Touch & Go : Go Invest - Tabung Simpanan Haji

 Hi, Salam semua.

Untuk waktu sekarang, aku ada buat satu simpanan dalam touch n Go e-wallet, aku buat simpanan buat pergi haji. Lepas kira-kira, target lepas lapan tahun baru boleh kumpul RM25,000.00.. Hahaha.. Bulanan aku simpan dalam RM293.76 sahaja.. kalau 8 tahun = RM28,200.96.. Anggaran saja lah.. Aku target dalam RM25,000.00 aku nak sampaikan dalam touch n Go invest ni.. Harapnya aku buat secara berterusan simpanan ni.

Sebabnya aku pilih touch n go Invest ni disebabkan dia buat simpanan Shariah, Islam punya.. Lagi 1, dia pon macam saham juga.. Ada untung yang tak ada lah terlalu besar, tapi yang seronoknya aku hari-hari boleh nampak untung sen-sen masuk dalam akaun aku. Macam korang tengok, untung aku baru berapa hinggit aje pon, tapi daripada simpan dekat bank ke ape ke, tak nampak pon duit tu bertambah. Ini kurang-kurang nampak lah bertambah duit tu.. 

Ini gambar aku share untuk rujukan aku sendiri, selagi dia tak ada tunjuk identiti @ pon benda-benda yang tak boleh tunjuk, aku share saja lah. Hahaha.. Maybe lagi 8 tahun kalau aku panjang umur, aku baru share balik. Insyaallah berjaya.. Aku dah niat dalam hati, aku nak pergi haji..

Lagi 1, touch n go Invest ni kalau nak keluarkan, ambil masa 2 hari baru boleh keluarkan. So, tak boleh lah aku nak guna suka-suka kalau ade hal ape-ape. Insyaallah. Doakan aku ye sahabat semua.





Catat Ulasan

0 Ulasan