Juvenile rapist dihalalkan dengan istilah MAIN KAWEN2
Besar Amanah ini :
CnP dr Watsapp Group, kita ambil pengajaran yg mungkin situasi ini pernah berlaku dimana-mana dan ada yg pernah mengalami
Baru-baru ni, di tengah2 kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki umur lingkungan 5 tahun berlari2 di ruang menunggu. Bukan berlari saja2, tapi berlari sambil mengejar punggung wanita dewasa untuk dicubit/diramas.
Parents budak tu ada di situ, hanya tertawa melihat keletah anak mereka. Memandangkan tiada siapa yg menghalang budak tu, saya terpaksa bertindak menegur budak itu, dan 'sound' parents mereka.
"Adik, adik lelaki tau. tak boleh pegang2 punggung orang perempuan mcm tu." saya cakap dengan tegas.
Dan...panjang lebar jugak saya beri parenting education kpd mak ayah budak ni.
Kenapa saya marah?
Selain kes pedophilia dan sumbang mahram, JUVENILE RAPISTS adalah satu lagi bala yg wujud di Malaysia.
Mudah kata, JUVENILE RAPISTS adalah perogol yg berumur bawah 18tahun.
MAIN KAWEN2
Lebih kurang 2 tahun lepas, ketika saya dimasukkan ke wad (sewaktu mengandung), saya sempat bersembang dgn seorang pesakit yg juga bekerja sbg guru tadika.
"Doktor kalau hantar anak pergi taska/tadika....balik kena check fizikal anak...budak2 zaman sekarang lain sikit" berdebar saya, apalah yg dia nak cerita ni.
Dia pun menceritakan pengalaman dia menjaga budak di tadika. Ada 2 beradik ni (dua2 perempuan), sorang umur 6tahun, adiknya umur 4tahun.
Satu hari, cikgu tadika ni nampak 2beradik ni & sorang lagi budak lelaki umur 6tahun main di bawah meja makan.
Si kakak suruh budak lelaki tadi buka seluar dan duduk di atas adiknya.
"Eh...buat apa ni??" cikgu tadi nak pengsan tengok kejadian tu.
"Kitorang main kawen2..." si kakak jawab, tanpa rasa takut atau bersalah.
Dengan tenang...cikgu tu duduk bersembang, untuk korek cerita dari si kakak. "Kakak, hari ni teacher hantar balik ye. nanti kakak cerita mana kakak belajar main kawen2" cikgu tu cakap.
Petang tu, si kakak cerita... dia selalu diajak 'main kawen2' dgn jiran lelaki umur 12tahun. Si kakak pun tunjuk kawasan semak tempat dia bermain....dan diceritakan juga 'step2' menjengkelkan dalam permainan tu. Saya takmau cerita lanjut.
"Lepas main, kakak selalu dapat ais krim...tapi abang A tak bagi beritau mak sbb takut mak marah"
Hal tu dimaklumkan pd mak 2beradik tu.....tapi tiada tindakan yg diambil.
____________________________________________
Dah ramai Juvenile rapists di Malaysia, terutama sekali pelajar sekolah menengah. Tak sempat utk saya ceritakan semuanya.
Cuma, hal ni tak mendapat liputan. Juvenile rapist yg paling muda saya pernah encounter berumur 6tahun (budak tadika)...kebanyakan yg lain pelajar sekolah menengah.
Sepanjang saya bekerja di Mesir dulu, tak pernah saya jumpa perkara mcm ni. Mungkin sebab budak2 di sana disibukkan dgn hafazan al-quran...dan mereka tidak terlalu terdedah dgn gajet.
Zaman sudah berubah. Anak2 kita sedang berisiko terdedah dengan perkara2 ganas & lucah di media2. Perlu kawal apa yg anak2 tonton, main dan bergaul.
Anak perempuan perlu diajar sifat malu manakala anak lelaki perlu diajar melindungi & menghormati perempuan.
Jadilah teman paling rapat dgn anak2. teman mereka bermain,bercerita, bermanja.
Maaf sekiranya post ini mengganggu mood hujung minggu anda.
Sekian.
#KAFAHatiMurni
Kredit: AyuZura Abdullah.
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~