La la la.... aku dah deactivate facebook aku.. brapa lame tu aku pun x tau.. tapi memang dah malas nak berfacebook dah.. aku tak mau orang terasa dengan ape yang aku buat masa berfacebook.. sebab segala yang aku buat kat facebook memang boleh membuat orang terasa.. expecially seseorang yang terlalu dekat dengan aku..
Lepasni,, aku nak cari 1 kerja yang boleh wat modal untuk aku meneruskan hidup kalau berintenet.. nak cuba dan mencuba dan terus mencuba.. bukan setiap masa aku nak mengadap computer.. just nak buat perkara berfaedah dan aku ade target untuk membuat sesuatu bila aku surfing internet..
Traffic blog aku setiap hari meningkat mendadak disebabkan post berkaitan gambar kartun pempuan yang aku letak dalam blog ni.. aku tau,, orang yang masuk kat sini hanyalah disebabkan tertarik dengan gambar yang aku pasang.. Maybe untuk kerja thesis depa,, Tapi x mengapa.. at least,, aku berkongsi sesuatu yang memang tujuannya untuk membuat orang tengok pun.. heee... i dont care..
Siapa reader tetap aku? aku ade reader tetap ke? ntah.. aku ni bukan lelaki kacak yang reti menulis kat blog.. bukan orang yang kacak @ hensem.. yang reti menulis somting berkenaan dirinya.. Hidup aku sangat x menarik dan aku sendiri pun x suka sangat nak cerita hal aku.. aku menulis bukan meminta orang masuk,, sambil meminta orang menjaga tepi kain seluar aku.. blog ini hanyalah arena untuk aku memblurkan diri,, tempat untuk aku melepaskan sesuatu yang aku x boleh lepaskan di alam nyata..
Aku menuslis entry tanpa perlu berfikir apa2 yang positif maupun negatif.. aku x perlu fikir orang nak kutuk @ menyampah tengok entry aku.. dan tujuan kedua aku tulis blog ini disebabkan ade beberapa info yang aku letakkan disini agar bende semua ini boleh dijadikan ikutan dan tauladan.. bukanlah disebabkan entry2 tentang aku..
Aku selitkan falsafah,, pantun,, gambar,, semua berkaitan dengan islam.. kerana aku nak menyebarkan fahaman islam secara halus.. tak perlu aku cari,, biar orang yang cari sendiri.. dan bila diorang dapat ape yang depa nak,, insyaallah.. dapatlah aku pahala.. sebab menerangkan something yang akhirnya boleh membuat mereka tahu keislaman..
Oklah,, lepasni,, kalau aku ade reader lah kat blog ni,, aku just nak info,, aku nak perbanyakkan entry berkaitan "Blogging Tips a.k.a Blogging tutorial" je..semua edisi Bahasa Melayu punya.. aku nak bermain dengan java script,, Html,, xml,, css.. Aku nak berkongsi ilmu aku dengan orang yang inginkan ilmu..
Wat sementara,, aku x de page untuk korang LIKE lagi,, kan aku dah deactive aku punya facebook.. heee.. jadilah aku cam bese balik... heee.. apa2 kes pun,, aku nak bantai makan dulu.. lapo wooo....
p/s : arini last day aku kerja.. aku dah berenti kerja.. ish.. aku x de kerja.. ape cite? muahahahahha... jom,, cari kerja.....!
1 Ulasan
Wow. Terasa rendah diri dengar matlamat hang tau x? All the best.
BalasPadamNote Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~