- Jangan mengurung ayam 24 jam
- Jangan bergantung kepada dedak komersil sahaja
ayam bebas mencari makan dari sumber ciptaan Allah |
Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda untuk menjadi penternak yang berjaya:
Pagar seluruh kawasan anda supaya ayam anda tidak menceroboh ke tanah jiran dan untuk mengelakkan ayam anda dicuri dan dibaham oleh haiwan pemangsa
Amalkan konsep lepas bebas sepenuhnya atau separa bebas supaya ayam boleh hidup dengan riang gembira tanpa tekanan dan mampu berdikari mencari makanan sendiri.
Biarkan seluruh kawasan anda ditumbuhi rumput atau fauna-fauna hijau yang menyegarkan. Jangan racun kerana tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah itu sangat bermanfaat sebagai makanan ayam.
Sekali-sekala gembur-gemburlah tanah supaya tanah tidak menjadi keras dan ayam boleh makan cacing yang keluar dari tanah.
Rajin-rajinlah pergi mengutip sisa-sisa makanan dari kantin-kantin,restoran-restoran atau kedai-kedai makan sebagai makanan saguhati kepada ayam-ayam anda.
Pelbagaikan makanan ayam dari sumber-sumber percuma atau seperti hampas kelapa, jagung ‘reject’, sayur reject, buah-buahan reject,roti / biskut reject , batang pisang, batang rumbia dan sebagainya.
Untuk anak ayam yang baru menetas hingga berusia sebulan, boleh gunakan dedak awal (broiler starter) yang kaya dengan protien dan zat tambahan untuk mempercepat tumbesaran. Untuk menjimatkan kos, boleh campurkan dengan temukut dan seumpama dengannya.
Anak-anak yang berusia sebulan boleh dilepaskan untuk bagi chance depa cari makan sendiri. Pastikan keselamatan anak ayam terkawal
Info di copy dari : shawnagrofarm.wordpress.com
9 Ulasan
info yg baik....tq 4 sharing...
BalasPadamsalam..sememangny tdk blh dkurung lgsg ke aym ni?
BalasPadamsalam...
BalasPadamsaya berminat nak jadi penternak ayam kampung, bulih x tuan kiranya tuan menjadi mentor saya..?
ptjay135@yahoo.com
Boleh tuan jadi pengajar serta cikgu sy.....abc3160cdi@yahoo.com. ..berminat sngat
BalasPadamSaye menternak n menjual ayam kampung area banting/dengkil. Call 0133478363
BalasPadamTerima kasih atas maklumat. Nak share ilmu dan idea, sudilah layari www.aqilaqilahagrofarm.blogspot.com area simpang renggam, johor.
BalasPadamuntuk permulaan kurung ayam selama sebulan tujuan bagi jinak adakah boleh? mohon pencerahan
BalasPadamPengalaman saya tentang ayam kampung ni, tak perlulah sampai sebulan
BalasPadamayam tu dikurung utk tujuan menjinakkannya. Paling lambat 3 hari sahaja. Ia bergantung kepada keakraban anda dgn ayam tu. Maksudnya anda sentiasa mendekati ayam tersebut dengan keluarkan suara anda seolah2 anda sedang berkomunikasi dgn ayam tu. Pegang dan belai/usap belakangnya serta batang lehernya. Masukkan tapak tangan dicelah sayapnya dn geletek kawasan bidainya dan bila anda melepaskan ayam tu, jgn lepaskan begitu sahaja..anda pengang ekornya dalam keadaan lepas kemudian lepaskan perlahan2.
nice..
BalasPadamjust share.. ^_^ dari jenis ayam kampung, cara budidaya nya, jenis" kandangnya, penyakit dan penanggulangannya, pakat alternatif, jamu herbal, hingga resep mengolah daging ayam.. semua di rangkum disini.. bantu up ya.. jangan lupa kritik dan saran..
http://ayamkampungasli88.blogspot.com/?view=magazine
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~