Di Ketika Ini

 Assalamualaikum..

Sambil makan Telinga K (Penderam), sambil buat kerja computer, sambil menaip dan sambil makan lagi Telinga K. Hahaha.. Daku kembali lagi setelah sekian lama.. Blog pon dah serabut, malas nak buat Theme baru, kita bagi ni je. Tak susah nak cari post lama.. Hahaha..

La ni zaman dah berubah, Zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Dekat Selangor sahaja dah dekat 1k. Dah la aku duduk selangor, kerja pon dekat selangor. Jadi, aku mengawal ketat aku dan anak bini aku punya pergerakan. Tak boleh keluar bersama macam dulu2 lagi. Memeruk je lah di rumah. Abih bogheh beli baru. Hadeiiihh..

Pendapat aku, lama lagi kes Covid-19 ni nak pulih. Zaman akan berubah, kita tak boleh adakan perjumpaan beramai2 walaupun dengan teman rapat, teman sekolah, teman kampung, teman sebilik. Kalau kantoi, saman RM1,000.00. Sapa nak bayar weiii... 

Salam tangan pon tak boleh dah, kalau nak jugak salam, pastikan ada hand sanitizer dah spare dekat poket.. Cuma, bila fikir balik, lepas kita shake hand, pastu member keluar hand sanitizer, sapu kat tangan sendiri, terasa gila diri ni. Rasa macam kita ada virus pulak.. Hahaha..

Tapi kita orang Islam, tak boleh shake hand, kan kita ada mulut. Boleh ucap salam.. Ringan2 kan lah mulut tu.. Allah bagi menda ni semua ada hikmah. Aku cakap bende ni semua untuk tuju kat diri sendiri sebenarnya. Ye lah, dulu kat mana2, selalu yang rajin bagi salam ialah orang2 masjid, teman2 rapat. Aku nak bagi salam? Haremmmm jadah.. Mulut macam ada batu ooo, nak buka mulut nak bagi tu tak tau la susah dia.. Tapi kalau jawab salam tu rajin.. Kadang2 kat rumah ada orang bagi salam, kita pon jawab salam.. Check2 je tak ada orang.. Rupa2nya TV bagi salam.. Hahahampeh..

Solat pon dah ada jarak 1 meter lebih kurang, masjid solat jumaat pon dah ada limit. Tapi sebenarnya aku agak sokong untuk masjid dikurangkan bilangan.. Sebabnya, Insyaallah, cukup orang... Sebabnya sebelum Virus ni datang pon, ramai yang ngular tak pergi masjid, tiba2 sekarng tak boleh pergi, masing2 bising. Yang bising pulak jenis yang tak pergi masjid. Hahaha.. Bila cakap macam ni, aku rasa rindu nak pergi masjid. Termasuk lah aku, dulu pon jarang aku pergi masjid untuk solat waktu biasa. Subuh, zuhur, asar, maghrib, isyak. Padahal dah azan, kita pulak sibuk dengan benda lain.. Ada aja alasan. Sekarang tak boleh solat kat masjid lagi, mula la meroyan.. Hahaha..

Ada usaha, pasti berjaya. Tak boleh solat jumaat? Tak solat ke? Lansung tak solat? Usaha laa.. Cuba cari jugak masjid2 yang boleh solat. Macam aku dekat PJ ni, kat sini memang tak ada, yang ada pon kene booking, jadi kita cari la area lain.. Tak ada la sampai luar negeri, luar daerah pon tak payah. PJ kan besar, banyak lagi masjid yang buka, cuma dia bagi limit. Tapi, Insyaallah kita dapat solat kalau kita gerak awal. Pukul 12 tengari, sharp, kita gerak cari masjid. Cari info, kat internet kan banyak info.. Asalkan kita usaha beserta tawakal, Allah tak kan sia2kan usaha kita. Kalau dah tak berjaya, kita nak buat macam mana, tak kan tak solat kot, so, solat je lah zohor. Asalkan usaha tu penting.. Hahaha...

Ok, sekian untuk bebelan hari ini, esok Insyaalah aku sambung lagi. Ni tengah tak berapa nak sebok ni, tu tulis karangan panjang lebar.. hahahah...

Wassalamualaikum.















Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Seketika itu sepi mencuit hati
Hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku
Terkilan rasa bila kata-katamu
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi
Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu
Sayang
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh mengapa perpisahan yang kau pinta
Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu
Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu
Sayang
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh mengapa perpisahan yang kau pinta
Dariku
Dariku

Catat Ulasan

0 Ulasan