Memaparkan catatan dengan label Kisah Aku. Papar semua catatan

Gangguan Makhluk Halus

13 Nov 2024
Posted by Selamber.org

 Assalamualaikum.

Sengaja aku nak bercerita di sini. Mungkin akan datang, aku nak check2 blog aku ni, terbaca balik, teringat balik la cerita ni. Sebelum lupa.

Dalam seminggu lepas, anak aku ada main sorok2 waktu senja nak dekat maghrib kat belakang rumah. Ada la dia main dengan sedara2 dia, main terpekik terlolong. Ye lah, budak2 kan. Puas la marah2, suruh balik, bising2 kat abg dia,,,, baru la reti nak masuk rumah. Ye lah, kita ni sebagai orang islam, tahu kan waktu senja ni waktu untuk siapa main. hahaha.

Nak jadikan cerita, malam tu jugak, anak aku tidur malam dalam pukul 11, terjaga, mengigau, menangis sedih tak tentu hala. Semangat betul nangis nya. Kalau jatuh tergolek naik basikal pon nangis jugak, tapi ini lagi parah nangis nya. Aku pon kejutkan lah, tapi tak boleh2 bangun. Tak berhenti-henti nangis jugak dia. Aku pon guna la ilmu yang ada di dada, baca ayatul kursi. Pegang kepala dia, baca dengan niat untuk menyembuhkan. Akan tetapi,,,, tak lut. Hahahaha. Dah try2 baca pon tak boleh jugak, terus orang umah aku campur tangan. Dengan tangan seorang ibu yang penyayang dia tu, berjaya lah sedarkan anak aku dengan sekali bacaan ayat kursi. Mungkin aku baca dengan penuh kemamaian kot, tu pasal tak jadi apa. Hahahaha.

Bila dah sedar tu, dengan sepantas kilat, dia terus tidur balik. Macam benda tak pernah jadi apa2. Bila ditanya pon macam mamai kan, macam tak paham apa yang dah jadi. Dan benda ni jadi setiap hari dalam jam 11 malam. Seminggu ni la aku melayan baca macam2 untuk dia sebelum tidur. Tapi lepas dia tidur, dalam jam 11 malam jugak, dia akan menangis tak tentu hala. Penat oooo. Cuma mujurlah last week aku kerja pagi, jadi bila malam, aku boleh teman. 

Aku dengan orang umah aku ikhtiar, bawa jumpa pakar perubatan islam, tak berjaya. Masih lagi menangis walaupun dah buat apa yang di arahkan. Macam mandi guna air yang dia bekalkan, tapi still masih lagi sama. Cuba pulak ubat Homeopati. Memang menjadi. So, agak2 macam dah tak menangis lagi, aku pon stopkan lah makan ubat, tapi bila stop aja, jadi lagi. Menangis lagi. Makan balik ubat. Tapi aku tak nak dia bergantung pada ubat ja. Jadi aku tawakal, nak panggil imam kampung aku ni, pasal katanya dia pandai rukyah. So, kemarin aku panggil lah dia.

Imam ni minta aku beli lada hitam 1/2 kg dengan air mineral @ air tapis barang 3-4 botol. Yelah, waktu rukyah tu, botol air tu dibuka supaya bacaan rukyah masuk dalam air tu "dengan izin Allah". Lada hitam tu pulak guna untuk taburkan ke sekeliling rumah. Botol air tu pulak di buat campuran air mandi. InsyaAllah di jauhkan dari gangguan semua ni lah.

Waktu rukyah tu, aku pon minta rukyah aku sekali sebab, bila aku tidur, gigi aku bergesel kuat. Mengganggu ketenteraman orang umah aku dan anak baby aku. Banyak orang tidur dengkur kan, aku ni bergesel gigi. Kalau ikut cerita orang yang dengar aku punya gesel gigi, kuatnya sampai ngilu telinga dengar. Memang kuat. Tapi aku pon tak tau lah. Orang yang kata, aku tak kata. So, aku pon dirukyah sekali.

Lepas aku dan anak aku di rukyah, alhamdulillah, setakat masa dari kemarin hingga hari ini, kejadian menangis tu macam dah tak ada. Cuma aku pon tak tahu lah, aku pon tak tanya orang umah aku lagi pasal bende ni. Takut ada, tapi tak sedar kan. Yelah, tidur kan. Kalau aku tidur lagi lah. Bom meletup sebelah telinga pon belum tentu bangun, kecuali kene kejut ngan mak aku and orang umah aku. Hahahhaha.

Alhamdulillah.

Sekarang aku ada amalkan bacaan selawat atas nabi sebanyak 30 kali setiap hari. Ini orang umah aku yang ajarkan. Orang umah aku kata, cuba baca selawat 30 kali dan lepastu doa kepada Allah swt, "Ya Allah, asbab aku membaca selawat ke atas nabi ini, jauhkanlah bencana yang menimpa kami sekeluarga, hilangkanlah segala gangguan dan hilangkan juga penyakit gigi bergesel ini ya Allah".

Dan Alhamdulillah, semenjak aku amalkan ni, macam dah tak ada pulak. Dan kalau nak tahu kenapa aku buat 30 kali je selawat? Ialah sebab aku nak buat dengan berterusan. Allah suka perkara baik yang kita buat berterusan. Sekali kalau mula2 aku dah bantai buat 1000 kali, esok belum tentu aku buat dah. Silap2 baru nak baca, dah tertidur. Macam selalu aku baca surah al-Mulk dalam keadaan baring, pastu baca. Sedar2 dah tertidur. Jadi bila malam, selalunya aku cuba baca surah al-Mulk ni awal sikit. Hahaha.

Bagus tu surah al-Mulk. Surah ni jaga kita di alam kubur nanti. Nak kata amal baik, aku sedar diri aku ni siapa. Banyak benda jahat aku buat, yang aku tahu, dan aku buat jugak walaupon dah tahu. Semoga Allah ampuni dosa2 yang kalau di timbangkan ini, mungkin seberat air dilautan. MasyaAllah. Astargfirullah. Nauzubillah Hi Minzalik. Mohon Allah jauhkan aku dari perkara2 mungkar dan dekatkan aku dengan perkara2 yang memberi kebaikan.

Setakat ini saja aku nak kongsi kat sini. 

Assalamualaikum.



Dan Sebenarnya...

3 Mac 2021
Posted by Selamber.org

 Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa. Nak post pasal apa. Nak fikir idea apa. Aku tak tahu nak mengolah tentang apa. Kebuntuan Idea sebenarnya. Aku nak post pasal benda yang orang lain buat, macam meniru pulak. Padahal aku nak buat mengikut cara aku yang tersendiri. Tapi aku pon tak tahu bakat aku dekat belah mana. Haha. So, dari aku menggagau fikir apa nak selit dalam blog aku, elok aku buat apa yang aku tau. Tapi, apa yang aku tau? Aku tau buat kerja electrical. Tapi, untuk post sesuatu yang aku faham @ mahir, perlukan 1 usaha yang agak mendalam. Dan aku bukan seseorang yang akan buat sesuatu yang agak leceh.

Aku melayari bermacam-macam blog tentang menaikkan traffic, nak bagi glamour blog aku. Macam-macam idea datang. Cuma tak ada 1 idea pon yang akan aku guna untuk blog selamber aku ni. Aku rasa macam kekurangan sesuatu. Hati aku sentiasa memikirkan supaya aku mencipta 1 domain untuk menaikkan traffic blog aku ni. Ada juga orang yang syorkan supaya buat begitu. 

Sekiranya aku mencipta 1 domain, dan cuma menunggu, berharap ada orang yang akan masuk blog aku yang entah hapa-hapa ni, mungkin aku silap. Sekiranya aku ada 1 domain atas blog aku ni, apa yang aku nak buat lepas tu. Aku tak boleh diam, aku kena buat sesuatu. Tapi itu yang buntu sebenarnya. Aku memerlukan "Entry" "Tajuk" "Topic" untuk berbuat sesuatu. Dan aku tak bagus tentang hal ini.

Dan, kadang-kadang fikir, kalau aku naikkan traffic blog ni, apa aku boleh dapat? Dapat duit ke?......

Yup, itu yang sebenarnya aku fikir. Tapi, andai kata lah, aku dapat ramai visitor yang masuk dalam blog aku ni, apa yang diorang tertarik? Pon, aku baru terfikir dan aku terus taip. Ok lah, andai kata kalau ada yang masuk dan tertarik dengan apa-apa yang aku post, dengan cara apa untuk aku dapat duit?

Semalam, ada 1 blog yang kata: Orang yang buat blog atas tujuan peribadi @ personal, sekadar nak bercerita tentang diri sendiri, untuk zaman sekarang ni lah. Sudah ketinggalan zaman. Zaman dulu mungkin boleh. Tapi zaman sekarang, orang dah sebok dengan Facebook, Twitter dan pelbagai lagi. Buat apa orang nak cari blog lain, sekadar nak baca kisah orang lain? Macam la aku ni artis. 

Haah, kalau artis, nak buka blog, cerita pasal diri sendiri, semestinya ramai yang akan follow blog dia. Setiap hari update, orang akan sentiasa menunggu. Aku? Artis apa. Haha.

Tapi, untuk masa sekarang ni, aku perasan dekat 'stats' aku, setiap hari ada dalam 10 - 20 kunjungan tak rasmi dalam blog aku ni. Walaupon aku dah jarang update, kurang active macam dulu-dulu, tapi masih lagi ada pengunjung setia yang masih masuk ke dalam blog aku ni. Aku tak kira la dia siapa, pengunjung sesat ke, supporter ke, rakan-rakan blog yang lama dulu ke. 

Yang pasti, berbekalkan tentang beberapa pengunjung yang masih mengunjungi blog aku, aku akan tetap teruskan penulisan aku, gaya aku, hidup aku. Macam mana aku nak buat duit? Haha. Tak apa. Aku bekerja, dapat duit cash. Bulan-bulan gaji masuk. Ada rezeki tak kemana. Kalau Allah dah kata rezeki aku dekat sini, akan ada rezeki aku.

Insyaallah.

Wassalamualaikum.

2020 - Cerita Untuk Ku

16 Jul 2020
Posted by Selamber.org
Salam sahabat blogger..

Post pertama dalam tahun 2020 nie.. Rindu gila dengan blog ni. Lama tak menaip laju, sibuk dengan urusan kerja. Aku nye kerja ni banyak membabitkan kerja computer, tapi nak pergi ke blogger tu, agak canggung sikit.. Pasal dah lama x buka kan.... tapi tengok statistik orang masuk jengok dalam blog ni pon dah agak kurang dah berbanding yang dulu2 waktu active. Agak2 nya, ada lagi x yang nak mendengar luahan hati seorg lelaki ni ye.. Lelaki yang pada dahulunya selamber, kalau sekarang agak2 selamber lagi tak.. haha..

So, kisah penulisan aku hari ini hanyalah sekadar melepaskan gian di tangan sahaja. Takde niat nak buat entry baru.. Sekarang aku nak mencantikkan kembali wajah blog aku ni.. Dengan masa yang x berapa mengizinkan ni, mana yang sempat lah.. 

Jadi, sekiranya blog ini ada pembaca setia, nantikan kemunculan aku akan datang.. Cuma aku nak kata, misi mencari kekasih aku dulu telah berjaya.. Dah jadi isteri aku pon, haha.. Apo nak di kato, dah jodoh.. 

Cerita sikit lah, alang2 dah buka blog ni.. Hahaha.. Selalu aku di tempat kerja, aku suka bergurau. Aku gurau tak kira orang. Boss besar pon aku gurau kasar. Kadang2 saja pekena boss tengah meeting, aku masuk buat hal. Hahaha.. Penah sekali kene lecture ngan boss aku, sampai terdiam aku terpana kena sound menusuk kalbu.. Makan 2,3 hari gak nak reda.. Pastu, kembali pada asal. Kacau lagi.. Hahaha..

Aku nak amik chargeman.. Tapi buku log belum habis2 lagi.. kalau ikutkan rasa nak copy orang lain punya jer.. TAPI, aku tak mau sijil yang keluar nanti tak berkat. Biarlah aku usaha sendiri. Buat apa yang aku tahu, andai kata aku berjaya masuk belajar nanti, boleh aku cerita dengan orang, aku masuk bukan ikut jalan belakang... Rase riak pulak yooo.. Hahaha.. Nauzubillahiminzalik.

Juga nak masukkan sekali cerita pasal aku sedikit.. Aku Lelaki, berjodoh pula dengan seorang wanita berketurunan Mamak..(",) Isteri aku muda sikit.. Beza umur aku 4 tahun.. So nanti dah tau lah sapa mati dulu.. Hahahah, hadeihh.. Aku juga telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tiga2 lelaki.. Belom rezeki dapat perempuan lagi.. Ops, tolak sorang anak, tinggal 2.. Sorang lagi dah meninggal dunia.. Anak kedua.. Musa namanya.. Sempat aku renung mukanya selama 15 hari sahaja.. Kemudian dia telah kembali pada Allah yang Maha Agong... Jadi, Allah lagi sayang dia.. Kurang2 ada keturunan aku dah confirm tiket masuk Syurga.. Apa lagi yang nak dibanggakan lagi kan, Syurga tuu.. sapa tak mau.. Hahaha.. Dalam ketawa, sebenarnya ada perasaan duka dalam hati.. mmmm... Rindu kat Musa.. kadang2 mengharap doa untuk dapat mimpi jumpa dia, nak tengok apa jadi kat dia.. Tapi haram,, tak pernah mimpi.. Hahahaha...

Untuk rakan2 blogger aku yang lama2 dulu, yang aku dah tak ingat pon sapa, teruk kan aku? Hahaha.. Untuk semuanya, aku mendoakan semuanya agar lebih bahagia, sapa nak ngeteh, boleh roger aku.. Area Petaling Jaya, aku jalan.. Area lain, kim salam je lah.. Hahaha..

Tak lupa kepada orang2 yang selalu berkongsi suka duka dengan aku pada waktu dahulu.. Orang yang selalu ada bila diperlukan, dan tak perlu ada pon tetiba pulak dia ada.. Huhu.. Semuanya aku harap berbahagia..

Dan aku memetika 1 kata dari aku sendiri dahulu untuk peringatan untuk diri sendiri.. 
.
.
.
.

Aku dah tulis dah, tapi aku padam balik.. Kan, dah nampak kan aku ni dah takda keberanian macam dulu2.. Selamber Adap Jer aku dah hilang.. Hahaha....

Terakhir sekali, aku mengharapkan, blog ini mendapat tatapan yang berupa gelak tawa, dan senyum panjang lebar dari pembaca semua.. Lagi2 yang tengok daripada permulaan cerita blog nie, aku gerenti semua nya memang boleh buat korang tersengeh.. hahaha.. Cerita pasal hantu lah, puteri bunian lah, tapi, segala yang aku cerita, memang semuanya benar2 belaka. Dan yang pasti, semuanya hanya daripada aku sendiri..

Aku belanja 1 gambar, ni gambar masa dekat IKBN Dusun Tua.. Jurusan PPU, P84.. Kalau sesiapa muka ada dalam ni, walaupun tak jelas, sila munculkan diri anda. Dan, aku dalam gambar ni ada lah yang no 3 dari kiri.. hahaha.. Amacam, skema tak aku.. Hahaha.. Hope all success..


Wassalam...
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakaatuh..

Terlebih dahulu, aku, memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki sebab dah terlalu lama aku tak update blog.selamber.org aku ni.. Aku rase aku sendiri pun dah naik menyampah dah nak tengok blog aku ni.. Tah apa yang ada.. Semua benda sama je.. Tak de ape2 yang best pon.. Huhuhuhuhu.....

Buat pengetahuan, aku lepas dah kawin ni memang lansung haram jadah tak tengok dah blog aku. Aku sebok dengan Isteri dan Anak aku.. Dan aku bahagia bersama mereka.. Sedar2 dah lebih 3 tahun aku kawin dengan isteri aku. Kejap je masa berlalu.. Kepada orang lain yang dah kawin tu pon aku tengok dah bahagia bersama family diorang.. Nak menangis rasanya bila mengimbau masa lalu..

Huaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Tapi hidup kena diteruskan.. Aku tak nak mengenang lagi masa lampau.. Walaupun kekadang terdetik di hati ini, tapi, apakan daya,,,, aku cuma insan biasa.. So, tangisan masa lampau itu elok, tapi jangan selalu le eh.. 

Kawan2 pulak walaupun duduk sekampung, aku jarang lepak dengan diorang.. Dulu waktu bujang pon susah aku nak lepak, ni lepas kawin? Haraaammmmmmmmm... Hahahaha... Tetiba time menaip ni, otak terfikir pasal Isteri aku..... Hmmmmmm..... Aku sekarang tengah bekerja.. Buat OverTime.. Nak buat macam mana, kerja kuli.. Orang suruh OT, aku OT, kalau orang suruh balik, aku balik.. Tapi sekarang ni bila menaip ni,, hati rasa rindu pulak kat isteri aku... 

Nah yang, bunga raya.. huhu..
Dalam hati ada taman rama-rama bro... Hahahaha... Belom lagi taman buaya, terus ku NGAPPPPP kan aje.. Huhuhu.. Jauh dimata, dekat di hati,,,,,,,,,,, paru-paru,,,,,,, jantung,,,,,,,,,,,,,,, rangka,,,,,,, tengkorak,,,,,, darah,,,,,,, isi,,,,,,,...............................................................................

Mak aku ni kaki tengah sakit, ade jangkitan kulat air... Macam2 jenis ubat kaki aku dah cari pastu bagi kat mak aku.. Yang cari kat pharmasy pon ade, tapi tak jalan.. Kaw2 punya liat kulat tu nak mati.. Ade sapa2 ade idea tak camne nak elok kan kulat tu? Kalau ade sape2 ade idea, boleh utarakan kat aku.. Mudah-mudahan korang semua dirahmati Allah swt.. Bukan ape, aku sebagai anak rasa risau bila tengok mak kita sakit... Susah mak aku nak bergerak... Kalau kudrat aku kuat, memang selalu aku nak angkat je bila mak aku nak ke mane2... 

Arrrrgghhhhhh!!!!
Tapi kudrat aku ni jahanam sikit.. Harap typing memang gile kentang punya laju... Tapi nak tolong mak sendiri pon susah... Ya allah, mantapkan body aku sikit,, supaya mudah aku nak tolong mak selalu....... Aminnnn....

Kepada yang di luar sana, sekiranya ada yang rajin nak tengok aku punya blog selamber ni, korang memang hebat... Blog ni, suatu ketika dulu, memang sangat femes, sampaikan aku dapat ramai pembaca setia.. Tapi tu dulu lah... Sekarang aku tengok pageview pon sehari pon kira bagus la kalau ade 5 orang masuk blog ni.. Tu pun aku rase, visitor tu sesat kot. Nak search lain, lain kuarnya.. Huhuhuhu...

Ok, insyaallah, lain kali kita sambung.. Nak dekat magrib dah, aku tak nak sebok mata asik pandang skrin computer ni.. Aku nak g surau dulu.. Akan datang, insyaalah aku akan cuba luangkan sedikit sebanyak masa pada blog aku yang dah tak popular lagi ni.. Dulu popular pon sebab gambar banyak je.. Sekarang ni tak de dah.. 

Akhir kata, kalau korang rajin, boleh scrool ke bawah lagi... aku ada hadiah untuk korang yang membaca... Kalau nak tengok la, klu tak nak, sila la blah dari blog aku nihhhh!!!! Hahhahahaha



























(^_^)




















































(^_^)





































(^_^)





































































(^_^)














































































(^_^)


















































































































(^_^)



































































































(^_^)





















































































































(^_^)

















































































































(^_^)





























































































































(^_^)





























































































































(^_^)





































































































































(^_^)

























































































































(^_^)




















































































































































































































































































(^_^)



























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Muaaaaaaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!
Semoga terhibur.........!!!! Sayonara,,,,!!! Arigato Wataikkkkkkk Massss!!!!

Wassalam....
Welcome to My Blog

Shopee Ads

Pengunjung Ku Last 7 Days

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer