tapi kebanyakan nya tak cakap tentang "kenapa loading blog slow".. @ pun memang ada tulis tapi,, takda penyelesaian.. just takat penyelesaian suruh buang widget,, itu pak mat tempe pun tau buat.. tapi,, persoalannya,, kita nak blog kita cantik,, kalau buang widget tu,, jadi buruk la blog kita tu.. so,, aku cuba cari benda lain dan akhirnya aku dapat dah camne nak buat.. dari aku buang,, elok aku biarkan.. aku cuma modified sikit dengan edit html,, code dia aku tukar,, aku buat lain,, di mana aku sorang je guna code tu dalam dunia ni,, dan itu yang membuat blog aku jadi laju seperti orang yang baru buat blog.. loading cepat je.. macam takda widget.. padahal widget melambak ni..

Dengan floating facebook nya,, histats,, live feed,, dan banyak lagi yang aku import widget dari tempat lain yang kebanyakan fungi di hiddenkan.. dia cuma bekerja di belakang tadbir saja.. tu nuffnang pun aku buat je,, so,, blog aku memang banyak widget.. lebih 20 widget yang telah aku install kat blog aku,, dan,, tadi aku tanya member sekerja aku,, "benda apa ko letak kat blog ko ni sampai lembab sangat".. dia kata,, "banyak aku letak".. dia bagi aku tengok layout dia.. cuma ada dalam 6 widget aje,, tapi dah lembab nak mampus.. ape kes?? aku punya yang ada lebih 20 widget ni pun ok je.. takda pun lembab sangat.. tengok widget dia pun ok je,, memang amik dari blogger sendiri.. tapi kenapa tetap lembab?

Aiseh,, aku ada kerja plak.. ada lampu blinking bilik otai.. muahahaha... so,, aku endingkan penulisan aku ni lah eh... so,, lajukan lah korang punya blog sendiri.. nanti insyaallah orang tak memaki hamun blog korang diatas kelembapan blog tersebut.. sebab aku pun selalu maki blog orang disebabkan kelembapan dan kadang2 boleh buat computer aku jadi "heng" sebab korang punya blog tu banyak sangat benda yang melembabkan... kalau nak bagi cepat sikit blog,, meh sini aku tolong repairkan template korang tu.. orait...

Adiossss.............

Poligami.. Hehehe..

18 Nov 2012
Posted by Selamber.org
Aku ada cakap 1 masa dahulu..
Walaupun aku ini lelaki, tapi aku bencikan Poligami..
Tapi la ni,, awek aku sendiri nak aku tambah bini..
Lum kawin lagi ni.. 
Hadeih..
Aku ni lambat pickup sebenarnya..
Lambat nak memahami kehendak seorang wanita..
Ish..
So,, bulan 12 ini aku akan bertunang..
Tahun depan bulan Mei 2013 insyaallah aku akan berkahwin..
Dengan kesayangan aku,,, Anis...
Sayang sangat kat Anis aku ni..
Moga hubungan ni kekal insyaallah..
Bab kawin lagi ni,,, aku memang tak nak sebenarnya..
Biarlah dia seorang..
Mungkin nampak loya nak muntah kalau ada sapa2 baca..
Tapi nak wat guane..
Aku memang nak bagi orang muntah pun..
Hehehhe....
Ada orang terima poligami..
Ada yang tak sokong..
Pendapat masing-masing..
Yang kita sedia maklum,, poligami bermaksud,, kahwin lebih..
Dapat bini lebih dari 1 dan kedua2nya masih hidup..
Ini la poligami..
Tapi media2 kat malaysia ni bangang..
Drama2 TV semua bangang2 belaka..
Ops.. 
Terover plak...
Minta maaf eh cakap korang bangang..
Hehehehe..
Tak pe,,
Harap2 korang tak tengok blog selamber aku ni..
Hahahaha..
Aku cakap korang bodoh sebab kebanyakan cerita korang semuanya menidakkan poligami..
Sepatutnya buka cerita yang betul..
Cerita pasal poligami,, yang laki ni kawin 2..
Hidup tolong menolong..
1 rumah, 1 bumbung, 1 desa..
2 bini...
Muahahahahha...
Buat lah cerita yang bagus tentang poligami..
Tapi kalau diikutkan,, poligami ni sebenarnya untuk orang yang "mampu"..
Kalau tak "mampu",, takut jadi "mampus" pulak..
Macam singular ngan plural..
Hahahahaha...
Kalau lebih jadi "mampus"..
Hahahahha...
Orang yang mampu ni maksudnya orang yang ada duit..
Ada la sikit harta tuk jamin masa depan keluarga..
Agama pun kena jugak ada..
Zaman sekarang ni semua laki nak kawin lebih sebab sangap nak berbini..
Tak sedar diri yang dah la miskin,, papa kedana,, ada hati nak kawin lagi..
Dengan anak dara pulak tu..
Cun pulak tuh...
Muahahahaha...
Tapi aku pelik jugak..
Walaupun pempuan kat dunia lebih ramai dari lelaki..
Tapi kenapa ramai lagi lelaki bujang sampai ke tua?
Memang aku musykil..
Tak sangap ke??
Hahahaha..
Hari2 pancut dinding toilet kot..
Hahahahahahaha...
Poligami oh Poligami..
Kawin lebih..
Em...
Banyak cerita bila lelaki kawin lebih,, bini minta cerai...
Tahu tak yang dunia ni cuma tempat persinggahan..
Ada jugak orang yang aku jumpa yang nak jadi bini no 2..
Aku pun tak paham..
Tapi bila ditengok dari sudut Islam pulak memang patut dia nak jadi bini no 2..
Sebab???
Korang tak nak ke nanti kat akhirat..
Ada payung2 dari emas yang memayungi perempuan2 yang sudi bermadu ni..
Matahari dah la sejengkal je..
Ada pulak payung tolong tutup atas dia..
Kan ke best..
Tapi,, kita yang kat bumi Allah ni sebenarnya kurang di ceritakan tentang kehebatan hari akhirat..
Kita asik digempar gempurkan dengan kemewahan dunia..
Rumah,, kondo,, business,, kereta,, motor,, mekap,, alat permainan dll...
Kita banyak berbicara tentang dunia...
Tengok je kat mana2 blog @ website..
Kalau blog,, cam bese lah.. 
Cerita pasal cinta...
Website pulak,, business...
Aku pun  tak terkecuali..
Hahahahahaha...
Orait... 
Dah masuk Isyak...
Solat tu wajib...
Jangan ditinggalkan..
Aku nak solat jemaah kat masjid..
Nabi ada cakap..
Kalau orang tahu kebaikan solat jemaah kat masjid masa Isyak tu camne,, orang pasti takkan tinggal..
Walaupun aku tak tau kebaikannya camne,, tapi aku nak pegang kata2 nabi..
Nabi Muhammad ni nabi aku..
Aku nak ikut cakap beliau..
Siapa lagi nak bagi aku syafaat kat akhirat nanti..
Orait....
Babbaiiii......

Kahwin Dengan Anak Bongsu Menyusahkan

17 Nov 2012
Posted by Selamber.org
Tag :
Kahwin oh Kahwin..
Betul ke kahwin dengan anak bongsu menyusahkan?
Aku pun tak tau..
Sebabnya aku pun anak bongsu..
Tapi sekarang aku tengah bercakap telefon sambil menaip..
Aku nak cari artikel tentang "Pengalaman berkahwin dengan anak bongsu"..
Tapi yang aku dapat semuanya bodoh bangang nye jawapan..
Itu sebenarnya aku malas baca..
Panjang berjela-jela tapi takda isi kandungan tentang kawin anak bongsu..
Ini je penyebab aku tak nak baca..
Maaf eh yang sebab tak nak beritahu..
Kalau beritahu pun tetap sama je jawapan kan?
So,, kahwin dengan anak bongsu..
Menyusahkan tak eh?
Sebab anak bongsu ni lebih suka menerima dari memberi..
Aku memang tak pandai memberi..
Sebagai contoh, kalau orang minta apa-apa, aku boleh je bagi,, tapi itu bukan memberi..
Standard la orang minta tolong tu kita tolong balik,, tapi itu bukan memberi..
Maksud memberi ialah orang yang cuba buat @ bagi something dulu kat orang lain tanpa ada rasa nak complain..
Buat somthing untuk orang lain tanpa perlu ada cakap-cakap,, just buat je dulu..
Lain-lain tu semua belakang cerita..
Em......................................................................

Mood Aku

1 Nov 2012
Posted by Selamber.org
Tag :
Tak da mood.....

Insyaallah Kini Dan Selamanya

29 Okt 2012
Posted by Selamber.org
Tag :
Aku terbangun lambat sikit pagi nie.. (padahal sebelum ni lagi lambat) Aku bangun pukul 6.30 pagi setelah dikejutkan dengan tabah oleh Bonda kesayangan ku.. Aku mula bangun,,, terasa lemah longlai serta kemalasan yang sangat banyak.. 

Tiba2 aku terfikir 2 perkara.. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Bangun lambat,, solat Qada' subuh aje.. Buat secara sengaja pulak tu.. Berdosa besar.. Aku tak takut dosa besar ke? Dan aku juga teringat,, semalam Nurul Anis kesayangan ku ada mengatakan,, kepala manusia nie telah diikat dengan 3 ikatan oleh Syaitan laknatullah.. Cara untuk buka semua ikatan itu adalah dengan mandi,, ambil wuduk dan solat subuh..

Maka dengan tergesa2,, aku mengambila tuala,, terus pergi mandi,, (alang2 mandi wajib sekali walaupun tak de keluar mani) wuduk dan solat subuh.. Maka, solat subuh aku selesai pada pukul 6.45 pagi tadi..
Bagiku amalan ku.. Sesungguhnya Solat itu boleh menghindari aku dari kefakiran dunia dan akhirat..
Aku dah terlalu lama hidup dalam kesenangan.. Bukan aku senang kerana harta,, tapi malas nak guna otak untuk banyak fikir.. Elok rileks je.. Tapi sekarang,, aku nak ubah.. Aku nak sentiasa melakukan amal2 ibadah yang sekiranya wajib,, cepat aku lakukan tanpa ditangguh lagi.. Sekiranya sunat,, tetap aku nak lakukan juga kerana itulah amalan pahala spare yang akan dihisab di akhirat kelak.. Dan pada masa muda nie lah aku kena prepare amalan untuk alam barzakh nanti.. Sorang2 je duduk kubur beb.. Duk sorang kat umah pun dah buat aku nak keluar cepat2,, inikan pula dalam kubur,, tak de sapa2.. Jadi aku berdoa agar amal aku diterima dan mendapat redho Allah swt..

Banyak solat2 yang aku tinggalkan dengan sengaja pada waktu sebelum2 ini,, aku nak ganti semua sekali.. Aku nak lakukan secara double standard.. Maksudnya,, bila aku setle solat wajib pada mana2 waktu subuh @ zuhur @ asar @ maghrib @ isyak,, setiap satunya aku nak solat Qada' untuk setiap waktu sekurang2 nya 1 kali.. Itu aku namakan double standard.. Sebelum nie aku dah cuba jugak.. Dapat lah tahan 2 hari je kot buat berterusan.. Tapi kali ni aku nak lebih bersungguh2 dalam mengerjakan setiap amal ibadah.. Aku nak jadi orang yang bertakwa dan penuh ketabahan dalam mengerjakan ibadah.. Aku nak termasuk dikalangan orang beriman.. Aku tak nak jadi seperti orang yang dah tahu perkara kebaikan,, tapi tak buat2 juga walaupun dia tahu benda tu baik.. Aku nak jadi orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt.. Walaupun aku ni jiwa selamber,, tapi aku juga hamba Allah sejak aku dicipta dulu kini dan selamanya...

Sekarang usia aku dah 26 tahun,, dan aku rasa masa ini memang dah lewat.. Patut dari dulu lagi aku amalkan  kebaikan dalam hidup aku.. Bertaubat aku pada Tuhan,, moga diampunkan dosa aku yang lalu.. Harap aku masih belum terlambat untuk membuat amal dan meminta keredhoan dari Allah lagi..

Blup blup blup...........

Keputusan Awal Pagi Ini

23 Okt 2012
Posted by Selamber.org
Di awal pagi buta nie,, aku dah mengambil keputusan,, aku nak mengajar design photoshop di sebuah blog lain yang aku sendiri tak tau namanya.. Aku akan create blog dan menulis tentang photoshop.. Aku try aje la.. Kalau tak berjaya tu,, memang aku senyap je lah.. hahahaha..

Sekarang kena zappp mandi... keje beb.. masuk pukul 9 pagi.. 1 jam perjalanan.. ada sapa nak follow??? bleh blah... muahahaha...

Cerita Jer..

22 Okt 2012
Posted by Selamber.org
Assalamualaikum...! Apa khabar sahabat blogger semua? Adakah anda semua sihat?? Muahahahaha... Lama gila sioooot aku tak update blog aku.. Sampaikan takde orang pun yang masuk blog aku ni.. Adess...

Semalam aku buat perubahan wajah sikit kat blog selamber aku ni.. Aku amik dari Simple Design jer.. Aku malas nak buat lain.. Aku nak buat simple2 jer.. Lagipun nak bagi kesenangan aku untuk membaca jer..

Lepas lama2 ni,, aku makin tak tau nak tulis apa.. Takkan la nak senyap lama2 n then bila muncul balik,, jadi cam sekarang ni.. ish.. Sebelum aku start menulis ni,, aku ada terfikir somthing sentiasa aku terfikirkan selalu dari dulu lagi.. Tapi sampai la ni aku tak dapat penyelesaiannya lagi.. Ish.. Sodih pakcik....!! Sodih!!!
Aku teringin nak cari pendapatan secara blogging... Tapi tak pernah berjaya.. Ranking aku sentiasa naik turun tanpa angin bertiup.. Sedar2 jer dah merundum teruk sampaikan tak da visitor pun.. Cuma sekarang ni ok sikit la dari tahun lepas,, sehari tak sampai 10 orang.. Sekarang dalam 100 - 200 orang yang masuk.. Aku pun tak tau apa yang dia cari.. maybe bahagian2 yang MUSLIMAH tu je kot yang dia msuk.. al maklum lah.. banyak aku upload kartun aje kat website ni..

Sambil aku menaip,, aku makan biskut lemak cicah dengan air milo kat tempat kerja.. Muahahaha... Aku pk aku nak aktiv berblogging balik lah.. Tapi in case kalo free lah.. Ada masa terluang,, aku akan bercerita sampai naik lemak pinggang aku duduk kat krusi nie.. Tartget aku cuma 1,, aku nak perolehi visitor yang ramai.. Aku pun tak tau sebab pe yang diorang nak ramai2 masuk sini,, tapi aku nak cuba jugak.. Insyaallah..

Akhir catitan,, salam hormat dari aku,, hairil,, semoga anda sihat sejahtera hendaknya.. Teruskan sapported anda terhadap saya yang selamber nie.. Muahahahaha.....

Kenapa Orang Suka Blogging?

8 Jul 2012
Posted by Selamber.org
Tag :
Kenapa eh orang suka blogging?
Aku x kata aku suka sangat,, tapi kira boleh lah..
Nak cerita pasal diri aje..
Pasal emosi diri sendiri...
Tapi kebanyakan orang tanya,, kenapa suka blogging?
Katanya nak buat duit online.....................
Hehehe..
Pelik aku...
Dah x de cara lain ke nak buat duit selain dari online nie eh...
Memang,, aku tengok kat macam2 site,, ada keluarkan bermacam2 jenis iklan...
Dan ada site yang dah memang top 5 la katakan,, sebut je nama nye,, dah tau ape dia..
Tapi aku just nak pelik kat blogging biasa2 je..
Yang pageview tiap ari x sampai 5 pageview..
Tu pun pageview diri sendiri aje..
X caya? tengoklah kat stats tu...

So,, tadi aku layan rank alexa..
Aku punya jangan cakap lah,, mampus menjunam..
Sedangkan pada tahun lepas,, rank aku angka ratus ribu aje..
Tapi skarang,, cuba la tengok berapa rank aku..
Berjuta2 meee....
Muahahaha...
Tapi aku jenis x kisah..
Sebab dari mula aku buat blog,, ak x penah pk nak bagi orang baca..
Aku cuma nak sendiri baca aje..
Memang aku slalu buka tuk bagi diri sendiri baca je...
Yang entri2 berkaitan islam,, @ benda2 berfaedah tu aje lah aku nak orang tengok..
Tu pun aku copy paste aje,,
Nak memenuhkan ruang blog aje sebenarnya...
Opsss...
Jauh sangat plak kona aku ni..
Balik pada topic..

Aku tengok,, orang banyak bergantung pada iklan..
Umpama nya,, macam
Orang mengejar status glitteraty kot namanya...
Kenapa? Why?
Hehehe..
Aku x dengki pun,, 
Cuma aku x tau sebabnya,, tu aje..
Kalau best,, aku pun nak...
Tapi oleh sebab aku x tau,, maka aku nak la timbulkan persoalan kan..
Bila aku tengok laman2 blog yang siarkan iklan diorang..
Adalah blog yang sememangnya x da pageview..
@ pun yang ada pageview,, tapi just kawan2 aje...
Cuma aku nak persoalkanlah pada blogging2 yang malang ni kan,,
Em,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Cam bese,, aku lupa pe persoalan aku,,
Pasal jap ni ade hal lain plak..
Tu bantai buat keje tu,, 
Dan skang aku lupa..
Ish....
Abaikan lah eh.. 
Heeee......
Bye bye...
Eh,,
Lupa nak info kat diri aku sendiri..
Bilal kat kampung aku baru meninggal dunia..
Kemalangan jalan raya..
Dilanggar motor..
Innalillahiwainnailahirajiun...
Moga dapat rahmat allah sebab selalu memanggil orang pergi solat kat masjid..
X cam aku ni...
Kalau boleh,, nak ikut cara dia..
Mengajak orang pergi masjid berjemaah..
Tapi bukan dengan azan @ jadi bilal..
Aku nak tarik budak2 ofis aku je pergi solat jumaat...
Ni memasing sibuk dengan Pool dia la,, dengan tidor lah,, time tu la nak makan la ape la..
Padahal rehat kul 12.30,, dia bantai tido plak..
Baghal betul..
Aku ingat nak bawa cd azab kubur lah..
Mana tau,, terbuka hati memasing kan..

Sayonara.................
Dan...
Love u Anis...

....

7 Jul 2012
Posted by Selamber.org
Tag :
Abang rindu sangat2................
Welcome to My Blog

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer