Archive for 09/01/2020 - 10/01/2020

Selain surat rayaun, satu lagi suarat yang amat penting untuk ditulis dalam urusan seharian adalah surat tunjuk sebab. Kali ini kami akan tunjukkan kepada pembaca semua cara menulis dan contoh surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik.  Surat tunjuk sebab tidak perlu ditulis dengan bahasa yang berbunga. Ianya perlulah ditulis dengan bahasa mudah difahami dan terus kepada isi.

Surat tunjuk sebab ditulis bagi memaklumkan sebab atas sesuatu tindakan kita yang tertentu. Sebagai contoh surat sebab tidak hadir ke mesyuarat, surat sebab tidak datang kerja, surat sebab kesalahan tatatertib ataupun surat tunjuk sebab lewat datang ke tempat kerja.

Semua kesalahan dan tindakan yang dilakukan ini memerlukan pemakluman sebab agar tindakan / kesalah yang kita lakukan tidak di salah anggap oleh pihak tertentu.

Format Surat Tunjuk Sebab

Oleh kerana surat tunjuk sebab merupakan urusan rasmi, maka surat ini pelrulah ditulis dalam format surat kiriman rasmi. Lihat sini –> format surat kiriman rasmi.

Anda boleh ikut sahaja format yang telah ditunjukkan. Perkara yang perlu ada di dalam surat tunjuk sebab adalah;

  • Nyatakan kesalahan yang anda lakukan.
  • Nyatakan sebab anda melakukan kesalahan berkenaan.
  • Nyatakan janji anda supaya perkara tidak akan berulang kembali.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah dan Terbaik

Di bawah ini adalah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir ke mesyuarat. Anda boleh mengubah surat ini mengikut situasi anda sendiri.

 

Khairul Azmi Bin Mat Suod
No 3, Taman lembayung,
40000, Shah Alam,
Selangor
______________________________________________________________

Tuan Pengarah,
Hospital Shah Alam,
40000, Shah Alam,
Selangor                                                           8 Julai 2018

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR KE MESYUARAT

Merujuk kepada perkara di atas, saya Khairul azmi Bin Mat Suod tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan pada 6 Julai 2018 yang lepas.
Maka dengan itu, tujuan surat ini ditulis untuk menyatakan sebab atas tindakan saya tersebut.

02. Untuk makluman pihak tuan, pada hari berkenaan, saya tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat di atas sebab saya jatuh sakit pada
hari berkenaan. Namun saya tidak berjumpa doktor yang mana menyebabkan saya tidak mempunyai surat pelepasan daripada doktor.

03. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini, jika perkara ini terjadi, saya akan memaklumkan pihak tuan terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________
(Khairul Azmi Mat Suod)

Selamat menulis surat tunjuk sebab

Semoga contoh yang ringkas ini dapat membantu anda untuk menulis surat anda sendiri.


Copy dari Sumber

Ingat bahawa anda bukanlah masalahnya, tetapi si pembuli yang bermasalah.

 1Bersama dengan rakan-rakan

Bersama dengan rakan-rakan semasa rehat, di taman permainan atau di dalam bas – di mana pembuli sering berada. Tawarkan untuk melakukan perkara yang sama untuk rakan-rakan.

 

2Elak daripada pembuli

Gunakan tandas yang berlainan sekiranya si pembuli berada berdekatan dan jangan pergi ke sesuatu tempat yang sunyi dan tiada orang. Pastikan anda bersama seseorang sekiranya anda tidak mampu mengelak daripada pembuli

 

3Abaikan si pembuli

Praktikkan cara untuk abaikan pernyataan yang menyakitkan. Dengan mengabaikan si pembuli, anda menunjukkan bahawa anda tidak peduli. Lama-kelamaan, si pembuli akan berasa bosan untuk mengganggu anda.

 

4Tahan kemarahan anda

Ianya adalah biasa untuk merasa sedih, takut atau menangis; namun, itulah apa yang disukai oleh para pembuli. Ia membuatkan pembuli berasa berkuasa dan hebat. Oleh itu, elakkan daripada menunjukkan emosi anda seboleh yang mungkin.

 

5Beranikan diri

Tegaskan kepada pembuli untuk berhenti membuli. Buktikan pada mereka bahawa anda mampu menjadi kuat dan elak daripada situasi yang buruk.

 

6Jangan berahsia

Adukan pada orang yang dipercayai, seperti ibubapa, kaunselor, guru, pakcik atau makcik atau kakak dan abang. Ia akan membuatkan anda berasa kurang sepi…dan akan mendapat bantuan.

 

7Bersekutu dengan yang lain

Jangan berahsia sekiranya anda mendapati pembulian berlaku. Bertindak dan adukan pada orang dewasa yang boleh dipercayai demi mangsa buli; – guru, pengetua dan ibu bapa boleh membantu untuk menghentikan pembulian.

 

8Jangan membuli orang lain

Kadangkala, kita mungkin melakukan atau mengatakan perkara yang tidak elok untuk menyakiti orang lain. Perbetulkan keadaan dan minta maaf sekiranya hal ini berlaku.

 

9Ubah keadaan

Tubuhkan satu kumpulan untuk memeriksa kawasan di mana pembulian sering berlaku. Bentuk juga satu kumpulan penyokong untuk orang yang pernah menjadi mangsa buli; dan bantu bercakap bagi pihak mereka.

 

10Hargai diri sendiri

Dibuli boleh membuat anda berasa teruk, namun sentiasa ingat bahawa anda adalah hebat sebagai diri anda.

Ingat, kes-kes buli boleh dihentikan sekiranya lebih ramai daripada kita bekerjasama membanteras pembulian.

Share pendapat anda di kotak komen di bawah!



CREDIT 

Ketika perang Badar mula tercetus, Jibril mengarahkan Nabi melontar segenggam pasir ke arah musuh. Baginda melontar seraya berkata - شاهت الوجوه - Gelaplah semua wajah (Tafsir al-Tabari). Itu antara punca musuh tewas teruk. Berikutan itu Allah menegaskan kepada umat Islam bahawa kemenangan mereka BUKAN kerana kehebatan mereka tetapi kerana BANTUAN ALLAH:


فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡۚ وَمَا رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ وَلِيُبۡلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ مِنۡهُ بَلَآءً حَسَنًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٞ


Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang kafir), dan untuk mengurniakan orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (al-Anfal 8:17).


Abdullah Bukhari


11 September 2020.



Ingat mudah ke jadi seorang Abah, Ayah, Walid, Abuya atau Daddy?  Jadi seorang ayah bukan sekadar menyediakan “keperluan fizikal harian” si anak, sebaliknya ia adalah tanggungjawab seumur hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia, emosi, fizikal, spiritual, DUNIA dan LEBIH-LEBIH LAGI ALAM AKHIRAT. 


Buku “DIARI ABAH” nukilan Ustaz Hasrizal tampak biasa sahaja, namun setelah dibaca dan terjun dalam dunia “KE-ABAH-AN” beliau, saya selalu Istighfar panjang memohon ampun pada Allah atas banyak salah laku saya selaku seorang Abah. Rupanya saya pernah meracun anak saya dengan kesilapan saya menggunakan “Bahasa Kasar” kerana dicetus rasa marah. 


Diari setebal 392 halaman ini berguna memberi panduan logic dan praktikal bagi Ayah Ibu yang saban hari mendidik anak-anak. Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian; (1) Abah dan Rumah, (2) Abah dan Sekolah, serta (3) Kita di Perantauan. Buku ini mengajar kita untuk menjadi Ayah Ibu yang sebenar kepada anak-anak kita dan bukan hanya menjadi Ayah Ibu kepada anak-anak yang masih kanak-kanak. Bagaimana tu? Biasanya anak-anak kecil mudah dilayan kerana belum punyai kuasa berontak yang menyakitkan hati Ayah Ibu. Apabila anak-anak meningkat dewasa, enjin remaja mereka yang kuat memberontak kadangkala terlalu agresif sehingga mampu mencalar ego dan  jiwa halus Ayah Ibu, lalu Ayah Ibu makan hati dalam senyap.


Sepanjang pembacaan, saya dapati untuk menjadi Abah yang baik kita perlu berkomunikasi secara telus dengan anak-anak. Komunikasi yang telus mampu menghasilkan proses pembelajaran dan didikan yang baik. Ustaz Hasrizal memberi contoh baik cara qiyam Ramadhan (solat Terawih) yang beliau praktik dengan anak-anak semasa berada di Finland. Beliau biasa berkongsi initsari ayat yang dibaca dalam terawih dengan anak-anak. Saya juga kagum dengan keterbukaan beliau menjawab soalan akidah yang agak ekstrem dari anak-anaknya seperti BOLEHKAH KITA ANUT BANYAK AGAMA..APA REAKSI BELIAU JIKA ANAK-ANAK MURTAD, JADI GAY, LESBIAN dan sebagainya. Bacalah jawapan beliau! Sangat bijak dan penuh kasih sayang.


Banyak pelajaran yang saya perolehi dari buku ini, antaranya:


- Ayah Ibu mesti belajar menjadi pendengar yang baik kerana para Nabi sudi mendengar masalah atau cerita anak-anak mereka (Yusuf 12:4-5 dan al-Saffat 37:102).


- Jaga bahasa dalam interaksi dengan anak-anak kerana ia oleh menjadi racun jiwa.


- Kita perlu banyak belajar sejarah kerana ia adalah SAINS FORENSIK MASA.


- Kita perlu sediakan anak-anak yang mudah dididik serta ditegur pihak sekolah dan masyarakat.


- Kita perlu berani menceritakan perihal seksual kepada anak-anak dengan cara paling telus dan selamat. Jangan sampai mereka dapat maklumat ini secara songsang dari orang lain.


- Peperiksaan hanya SATU PERSINGGAHAN DALAM HIDUP. Jika anak-anak mendapat keputusan yang biasa, jangan marahi mereka. Jika mereka berjaya, jangan puji mereka sebaliknya puji USAHA KERAS MEREKA. 


- Sediakan anak-anak untuk kejayaan hidup mereka dan bukannya untuk mencapai kepuasan ego kita, pihak sekolah, pegawai pendidikan daerah atau menteri pelajaran.


- Kita kena awasi anak-anak yang bermain online games kerana ia pintu awal banyak jenayah siber seperti buli siber dan jenayah pedophilia. 


Dan banyak lagi isu berguna daripada buku ini yang tak mampu saya tulis. Percayalah! Minda anda pasti kenyang setelah membaca buku ini. 


Abdullah Bukhari


14 September 2020.


Dapatkan di sini:


https://jtbooks.onpay.my/order/form/SELAINJT/AbdullahBukhari



Kemahiran membaca al-Quran sangat penting! Ia menjadi syarat utama kelayakan mara ke hadapan memimpin solat sesebuah komuniti. Sabda Rasulullah SAW:


يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا وَلَا يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِي سُلْطَانِهِ وَلَا يَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ


Ertinya: Orang yang paling layak mengimamkan solat adalah orang yang paling mahir (fasih) membaca al-Quran. Jika mereka setara pada bacaan al-Quran, maka didahulukan orang yang paling tahu mengenai Sunnah. Jika mereka setara pada Sunnah, maka diutamakan orang yang paling awal berhijrah. Jika mereka setara pada hijrah, maka diutamakan orang yang paling awal memeluk Islam. Dan janganlah seseorang lelaki menjadi imam di tempat yang ada pemiliknya (jangan membelakangi imam kawasan), dan janganlah duduk di rumahnya (tempat duduknya) kecuali dengan izinnya“  (Sahih Muslim).


Ayuh kita ikuti kisah sahabat muda yang bernama ‘Amru bin Salamah (Para ulama hadith berselisih pandangan tentang status beliau sama seorang sahabat atau tidak, namun yang pasti ayahnya adalah seorang sahabat kerana terbukti pernah bertemu Rasulullah SAW). ‘Amru bin Salamah bercerita:


عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلَمَةَ قَالَ …….. كُنَّا بِمَاءٍ مَمَرَّ النَّاسِ وَكَانَ يَمُرُّ بِنَا الرُّكْبَانُ فَنَسْأَلُهُمْ مَا لِلنَّاسِ مَا لِلنَّاسِ مَا هَذَا الرَّجُلُ فَيَقُولُونَ يَزْعُمُ أَنَّ اللَّهَ أَرْسَلَهُ أَوْحَى إِلَيْهِ أَوْ أَوْحَى اللَّهُ بِكَذَا فَكُنْتُ أَحْفَظُ ذَلِكَ الْكَلَامَ وَكَأَنَّمَا يُقَرُّ فِي صَدْرِي وَكَانَتْ الْعَرَبُ تَلَوَّمُ بِإِسْلَامِهِمْ الْفَتْحَ فَيَقُولُونَ اتْرُكُوهُ وَقَوْمَهُ فَإِنَّهُ إِنْ ظَهَرَ عَلَيْهِمْ فَهُوَ نَبِيٌّ صَادِقٌ فَلَمَّا كَانَتْ وَقْعَةُ أَهْلِ الْفَتْحِ بَادَرَ كُلُّ قَوْمٍ بِإِسْلَامِهِمْ وَبَدَرَ أَبِي قَوْمِي بِإِسْلَامِهِمْ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ جِئْتُكُمْ وَاللَّهِ مِنْ عِنْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقًّا فَقَالَ صَلُّوا صَلَاةَ كَذَا فِي حِينِ كَذَا وَصَلُّوا صَلَاةَ كَذَا فِي حِينِ كَذَا فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ أَكْثَرُكُمْ قُرْآنًا فَنَظَرُوا فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَكْثَرَ قُرْآنًا مِنِّي لِمَا كُنْتُ أَتَلَقَّى مِنْ الرُّكْبَانِ فَقَدَّمُونِي بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَأَنَا ابْنُ سِتٍّ أَوْ سَبْعِ سِنِينَ وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ كُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَقَلَّصَتْ عَنِّي فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْ الْحَيِّ أَلَا تُغَطُّوا عَنَّا اسْتَ قَارِئِكُمْ فَاشْتَزَوْا فَقَطَعُوا لِي قَمِيصًا فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ فَرَحِي بِذَلِكَ الْقَمِيصِ


Ertinya: ‘Amru bin Salamah berkata ….Kami tinggal dekat sebuah mata air yang biasa dilalui orang ramai. Suatu ketika serombongan musafir berkendaraan melewati kami. Kami pun bertanya kepada mereka, “Apa khabar orang ramai? Ada apa dengan mereka? Apa halnya dengan lelaki itu (Rasulullah).” Mereka menjawab, “Lelaki itu mendakwa menerima wahyu dari Allah dengan ayat itu dan ayat ini.” 


Aku pun hafaz ayat tersebut (al-Quran) sehingga ia seolah-olah lekat pada ingatanku. Sementara itu kabilah Arab kebanyakan masih menangguh keislaman mereka sehingga Pembukaan Mekah, seraya berkata: “Biarkan dia dan kaumnya. Bila dia menang atas kaumnya maka dia pasti seorang nabi yang benar.”


Apabila Mekah dikuasai orang Islam, setiap kaum bersegera masuk Islam. Ayahku mendahului kaumku memeluk Islam. Ketika ayahku pulang setelah bertemu Rasulullah SAW dia berkata: “Demi Allah! Aku datang kepada kalian dari sisi seorang nabi yang benar. Nabi itu berkata, “Solatlah kalian solat itu pada waktu itu, dan solatlah itu pada waktu itu. Apabila masuk waktu solat, hendaklah seorang daripada kalian melaungkan azan dan hendaklah orang yang paing banyak menghafaz al-Quran mengimami kalian.”


Kaumku pun mencari siapa yang paling banyak menghafaz al-Quran dan ternyata akulah yang paling banyak menghafaz al-Quran kerana aku selalu mempelajarinya daripada rombongan musafir yang tiba. Berikutan itu, kaumku menolakku ke hadapan untuk mengimami mereka, sedangkan pada waktu itu aku baru berusia 6 atau 7 tahun.


Ketika mengimami mereka aku memakai pakaian yang pendek. Bila sujud, pakaian itu terangkat dari bahagian bawah tubuhku. Seorang wanita kampung (yang ikut solat bersama jamaah) lalu berkata, “Kenapa kalian tidak menutup kemaluan pembaca Al-Qur’an kalian itu (dengan sesuatu)?” Kaumku lalu membeli pakaian baru untukku. Ternyata aku tidak pernah gembira selain kegembiraanku setelah mendapat pakaian tersebut (Sahih al-Bukhari).


Subhanallah! Alanglah indahnya kisah ini. Ayuh kita dalami al-Quran semoga Allah redhai kita.


Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim (al-Hafiz)


15 September 2019



Mencabar sungguh hidup ini. Ngeri dengar kisah isteri mati dijerut suami...Kita sayang dan tatang anak2 penuh cinta. Setelah mereka berumahtangga kita tak tahu "APA" pasangan mereka boleh buat pada mereka. Cinta kita kepada anak2 TAK AKAN SAMA dengan cinta pasangan mereka. Pasangan mereka boleh dicerai tapi ibu bapa tak boleh dicerai.


Apa solusinya??? 


Berdoalah wahai ibu bapa dan diri sendiri agar Allah jaga kita. Jaga agar selamat dunia akhirat dan selamat daripada dipasangkan dengan pasangan yang BAHAYA... Kerana hanya Allah sebaik2 PENJAGA.. ini pernah dirisaukan Nabi Ya'qub AS sebagai seorang Ayah:


قَالَ هَلۡ ءَامَنُكُمۡ عَلَيۡهِ إِلَّا كَمَآ أَمِنتُكُمۡ عَلَىٰٓ أَخِيهِ مِن قَبۡلُ فَٱللَّهُ خَيۡرٌ حَٰفِظٗاۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ


Bapa mereka (Nabi Ya'qub) berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana ALLAH JUALAH PENJAGA YANG SEBAIK-BAIKNYA, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan" (Yusuf 12:64).


Abdullah Bukhari (Ayah risau)



3 Ogos 2020.

جاءت عجوزٌ إلى النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ وهو عندي فقال لها رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : من أنتِ ؟ قالت : أنا جثَّامةُ المُزنيَّةُ فقال : بل أنتِ حسَّانةُ المُزنيَّةُ كيف أنتُم ؟ كيف حالكم ؟ كيف كنتُم بعدنا ؟ قالت بخيرٍ بأبي أنت وأمِّي يا رسولَ اللهِ فلما خرجتُ قلتُ : يا رسولَ اللهِ تُقبِلْ على هذه العجوزِ هذا الإقبالَ فقال : إنها كانت تأتينا زمنَ خديجةَ وإنَّ حسنَ العهدِ من الإيمانِ


Ertinya: Aishah RA bercerita, pernah seorang wanita tua datang bertemu Nabi SAW ketika aku berada bersama Baginda. Rasulullah SAW bertanya kepada wanita itu: “Siapa kamu ini?” Wanita itu menjawab: “Aku adalah Jaththamah (bermaksud pemalas) al-Muzaniyyah.” Baginda menjawab: “ (Bukan itu namamu) Sebenarnya namamu adalah Hassanah (Wanita baik lagi terpuji) al-Muzaniyyah. Apa khabar kamu? Bagaimana keadaan kamu selepas lama kita tak jumpa?”  Wanita itu menjawab: “Demi ayah dan ibumu Wahai Rasulullah, aku baik sahaja.” Selepas dia keluar, Aku (Aishah) bertanya: “(Mengapa) kamu menerima masuk wanita itu (dengan mulia) sedemikian rupa?” Nabi menjawab: “Dia itu (kawan Khadijah dan) selalu menemui kami ketika Khadijah masih hidup. Sesungguhnya menjaga kehormatan (atau kesetiaan sesama manusia seperti kenangan antara suami isteri) termasuk dalam ciri (orang) iman (Mustadrak al-Hakim, 39). 


Hadith ini menunjukkan betapa mendalamnya cinta dan setia Rasulullah SAW kepada isterinya Khadijah RA. Cara Nabi melayan wanita tua dalam hadith di atas mengajar kita agar memanggil seseorang dengan nama yang baik. Lihat bagaimana Baginda menukar nama tidak elok kepada makna yang elok. Perbuatan ini pastinya menimbulkan rasa gembira lagi terharu wanita itu. Dalam dakwah sikap sebegini membuka pintu perkenalan yang baik lagi mesra. Apabila kemesraan timbul, tembok penghalang akan pudar dan mesej dakwah mudah menyapa.


Abdullah Bukhari

25 Ogos 2020.



SATUNYA; berbicara tanpa ilmu atau di luar bidang sehingga memesongkan orang awam.. Pernah rencana saya yang "SARAT"  berisi dalil al-Quran & Sunnah tentang satu topik disangkal orang awam begitu sahaja dengan dalil sebuah video "penceramah popular" yang membawa fakta bercanggah fakta bawaan saya. Penceramah tersebut langsung tidak membawa dalil atau nas menyanggah fakta saya.. Natijahnya, orang awam itu MENYANGGAH SAYA dan tetap bersandar pada video itu. 


KEDUA, menciplak idea orang. Pencuri sebegini biasa mendapat HASIL dan KENYANG KERANA HASIL ORANG. Setakat bacaan saya, kebanyakan ilmuwan membawa hadith ini:


حَدَّثَتْنِي فَاطِمَةُ عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي ضَرَّةً فَهَلْ عَلَيَّ جُنَاحٌ إِنْ تَشَبَّعْتُ مِنْ زَوْجِي غَيْرَ الَّذِي يُعْطِينِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّعُ بِمَا لَمْ يُعْطَ كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ


Ertinya: Seorang wanita bertanya kepada Rasulullah; “Wahai  Rasulullah, Aku punyai madu. Adakah berdosa kalau aku mendakwa mendapat sesuatu dari suamiku sedangkan aku sebenarnya tak dapat apa-apa (kerana mahu menimbulkan kemarahan madunya)?” Baginda bersabda: “Orang yang kenyang (mendapat manafaat atau faedah) dengan  sesuatu yang tidak diberikan padanya, sebenarnya (sangat hina) seperti orang yang memakai dua pakaian palsu (dusta)” (Sahih al-Bukhari, 4818 dan Sahih Muslim, 3972).


Pernah tulisan saya dibuang nama dan dikongsi oleh satu page tanpa amanah. Rupanya kisah PENCURI ILMU banyak berlaku di Institusi Pengajian Tinggi dan Rendah. Semoga Allah selamatkan kita dari jenayah sebegini. Saya turut terfikir, jika si pencuri mendapat manafaat besar dari hasil CURIAN ILMU itu...adakah TANGANNYA PERLU DIPOTONG (al-Ma'idah 5:38).....???


Abdullah Bukhari


27 Ogos 2020.



Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.


Ka'ab al-Ahbar adalah seorang alim Yahudi yang memeluk Islam pada zaman khalifah Umar. 


Pada suatu hari beliau keluar menuju Bayt al-Maqdis, lalu beliau singgah di Madinah. Khalifah 'Umar memujuknya agar menerima Islam, tapi Ka'ab menolak kerana berasa terhina dengan kutukan Allah kepada ulama Yahudi yang mengubah kitab Tawrat sebagai keldai yang memikul buku tanpa membaca atau memahaminya. Ia difaham dr ayat: 


مَثَلُ الَّذينَ حُمِّلُوا التَّورىٰةَ ثُمَّ لَم يَحمِلوها كَمَثَلِ الحِمارِ يَحمِلُ أَسفارًا ۚ بِئسَ مَثَلُ القَومِ الَّذينَ كَذَّبوا بِـٔايٰتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِى القَومَ الظّٰلِمينَ


Ertinya: (Sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat keterangan Allah dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim (al-Jumu'ah 62:5).


Setelah mendengar alasannya, Umar lalu membiarkan Ka'ab. Semasa dalam perjalanannya, Ka'ab singgah di Hims dan terdengar seorang lelaki membaca ayat ini: 


يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ ءامِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِما مَعَكُم مِن قَبلِ أَن نَطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللَّهِ مَفعولًا


Ertinya; Wahai orang yang telah diberikan Kitab! Berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran), yang mengesahkan Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata, tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang (daripada kaum mereka iaitu Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku (al-Nisa' 4:47).


Hati Ka'ab berasa gentar dengan AMARAN ALLAH dalam ayat ini, lalu beliau segera MEMELUK ISLAM. 


Subhanallah, hidayah Ka'ab muncul dengan amaran dari Al-Quran. Ini dipanggil uslub TARHIB (Amaran).


(Kisah dari Tafsir Ibn Kathir pd tafsiran surah al-Nisa' :46).


Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim



Mereka mengatakan bahawa pada waktunya anda akan melupakan semuanya. Segala sesuatu yang anda lalui, segala yang menyebabkan kesakitan, ketegangan, semua yang perlu dilupakan Tetapi apa yang mereka tidak faham ialah pada masa itu, anda tidak mahu ia berlaku. Anda tidak mahu melepaskannya. Kamu takut. Bagaimana jika dia berjalan pergi hari ini dan tidak pernah kembali? Bagaimana jika melepaskan ini hanyalah kesilapan? Apa yang boleh saya lakukan untuk menahannya lebih lama?

Mereka mengatakan bahawa ia menjadi lebih mudah dengan masa. Anda lupakan. Tetapi mungkin, mungkin, anda tidak akan melupakannya. Ia sentiasa ada. Kesakitan. Mungkin anda sudah terbiasa. Bukankah itu satu-satunya pilihan yang anda ada? Rasa sakit, ia tidak sembuh dengan masa. Anda hanya mencari jalan untuk menanganinya. Untuk menangani cara yang menyakitkan dalam diri anda, untuk menanganinya dengan cukup halus sehingga tidak merasakannya lagi. Anda cuba melupakan semuanya. Tetapi dalam proses ini, semua yang anda lakukan selalu mengingatkan diri anda bahawa anda harus berusaha keras untuk membuang pemikirannya. Singkirkan cara dia memelukmu cukup dekat agar kamu dapat mendengarkan degupan jantungnya yang berirama, menyingkirkan bagaimana bibirnya yang basah meninggalkan kesan yang tetap dirimu, menyingkirkan pemikiran untuk berpelukan bersama minum teh, melupakan bagaimana dia membelai mu rambut, menghilangkan jari-jari yang terjerat; menyingkirkan bagaimana dia berusaha sedaya upaya untuk menjadikan hari anda berharga. Menyingkirkannya.

Mereka mengatakan bahawa selalu ada ruang untuk menjadi lebih baik. Tetapi bagaimana jika dia adalah yang terbaik yang pernah anda dapat? Bagaimana jika tidak ada ruang untuk sesuatu yang lebih baik sama sekali? Perbandingan dapat dilakukan dengan mudah apabila anda mempunyai rasa kesempurnaan. Kamu takut. Suka, mengapa orang itu mahu bersama anda. Mengapa mereka menyukai anda di tempat pertama? Adakah mereka akan menanggung segala amarah anda? Ikuti semua mood? Pastikan mereka berada di sana yang paling teruk? Adakah mereka akan berada di sana untuk mendengar semua keheningan ketika anda tidak mahu bercakap? Adakah mereka akan berada di sana walaupun anda tidak mahu mereka berada di sana? Dan yang paling teruk, bagaimana jika anda jatuh cinta kepadanya? Dan bagaimana jika semalam mereka memutuskan untuk meninggalkan anda dan pergi? Adakah anda dapat membiarkannya pergi dan terus bergerak? Menanggung kesakitan yang banyak?

Mereka mengatakan bahawa dia tidak bernilai untuk anda. Adakah saya bernilai kepadanya? Adakah saya layak mendapatkannya? Saya semestinya bersalah kerana dialah yang menjauhiku dari malam itu. Dialah yang memilih untuk pergi dan melupakan. Dialah yang memutuskan untuknya bahawa mungkin, mungkin saja saya tidak cukup baik. Jadi ini bermaksud bahawa saya adalah orang yang tidak layak. Saya ingin tahu bahawa apa yang saya buat, apa yang kami ada sudah cukup baik. Saya mempunyai pemikiran berterusan ini yang memberitahu saya bahawa saya adalah orang yang tidak cukup baik untuknya. Saya salah.

Mereka mengatakan bahawa anda akan melihat kembali semua ini dan menertawakan betapa naifnya anda. Adakah saya? Saya tidak naif ketika menciumnya dahulu. Saya tidak naif ketika saya berbaring di sana dengan dia di tempat tidurnya pada malam yang lain, telanjang, merasakan kehangatan terpancar dari dia; Saya tidak dewasa ketika saya menangis malam September itu memberitahunya semua yang salah dalam tuhan ini meninggalkan kehidupan sehingga dia ikut. Saya tidak naif ketika saya percaya bahawa ia adalah 'dia' dan tidak ada pemikiran kedua. Saya tidak naif ketika mengatakan bahawa saya mencintainya dengan sekuat tenaga. Lalu mengapa saya ketawa?

Mereka mengatakan bahawa jatuh cinta adalah perkara terbaik yang berlaku pada seseorang. Sekiranya sangat baik dan surgawi, mengapa ia sangat menyakitkan? Mungkin dia tidak pernah menyayangi saya. Mungkin, dia hanya jatuh cinta dengan idea untuk mencintainya. Tapi bukan saya. Saya telah jatuh cinta. Sungguh, gila dan dalam. Dan sangat menyakitkan. Sehinggakan anda merasa sukar untuk bernafas, sukar untuk berpura-pura bahawa dia tidak ada di sana, sukar untuk berpura-pura bahawa dia tidak ada. Dan anda harus berpura-pura baik-baik saja kerana anda tidak boleh mengatakan bahawa anda tidak baik-baik saja kerana orang mempunyai pandangan cinta yang dinilai tinggi ini. Ia tidak cantik. Cinta itu sukar, dan menyakitkan.

Mereka mengatakan semuanya berlaku untuk kebaikan. Saya bersama dia. Adakah itu tidak baik? Saya menghargai dia, adakah itu tidak baik? Kami adalah orang-orang luar biasa ini yang semua orang, termasuk saya, fikir akan kekal selama-lamanya Adakah itu tidak baik? Tentukan 'baik' kemudian. Kemudian mungkin dia berjalan pergi itu baik. Mungkin, dia meninggalkan saya, terdampar dan hancur dan sendirian itu baik. Mungkin dia melepaskan saya juga sebenarnya yang Terbaik.












Welcome to My Blog

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku seorang anak lelaki dari 10 orang adik beradik.. Yang paling manja dan paling selamber.. (orang sebelah panggil pun aku buat derk je..) Aku study dalam industri engineering,, amik kos air-condition dan sekarang aku kerja dalam bidang electrical..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer