Assalamualaikum.
Sengaja aku nak bercerita sikit pasal motor ni. Memang dah lama betul aku tunggu motor ni keluar. Minta betul aku dengan motor ni. Pandangan rupa macam classic bike tu. Kalau ikut cerita, suku ke 4 tahun ni, bermaksud, bulan 9 lah keluar motor ni kat pasaran.. Best wooo..
Sebenarnya aku nak beralih minat dari motor kapcai, ke motor cc besar.. Tapi, lepas hari2 aku ulang alik kerja, kadang2 aku pergi shah alam, putrajaya, @ mana2 tempat lain2 yang jauh @ yang memerlukan kelajuan untuk sampai. kalau bawa slow nanti bosan, kena la pulas minyak sikit. Bila aku bawa motor LC 135 aku ni, aku rasa yang kerap potong aku, Y15, LC, dengan ade la 1, 2 motor besar.. Yang aku potong, motor besar memang banyak lah. Korang memang tak suka bawa laju ke apa, takut minyak habis eh, hahaha, takut maintenance tinggi? Mungkin jugak maintenance tinggi.. Bila aku check kat Chat Gpt pon boleh tahan kira jugak tahap maintenance motor besar ni. lagi2 kalau dah pakai 2 piston, dah kena pakai 2 litter minyak hitam.. Tiap2 bulan nak spend. Mula la nak kira2 bajet bulanan..
Jadi, aku turunkan sikit kehendak aku, aku nak motor cc tak payah besar, tapi aku nak tanki minyak besar. Bermula dengan motor naked, aku tak suka motor fairing, menunduk sangat. Bayangkan la hari2 kau nak menunduk je kerja nya, mesti la kene bawa laju, tempat kerja pon kalau kapcai aku boleh sampai dalam 20 minit, ini kalau motor fairing, 10 minit sampai? Bapak bosan gitu.. Hahaha.. Jadi mula2 dulu aku jatuh hati pada si DIA.
GSXS-150
Motor ni aku minat bukan sebab rupa dia, buruk memang buruk, tapi bila tengok review, semua review cakap motor ni laju, tak payah modified apa2, memang dah laju. Sampaikan ada orang review top speed dapat 140km/j GPS tau. Kalau meter motor dah sampai 160km/j dah. Laju bak hang! Tapi dari tahun 2022 aku duk usha je motor ni, sebab bukan aku tak berani nak cuba, tapi sebab motor LC aku baru pakai 2 tahun, kalau nak jual, sayang. Jadi aku usha2 je dulu sambil tengok review orang.. 1 hari tu aku tak tahan sangat, aku pergi ajak kawan aku gi tengok motor second kat kedai, nak cuba bawa la katakan. Sampai kedai, dia bagi aku bawa yang fairing punya dengan naked punya. Aku try bawa dua2,, dan aku jatuh minat pada kedua2 nya.. Mantap siak bawa yang fairing, gsxr-150.. Menyesal pulak aku test drive. Sempat la seminggu aku ngigau nak beli yang fairing punya. Hahaha.. Tapi untuk tahun ni aku dah padam niat aku tuk motor suzuki ni, bukan pasal tak sedap, tapi, harga dia drop teruk sangat, kalau aku ambil pon, mungkin 1 hari nanti, aku beli second hand. Aku tak berani beli baru. Bila aku menaip ni pon aku dapat rasa keseronokan bawa motor tu..Rasa nak sewa sebiji tuk seminggu rasanya.. Hahaha..
Kawasaki Z250
Ini memang motor idaman aku dari kecil dulu, cuma harga dia merecik sikit. Cuma sekarang ni aku tengok harga dia dah turun.. Jadi aku cari review orang yang dah pakai. Rupa2 nya minyak pulak makan banyak... Accessories melambak, tapi harga tak main2 harganya.. Hahaha.. Aku dah pergi ke EBID untuk try motor ni, memang aku suka betul motor tu.. Tapi nak jaga 2 silinder ni, minyak hitam 2 botol, oil filter.. perghh... aku dah check kat ChatGpt dah tentang maintanance motor ni..
Merecik hawaw.. Ni baru untuk service, tayar belum lagi, rantai, spoket, lain2 hal lagi.. Plug kalau kong ke,, makan modal.. Dan, aku kuburkan niat aku untuk beli motor ni sebagai second bike.. Tak lalu nak fikir maintenance dia.. Jadi, minat aku kembali ke 150cc sahaja...
Yamaha FZ 150 & MT 15
Jangan tak percaya, aku pernah jatuh hati pada FZ ni tau, dari V1, V2 sampai V3.. Tapi semua review kata V1 paling tahan lasak. Tapi dah susah la nak dapat V1 punya. Cari2, call2, semua memang ada, tapi banyak cerita kencing habis. Motor tak pernah accident, motor orang tua pakai pergi balik masjid lah, motor tak pernah overhaul.. Ko agak2 lah, motor dah berpuluh tahun, miliage bawah 10k, mana nak dapat tu. Jadi, sempat minat sekejap je motor2 ni.. MT 15 pon aku tak berapa minat, aku rasa macam tinggi sangat. Tapi bila aku tengok kebanyakan yang bawa motor ni, awek2 je bawa. Jadi, aku ada rasa ego dalam hati ni menyebabkan aku rasa, motor ni khas untuk awek2 je kot. Hahahaha..
Pendek kan cerita sikit, aku target aku nak beli motor ni cash. Jadi, sementara ni aku kumpul la duit dulu. dalam 12k harga, dah masuk kedai, koman2 mau dalam 14k, OTR bagai semua, mungkin dalam 15k. So, aku kumpul lah dulu. Lambat pon tak apa.. Ini bukan keperluan, ini cuma kehendak aku je. Kalau mampu, aku ambil, kalau tak mampu, aku pospone. Benda bukan wajib dimiliki pon, cuma kempunan je la kalau tak dapat. Hahaha..
Sekian sahaja cerita aku kali ini, next time kita jumpa lagi insyaallah.
Wassalam.
Related Posts :
- Back to Home »
- Cerita Aku »
- Motor Idaman Aku, Yamaha XSR 155 dah nak keluar!!


