Manusia Atau Binatang?

Bismillah..[Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang]

Dalam kesibukan menghadapi exam, sempat lagi aku melayan FB. Dan hati aku terkesima di saat melihat gambar seorang bayi yang kecil mulus di campak dari tingkat lima sebuah pangsapuri. Ya Allah!! Betapa kejamnya manusia sekarang. Hatiku seperti di siat-siat. Kejam...terlalu kejam!!!!

~Bayi ini tidak berdosa~

Dalam hati terfikir nak tahu cerita lanjut tentang bayi ini. Dan sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kes bayi dibuang di tempat sampah. ASTAGHFIRULLAH!!! Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Tahu buat tapi tak tahu menerima tanggungjawab.

Layakkah orang seperti itu mendapat gelaran "manusia". Atau mereka selayaknya dipanggil "binatang". Tapi kalau difikirkan kembali, binatang pon tidak akan membunuh anaknya sendiri. Malahan mungkin lebih baik daripada manusia.

Ingatlah, kita manusia diberikan kelebihan oleh Allah. Kita di beri "akal" dan akal ini lah yang membezakan diri kita dengan manusia. Allah menyuruh kita menggunakan akal dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Ke manakah hilangnya akal tersebut? Di jualkah? Atau dibuang ke lautan?

Fikirlah wahai manusia sebelum engkau melakukan sesuatu. Setelah satu dosa, satu dosa lagi yang engkau lakukan. Mana hilangnya rasa perikemanusiaan dalam diri kalian. Bayi itu tidak berdosa. Dia juga punya hak untuk hidup di dunia. Jangan hanya kerana dosa yang kalian lakukan, bayi itu yang menerima akibatnya.

Insaflah. Dunia ini bukan punya kalian. Dunia ini kepunyaan Yang Maha Esa. Sedarlah. Jangan biarkan nafsu mengawal diri kalian.Bertaubatlah wahai manusia....

Catat Ulasan

3 Ulasan

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~