Aktiviti seharian mereka ini menyebabkan tok imam x senang duduk. Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat ingin memberikan pengajaran kepada mereka ini. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam itu cabar si mangkuk 3 ekor itu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan jahil sangat seperti yang disangkakan".
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor itu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.
Selepas qamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2 kali pun x khusyuk jugak lagi.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.
Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" lalu batallah solat Budin. Yang lain2 pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko ni... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji le si Ciko ni...
Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dasyat aku sembayang. He heee..." Tok imam pun terkedu & terpana...
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~