Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah,, sesungguhnya hanya Allah tempat aku meminta pertolongan.. Ampunkan dosa ku ya Rab,, sesungguhnya Engkau maha mengetahui sesuatu kejahatan yang telah aku lakukan.. Semoga dapat kau berikan rahmat kepadaku.. Allahukhbar..
- Memelihara sumber rezeki seperti makan,,, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.. Jika terdapat rezeki dari rezeki yang haram ini,, maka mohon ampunlah kepada Allah,, sesungguhnya Allah amatlah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hamba Nya dan usahalah untuk menjauhi sumber yang haram ini..
- Berwuduk dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama allah serta berselawat kepada Rasulullah saw.. Sesungguhnya ini adalah peradapan berdoa yang sangat di galakkan kerana mendahulukan Allah dan Rasulullah saw sebelum kita meminta sesuatu daripada Allah swt.. Ia bagi mengelakkan kita lalai dan di samping bermuhasabah diri dengan berselawat kepada Rasulullah saw..
- Berdoa selaras dengan amal yang soleh.. Apabila membuat amal kebajikan,, berdoalah kepada Allah swt,, insyaallah akan diperkenankan doa tersebut selaras dengan amal soleh yang dilakukan,, sesungguhnya Allah swt tidak suka dengan orang yang sombong untuk berdoa..
- Berdoa dengan mengadap kiblat dan mengangkat kedua tangan dengan anggaran sederhana ketinggiannya dan menyapu ke muka setelah berdoa.. Disamping memandang telapak tangan dengan penuh rasa tawaduk dan rasa takut terhadap Allah swt..
- Bersungguh2 dalam berdoa dan merasa penuh keyakinan bahawasanya doa itu akan diperkenankan.. Kerana Allah swt telah berjanji bahawa Allah akan memperkenankan doa hambanya yang beramal soleh,, sekiranya bukan di dunia,, maka di akhirat kelaklah doa kita akan dimakbulkan Allah swt..
- Berdoa dengan disertai keredhaan hati,, jiwa yang penuh khusyuk dalam meminta sesuatu dari Allah swt,, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diikuti dengan perasaan takut terhadap azab Allah swt.. Sekiranya perkara ini mampu kita buat,, hati kita akan lebih tenteram,, tenang,, aman,, kerana kita telah menyematkan Allah dalam diri kita dan meletakkan larangan Allah jauh dari kehidupan kita..
- Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan diri kita.. Seumpama kita hanyalah hamba Allah,, dan kita meminta seumpama kita ini lebih mulia dari nabi dan rasul2.. Dan sesungguhnya,, berdoa itu bukanlah bermaksud dengan meminta2,, tetapi bermaksud memohon sesuatu kebaikan dan menghindarkan keburukan dari Allah swt..
- Berterusan berdoa mengulang-ulang doa sebanyak 3 kali dan tidak berputus asa serta tergesa2 dengan menganggap doa tidak dikabulkan.. Allah mempunyai kebesaran yang tidak terhingga dan tidak layak kita sebagai manusia mempersoalkan KENAPA doa kita tidak di makbulkan Allah swt.. Sesungguhnya Allah Taala lebih mengetahui apa yang baik untuk diberikan kepada kita...
Hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini adalah khazanah yang terlalu bernilai melebihi intan berlian dan wang ringgit.. Ini kerana,, sekiranya diri kita telah dijamin Allah swt untuk masuk ke Syurga Allah,, adakah masih kita pandang akan harta kekayaan? Wang? Berdoalah setiap masa kerana Allah tidak suka dengan hamba Nya yang angkuh dan tidak berdoa atau menganggap bahawa doa ini hanyalah apabila berada dalam kesusahan sahaja.. Dan sesungguhnya Kebesaran Allah swt melebihi kebesaran 7 petala Langit dan bumi dan Allah amatlah Maha memberi Rahmat kepada Hambanya.. Manfaatkanlah kehidupan kita dengan perbanyakkan berdoa kepada Allah swt,, moga kita semua mendapat rahmat Allah swt di dunia dan di akhirat kelak dan berselawatlah dan berzikirlah hari ini.. Sesungguhnya kita sendir tidak mengetahui bila kematiaan akan menjemput kita... Takutlah kamu dengan kehadiran Malaikat Izrail dan berdoalah semoga nyawa kita dicabut seumpama kesakitan wafatnya Nabi Allah,, Rasullullah saw... Insyaallah..
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~