Ketika Allah mencipta Adam a.s... Dia memerintahkan semua malaikat dan iblis supaya tunduk kepada makhluk yang baru itu..
"Dan ingatlah ketika Kami berpesan kepada para malaikat,, " Sujudlah kamu kepada Adam".. Maka sujudlah mereka kepada Adam kecuali Iblis,, Ia enggan dan tekbur dan adalah dalam golongan mereka yang kafir"
Surah al-Baqarah : 34
Iblis enggan dan angkuh kerana dalam urusan mematuhi perintah Allah,, ia masih mahu berdialog dengan akalnya mengenai kejadian Adam.. Sebelum itu iblis adalah Hamba Allah yang sangat kuat beribadat sehingga ia terkenal di kalangan malaikat.. Ia memprotes Allah kerana arahan tersebut.. Katanya,, " Engkau jadikan aku daripada api sedangkan Engaku jadikan dia daripada tanah...!".. Seolah-olah iblis mahu mengatakan bahawa ia daripada api tidak layak sujud kepada Adam yang diciptakan daripada bahan tanah menurut logiknya..
Peranan akal dalam masalah al-Din mestilah sudud,, patuh dan tunduk kepada Nya.. Percubaan iblis untuk menggunakan akal dalam perkara ini menyebabkan ia terkeluar dari jalan yang lurus.. Ia termasuk ke dalam golongankafir..!
Ciri-ciri iblis ini kemudiannya menjelma ke dalam diri manusia yang enggan dan angkuh kepada perintah Allah,, menjelma ke dalam diri Namrud,, Firaun,, Abu Jahal,, dan manusia yang sejenis dengannya dari zaman dahulu sehingga kini..
Mereka inilah manusia yang degil yang digambarkan oleh al-Qur'an sebagai "manusia tuli,, bisu dan buta (kerana enggan menerima kebenaran) dan mereka tidak akan kembali lagi (ke jalan yang lurus)"...
Golongan ini biasanya menolak hidayat al-Qur'an,, mempertikaikan al-Qur'an sebagai penyuluh hidup,, tidak senang terhadap gerakan dakwah yang terus menerus,, menolak Islam "far away of life" dan menyenda gurau ajaran Islam..
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "
Surah al-A'raf : 179
"Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka... Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?"
Related Posts :
- Back to Home »
- Hikmah Islamic , Pesanan Seorang Da'i »
- Manusia Di Antara Kepatuhan dan Kedegilan
