Archive for 02/01/2023 - 03/01/2023

Modul 1

Topik Pengecas Elektrik - Semakan kandungan sukatan pelajaran AO Pengecas Elektrik

Modul 2

Enjin Diesel - Pengenalan & gambaran keseluruhan enjin diesel asas , Jenis komponen & fungsi enjin diesel , Selenggara & servis enjin diesel , Penyelesaian masalah enjin diesel beroperasi dan Jadual penyelenggaraan rutin enjin diesel.

Modul 3

Penjana AC - Pengenalan & gambaran keseluruhan prinsip asas penjana A.C, Jenis komponen dalam sistem penjana A.C, Jenis sistem penjana A.C berfungsi, Sistem penjana A.C Operasi dan penyelenggaraan rutin komponen penjana.

Modul 4

Penjana A.C siap sedia - Teori penjana siap sedia, Pelan susun atur dengan cetak biru dan gambar rajah skema, Menetap dan mengendalikan papan A.M.F dan set penjana siap sedia, Sistem Perlindungan Elektrik, Jenis kaedah ujian dan pemerhatian, Set analisis dan output- ke atas, Urutan bekalan TNB , penjana A.C dan sistem U.P.S serta kerja rutin Penyelenggaraan dan servis.

Modul 5

Menyegerakkan sistem penjana ac - Pengenalan & gambaran keseluruhan penyegerakan, Mengendalikan penyegerakan penjana A.C, Menganalisis dan menyediakan output, Menyelenggara dan menservis papan panel penyegerakan dan Penyelenggaraan Laluan dan jadual laporan harian.

Modul 6

Sistem Talian Atas - Pengenalan & gambaran keseluruhan sistem Talian Atas L.V, Reka Bentuk dan Pasang Sistem lampu jalan, Reka bentuk dan Amalan sistem Talian atas L.V komponen, Menguruskan pelaksanaan sistem overhed L.V dan sistem bawah tanah, Pelan susun atur / gambar rajah litar skematik dan Kaitkan Peraturan Keselamatan dengan kerja rutin harian.



 PENGGUNAAN TANGGA


Tangga sangat penting dalam kerja-kerja talian atas (overhead). Walaupun ada juga yang menggunakan mesin angkat atau Skylift, tangga lebih murah dan telah diamalkan sekian lama dan lebih selamat jika teknik dan cara yang betul digunakan.




Tangga perlu dinaikan pada paras dimana kerja akan dilakukan. Kedudukan tangga mestilah kukuh.
 
Gambar 1: Gambaran kedudukan tangga pada tiang

MENDIRIKAN TANGGA

Tangga boleh didirikan secara menegak atau secara mendatar. Tangga hendaklah didirikan oleh 2 orang. Seorang menolak (dirikan) tangga dan seorang lagi menahan tangga (menggunakan kaki).

 
Gambar 2: Tangga yang didirikan secara menegak/mendatar

Untuk mendirikan tangga, seorang yang menolak tangga mestilah bergerak kehadapan menuju rakan yang menahan tangga.

 
Gambar 3: Mendirikan tangga

KEDUDUKAN SEMASA MENAIKI TANGGA

Semasa menaiki tangga dan semasa melakukan kerja, seorang rakan adalah wajib menahan atau memegang tangga dari bawah bagi mengelakan tangga jatuh.

 
Gambar 4:  Menahan tangga semasa menaiki tangga

LILITAN TALI DI TANGGA PADA TIANG

Setelah sampai pada kedudukan melakukan kerja di atas tangga, tangga perlu diikat pada tiang bagi mengurangkan risiko tiang tumbang. Sebelum mengikat tali keselamatan tersebut, tali pinggang keselamatan abah-abah (harness) perlu dililit sementara tali keselamatan yang sebenar diikat pada tiang.

 
Gambar 5: Lilitan tali abah-abah pada tiang

Teknik ikatan tali pada tiang adalah seperti berikut:

Langkah 1 - Ukur panjang tali kepada 4 hasta, kemudian ikut langkah-langkah bagi mengikat tali pada tangga di tiang.

Langkah 2 -
 
 Langkah 3 -


Langkah 4 -


Langkah 5 -


Langkah 6 -




Dan hasilnya adalah seperti berikut:-

 
Gambar 6: Lilitan tali keselamatan pada tangga di tiang (anggap kabel sebagai anak tangga)

TALIAN ATAS - SIMPAI TERUS

Posted by Selamber.org
Tag :

 Simpai Terus merupakan teknik ikatan kabel talian atas pada penebat belenggu bagi tiang elektrik yang berada di tengah antara tiang lain selagi kabel cukup panjang. Jika panjang kabel tidak mencukupi, boleh dilakukan Simpai Tamatan. 


 
Gambar 1: Simpai Terus (yang bulat itu adalah Penebat Belenggu)


Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Simpai Terus:
(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Penebat Belenggu
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir
Langkah-langkah lilitan untuk simpai terus:

Langkah 1: Lilit dawai pada pengalir aluminium 16 lilitan.

Langkah 2:  Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 3:  Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 4: Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir  6  lilitan.

Langkah 5: Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir  6  lilitan.

Langkah 6: Potong lebihan dawai pada hujung dawai A dan B.
 
Inilah gambar-gambar ketika latihan simpai terus...



 









Dan inilah hasilnya selepas kemasan...



TALIAN ATAS - SIMPAI SUDUT

Posted by Selamber.org
Tag :

 Simpai Sudut biasanya dilakukan pada tiang yang berada di tengah tetapi bersudut antara tiang yang lain. Cara lilitannya hampir sama dengan Simpai Terus tetapi lain dari segi lilitan permulaan.


 
Gambar 1: Simpai sudut


Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Simpai Sudut:
(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Penebat Belenggu
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir

Langkah-langkah membuat simpai sudut:

Langkah 1: Mula dawai pada pengalir aluminium bersilang (A atas, B bawah).

Langkah 2: Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 3: Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.

Langkah 4: Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir  6  lilitan.

Langkah 5: Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir  6  lilitan.

Langkah 6: Potong lebihan dawai pada hujung dawai A dan B.
Gambar-gambar semasa kerja simpai sudut...
Lilitan simpai sudut yang dibuat pada pengalir lurus... 



Beginilah hasilnya...

 
Credit to : http://elektrikaldanaircon.blogspot.com/2013/04/talian-atas-simpai-sudut.html

TALIAN ATAS - SIMPAI TAMATAN

Posted by Selamber.org
Tag :

 Simpai Tamatan dilakukan pada penghujung tiang atau tiang yang berada di tengah jika kabel tidak mencukupi, sebab yang mungkin panjang kabel dalam 1 drum adalah hanya lebih kurang 500m sahaja.


 
Gambar 1: Simpai Tamatan


Membuat simpai tamatan adalah lebih sukar berbanding simpai terus dan simpai sudut. Untuk membuat simpai ini memerlukan tenaga yang banyak untuk membengkokkan pengalir aluminium. Biasanya semasa latihan saiz pengalir aluminium yang digunakan adalah 50mm2 tetapi semasa ujian atau keadaan sebenar adalah 100mm2.

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Simpai Tamatan:
(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Penebat Belenggu
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir

Langkah-langkah membuat simpai tamatan:

Langkah 1: Bengkok pengalir menjadi 90 darjah (dua bahagian) Pastikan panjang antara bengkokan adalah sama dengan lilitan bulatan Penebat Belenggu.
 


Langkah 2: Bengkok pengalir supaya menjadi lengkungan berbentuk C.



Langkah 3: Rapatkan kedua-dua bahagian pengalir A dan B. Ikatkan dengan dawai supaya tidak terbuka.

 


Langkah 4: Mula lilit dawai pada kedudukan seperti gambarajah di bawah.



Langkah 5: Lilit dawai seperti gambarajah 1. Guna besi perapat untuk merapatkan kedudukan antara dawai. Potong dawai dan pengalir yang berlebihan di bahagian hujung. Pintal dawai akhir di hujung dengan kemas.

Langkah 6: Bengkokkan dawai pengalir 45 darjah seperti dalam Gambar 1 dan habiskan lilitan pada jarak yang bersesuaian kemudian pintal dawai pengalir di hujung sudut tersebut.

TALIAN ATAS - SAMBAT DIDAL

Posted by Selamber.org
Tag :

 Sambat Didal adalah sejenis ikatan yang dipasang untuk membuat Umbang. Umbang berfungsi untuk mengimbangi daya-daya yang dihasilkan oleh tegangan dawai pengalir dan daya tiupan angin supaya tiang sentiasa tegak. Sambat Didal adalah sebahagian daripada bahagian Umbang.

 
Gambar 1: Sambat Didal


Dengan kata lain umbang hanyalah penyokong tiang...bukan sistem pembumian (earthing)...
 
Gambar 2: Umbang (dalam kawasan latihan)

Tapi ada juga tiang tambahan dipasang condong digunakan untuk menjadi penyokong kepada tiang elektrik...

Kerja-kerja Sambat Didal ni kerja berat...kalau ladies yang buat memang boleh menangis dan akan mengambil masa yang lama...yang lelaki pulak semua nak tunjuk hebat...


Peralatan dan bahan yang diperlukan:
(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Didal
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir
Langkah-langkah membuat sambat didal:-

Langkah 1: Bengkokkan dawai pengalir 90°.

Langkah 2: Bengkokkan lagi dawai pengalir 90°. Pastikan jarak antara sudut adalah panjang lilitan dalaman didal.

Langkah 3: Bengkokkan dawai pengalir yang berada diantara dua sudut 90°. Bengkok sehingga kedua-dua penjuru sudut 90° bertemu.
 

 


Langkah 4: Ceraikan dawai pengalir (hujung) satu per satu untuk melilit dawai pengalir menggunakan besi perapat mengikut kiraan lilitan yang betul.

Langkah 5: Potong dawai pengalir lilitan yang berlebihan.

Langkah 6: Ulang langkah 4 dan 5 mengikut bilangan lilitan yang betul.

Welcome to My Blog

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku seorang anak lelaki dari 10 orang adik beradik.. Yang paling manja dan paling selamber.. (orang sebelah panggil pun aku buat derk je..) Aku study dalam industri engineering,, amik kos air-condition dan sekarang aku kerja dalam bidang electrical..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer