Penerapan Al-Qur'an & Kaedahnya Kepada Kaum Muslimin

Pembendaharaan Islam yang tekandung di dalam kitab-kitab tafsir,, Hadis,, fiqah dan tasawwuf sebenarnya lebih merupakan rakaman kepada realiti masyarakat dan pemerintahan Islam pada zaman keemasannya.. Tradisi kemasyarakatan dan keilmuan dan pemikiran mereka berbanding dengan sistem-sistem lain yang pernah wujud di dalam sejarah sejak dulu sampai sekarang..


Metode ke arah penerapan tersebut mestilah bermula dengan kefahaman yang menyeluruh terhada Islam,, fardu ain dan fardu kifayah,, pengetahuan asas keislaman,, aqidah,, syariah dan akhlak.. Diikuti dengan tarbiyyah iaitu mendidik umat menghayati Islam bermula dari individu,, keluarga dan masyarakat.. Menerusi ajaran al-Qur'an,, ibadat,, munakahat,, muamalat,, jenayat dan lain-lain secara beransur-ansur @ menyeluruh mengikut mana-mana yang utama sehingga aktiviti hidup mereka sam ada ibadat,, pengetahuan tubuh badan dan politik,, fikiran,, perasaan dan sikap mereka mencerminkan Islam sepenuhnya..


Seterusnya melaksanakan penghayatan Islam mereka di dalam bentuk jihad dengan menyalurkan usaha dan tindakan mereka melalui jihad ilmu,,, pelajaran,, kuasa jiwa,,  dan politik.. Kemampuan masing-masing di dalam mana-mana bidang haruslah digunakan untuk kepentingan Islam sehingga contoh Islam sentiasa bertambah dari semasa ke semasa di dalam semua bidang kehidupan untuk dicontohi oleh Muslimin dan Muslimat lainnya.. Rakaman kehidupan Islam pada zaman jayanya mestilah ditonjolkan semula di dalam bentuk yang sama,, jika tidak "pembendaharaan Islam" hanya menjadi barang antik untuk simpanan muzium @ sekadar perhiasan semata-mata..



Jalan ke arah penerapan tersebut mestilah dilakukan sama ada secara individu di dalam konteks tanggungjawab @ secara jamaah di dalam konteks masyarakat.. Kegiatan secara jamaah lebih berkesan darpada kegiatan secara perseorangan.. Bilamana ramai golongan yang mengamalkan Islam,, nescaya akan semakin terpencillah golongan yang anti-Islam @ yang tidak mahu berpegang kepada ajaran Islam..


Jamaah @ kumpulan dakwah yang berperanan menegakkan ajaran Islam mestilah  memenuhi ciri-ciri jamaah Islamiyyah yang sebenarnya sama ada dari segi konsep,, cara dan matlamat.. Tanpa memenuhi ciri-ciri tersebut,, jamaah @ kumpulan itu pasti tidak akan sampai ke mana di dalam usahanya menerapkan ajaran Islam..


Program Islamiyyah yang menggambarkan kesempurnaan Islam mestilah diusahakan pad setiap peringkat insan dan lapangan hidup.. Semua pihak hendaklah memberikan kerjasama di dalam menjayakan program tersebut tanpa sebarang kecurigaan  dan prejudis kepada mana-mana golongan.. Pendekatan dakwah,, kefahaman terhadap aliran badan-badan dakwah,, usul dakwah dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan nya sangat mustahak dikaji,, difahami  dengan baik di dalam melaksanakan program tersebut supaya ia dapat berjalan lancar dan memberikan hasil yang baik..


Ibu bapa mestilah mempastikan bahawa anak-anak mereka dapat membaca al-Qur'an.. Di rumah mereka perlu terdapat buku-buku,, kitab-kitab yang membicarakan isi kandungan al-Qur'an dan al-Sunnah.. Mereka perlu menghayati kudua-dua sumber ini dalam hubungannya dengan Allah dan berinteraksi dengan masyarakat.. Jamaah Islamiyyah pula hendaklah mengadakan kegiatan tetap seumpama Usrah dan Tamrin di dalam rangka untuk mendidik anggota-anggota mereka menghayati ajaran Islam melalui al-Qur'an dan al-Sunnah..


Bentuk pengajian tafsir di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya,, janganlah bersifat akademik semata-mata,, tetapi pengajian dan penyampaian itu haruslah menuju ke arah penghayatan al-Qur'an dan menggerakkan Muslim bertindak ke arah merealisasikan ajaran Islam di dalam hidupnya..


Hiasan ayat-ayat al-Qur'an yang tergantung di rumah-rumah mestilah diterangkan,, dihuraikan maknanya kepada anggota keluarga supaya mereka menjadi isi rumah yang bertakwa,, merasakan nikmat Allah dan perlindungan-Nya pada setiap masa lebih daripada merasakan bahawa ayat-ayat itu hanya merupakan hiasan semata-mata @ dianggap sebagai azimat dan tangkal untuk menjauhkan pencuri @ syaitan,, padahal kadang-kadang banyak kemungkaran lain bermaharajalela di dalamnya..

Catat Ulasan

0 Ulasan