Aku terbangun lambat sikit pagi nie.. (padahal sebelum ni lagi lambat) Aku bangun pukul 6.30 pagi setelah dikejutkan dengan tabah oleh Bonda kesayangan ku.. Aku mula bangun,,, terasa lemah longlai serta kemalasan yang sangat banyak..
Tiba2 aku terfikir 2 perkara.. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Bangun lambat,, solat Qada' subuh aje.. Buat secara sengaja pulak tu.. Berdosa besar.. Aku tak takut dosa besar ke? Dan aku juga teringat,, semalam Nurul Anis kesayangan ku ada mengatakan,, kepala manusia nie telah diikat dengan 3 ikatan oleh Syaitan laknatullah.. Cara untuk buka semua ikatan itu adalah dengan mandi,, ambil wuduk dan solat subuh..
Maka dengan tergesa2,, aku mengambila tuala,, terus pergi mandi,, (alang2 mandi wajib sekali walaupun tak de keluar mani) wuduk dan solat subuh.. Maka, solat subuh aku selesai pada pukul 6.45 pagi tadi..
Bagiku amalan ku.. Sesungguhnya Solat itu boleh menghindari aku dari kefakiran dunia dan akhirat.. |
Aku dah terlalu lama hidup dalam kesenangan.. Bukan aku senang kerana harta,, tapi malas nak guna otak untuk banyak fikir.. Elok rileks je.. Tapi sekarang,, aku nak ubah.. Aku nak sentiasa melakukan amal2 ibadah yang sekiranya wajib,, cepat aku lakukan tanpa ditangguh lagi.. Sekiranya sunat,, tetap aku nak lakukan juga kerana itulah amalan pahala spare yang akan dihisab di akhirat kelak.. Dan pada masa muda nie lah aku kena prepare amalan untuk alam barzakh nanti.. Sorang2 je duduk kubur beb.. Duk sorang kat umah pun dah buat aku nak keluar cepat2,, inikan pula dalam kubur,, tak de sapa2.. Jadi aku berdoa agar amal aku diterima dan mendapat redho Allah swt..
Banyak solat2 yang aku tinggalkan dengan sengaja pada waktu sebelum2 ini,, aku nak ganti semua sekali.. Aku nak lakukan secara double standard.. Maksudnya,, bila aku setle solat wajib pada mana2 waktu subuh @ zuhur @ asar @ maghrib @ isyak,, setiap satunya aku nak solat Qada' untuk setiap waktu sekurang2 nya 1 kali.. Itu aku namakan double standard.. Sebelum nie aku dah cuba jugak.. Dapat lah tahan 2 hari je kot buat berterusan.. Tapi kali ni aku nak lebih bersungguh2 dalam mengerjakan setiap amal ibadah.. Aku nak jadi orang yang bertakwa dan penuh ketabahan dalam mengerjakan ibadah.. Aku nak termasuk dikalangan orang beriman.. Aku tak nak jadi seperti orang yang dah tahu perkara kebaikan,, tapi tak buat2 juga walaupun dia tahu benda tu baik.. Aku nak jadi orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt.. Walaupun aku ni jiwa selamber,, tapi aku juga hamba Allah sejak aku dicipta dulu kini dan selamanya...
Sekarang usia aku dah 26 tahun,, dan aku rasa masa ini memang dah lewat.. Patut dari dulu lagi aku amalkan kebaikan dalam hidup aku.. Bertaubat aku pada Tuhan,, moga diampunkan dosa aku yang lalu.. Harap aku masih belum terlambat untuk membuat amal dan meminta keredhoan dari Allah lagi..
Blup blup blup...........
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~