Simpai Tamatan dilakukan pada penghujung tiang atau tiang yang berada di tengah jika kabel tidak mencukupi, sebab yang mungkin panjang kabel dalam 1 drum adalah hanya lebih kurang 500m sahaja.
Gambar 1: Simpai Tamatan
Membuat simpai tamatan adalah lebih sukar berbanding simpai terus dan simpai sudut. Untuk membuat simpai ini memerlukan tenaga yang banyak untuk membengkokkan pengalir aluminium. Biasanya semasa latihan saiz pengalir aluminium yang digunakan adalah 50mm2 tetapi semasa ujian atau keadaan sebenar adalah 100mm2.
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Simpai Tamatan:
(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Penebat Belenggu
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir
Langkah-langkah membuat simpai tamatan:
Langkah 1: Bengkok pengalir menjadi 90 darjah (dua bahagian) Pastikan panjang antara bengkokan adalah sama dengan lilitan bulatan Penebat Belenggu.
Langkah 2: Bengkok pengalir supaya menjadi lengkungan berbentuk C.
Langkah 3: Rapatkan kedua-dua bahagian pengalir A dan B. Ikatkan dengan dawai supaya tidak terbuka.
Langkah 4: Mula lilit dawai pada kedudukan seperti gambarajah di bawah.
Langkah 5: Lilit dawai seperti gambarajah 1. Guna besi perapat untuk merapatkan kedudukan antara dawai. Potong dawai dan pengalir yang berlebihan di bahagian hujung. Pintal dawai akhir di hujung dengan kemas.
Langkah 6: Bengkokkan dawai pengalir 45 darjah seperti dalam Gambar 1 dan habiskan lilitan pada jarak yang bersesuaian kemudian pintal dawai pengalir di hujung sudut tersebut.
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~