![]() |
| Muslimah bertudung |
![]() |
| Muslimah berpayung |
![]() |
| Muslimah sayap rama-rama |
![]() |
| Muslimah tersenyum riang |
![]() |
| Muslimah Japan |
![]() |
| Muslimah love |
![]() |
| Muslimah Bunga Sakura |
![]() |
| Muslimah Putih |
![]() |
| Muslimah yang cantik |
![]() |
| Cantiknya muslimah ini.... |
![]() |
| Tiga Muslimah bersaudara |
![]() |
| Muslimah bidadari |
![]() |
| Purdah muslimah |
![]() |
| Ape ni??? |
![]() |
| Muslimah bergambar |
![]() |
| Muslimah buah |
![]() |
| Muslimah cute |
![]() |
| Muslimah cantik |
![]() |
| Muslimah manis |
![]() |
| Muslimah ayu |
![]() |
| Muslimah anggun |
![]() |
| Muslimah segar.. |
![]() |
| Mak bapak muslimah |
![]() |
| Cute dan biru...... |
![]() |
| Reka design sama-sama.. |
![]() |
| Muslimah berkahwin |
![]() |
| ???? |
![]() |
| Mahligai muslimah |
![]() |
| Musafir muslimah |
![]() |
| Lain macam muslimah nie.. |
![]() |
| Sape la yang buat muslimah nie.. |
![]() |
| Cute sungguh lah.. |
![]() |
| Telinga ada bunga.. |
![]() |
| Mekarnya bersama muslimah.. |
![]() |
| Di mana sahaja muslimah berada.. |
![]() |
| Tetap berada di atiku.. |
![]() |
| Cantik dan sedap mata memandang.. |
![]() |
| er....rahsia muslimah... |
![]() |
| Muslimah manis.. |
![]() |
| Kupu kupu muslimah.. |
Di antara amalan² pada hari arafah:
1.puasa pada hari arafah(hadith muslim)
2.menjaga pancaindera dari apa² yg di haramkan pada hari itu.
Nabi s.a.w bersabda: "hari arafah adalah hari ampunan bagi yg mampu menjaga pendengaran,penglihatan & lisannya"(musnad ahmad di daifkan oleh syiekh syu'aib al-arna'uth)
3.memperbanyakkan ucapan kalimat syahadat dengan ikhlas & benar,kerana tauhid adalah dasar agama yg telah Allah sempurnakan pada hari arafah.
"doa yg paling banyak di baca oleh Nabi s.a.w pada hari arafah ialah,' la ila ha illahu wahdahula syarikala....(hingga akhir ucapan)."
-musnad ahmad hasan lighairihi & jami at-tirmidzi dengan lafaz sedikit berbeza-
4.banyak berdoa untuk di ampuni & di bebaskan dari neraka kerana di harapkan doa akan di kabulkan saat itu.
ibnu abi dun-ya meriwayatkan dari Ali,ia berkata,"tiada hari yg berlalu di dunia,kecuali Allah membebaskan beberapa hamba-Nya dari neraka & tidak ada hari yg Allah bebaskan hamban-Nya lebih banyak daripada hari arafah.oleh itu,perbanyakkan kalian mengucap,'Ya Allah,bebaskan diriku dari api neraka,kurniakan rezki yg halal kepadaku & jauhkanlah mausia & jin yg jahat dariku', kerana ini adalah doa yg umum pada hari itu."
sumber 📓Latho-if Al Ma’arif karya 📝imam ibn Rajab al-hanbali
Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"
"Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."
"HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"
"Kan kami nie pemain simpanan...".
Di sebuah kampung ada seorang duda tua tinggal berdekatan dgn seorang janda yang juga tua. Satu petang si duda duduk di bawah pokok merenung ke arah rumah si janda.
Si janda perasan dan datang menegur si duda, "Pak Uda oii, ape yang di menungkan tu?" Pak Uda tunduk lalu menjawab, "Ada perkara aku nak tanya kau ni Mak Jan."
Pak Uda merenung Mak Jan dan dengan kekuatan yang ada sambungnya, "Aku teringin nak berbinikan kau, sudi tak?". Mak Jan tersenyum dan menjawab, "Sudi."
Kemudiannya, Mak Jan & Pak Uda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.
Pada malam itu, Pak Uda gelisah. Dia tak ingat jawapan Mak Jan ptg tadi. Lantas, dia telefon dan bertanya sekali lagi.
"Hello, Mak Jan. Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklum la dah tua mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau sudikah kau berkahwin dengan aku, apa yang kau jawab?"
Mendengar nama Pak Uda, Mak Jan jawab, "Aku jawab sudi dan ikhlas dari hati. Nasib baik kau telepon aku. Aku pun sebenonya lupe sape yang ajak aku kawin petang tadi".
Benarlah bila orang berkata...hijrah itu sebenarnya mudah.
Istiqomah itu yang susah.
Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.
Mengejutkan?
Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui.
Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia.
Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat...daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.
Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik.
Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc.
Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.
Fokuskan pada yang positif.
Fokuskan pada yang membina.
Fokuskan pada yang ikhlas.
Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.
Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya.
Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya.
Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang.
Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf.
Tetapi itulah manusia.
Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah...bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT.
Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow.
Lebih baik perlahan tetapi istiqomah...daripada laju tetapi cepat mengalah.
Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah...bertaubatlah.
Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu.
Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
Daripada bekas model P*****y ini.
Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah.
Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.
BERTAUBAT DAN MENGULANGI DOSA
Ramai insan bertaubat, tetapi mengulangi dosa yang dia bertaubat daripadanya. Hingga akhirnya insan berasa lelah untuk bertaubat, kerana merasakan taubatnya itu sia-sia.
Boleh jadi hadis di bawah akan menjawab persoalan yang sering menghantui diri kita.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،
Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: Ya tuhan, aku telah berdosa. Ampuni diri ku. Lalu Allah menjawab: Adakah hamba ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba ku.
ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ،
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku.
ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 6976]
Al-Imam An-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata:
وَأَنَّهُ لَوْ تَكَرَّرَ الذَّنْبُ مِائَةَ مَرَّةٍ أَوْ أَلْفَ مَرَّةٍ أَوْ أَكْثَرَ ، وَتَابَ فِي كُلِّ مَرَّةٍ ، قُبِلَتْ تَوْبَتُهُ ، وَسَقَطَتْ ذُنُوبُهُ ، .
Seandainya seseorang mengulangi dosanya sebanyak seratus kali, atau seribu kali atau lebih daripada itu, lalu dia bertaubat untuk setiap kali dosa itu dilakukan, maka taubatnya diterima, diampuni dosa-dosanya.
وَلَوْ تَابَ عَنِ الْجَمِيعِ تَوْبَةً وَاحِدَةً بَعْدَ جَمِيعِهَا صَحَّتْ تَوْبَتُهُ
Seandainya dia bertaubat daripada semua dosanya dengan satu taubat. Maka sahlah taubatnya.
قَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ لِلَّذِي تَكَرَّرَ ذَنْبُهُ : ( اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ ) مَعْنَاهُ : مَا دُمْتَ تُذْنِبُ ثُمَّ تَتُوبُ غَفَرْتُ لَكَ
Firman Allah kepada orang yang mengulangi dosa: (Lakukanlah apa yang engkau kehendaki, sesungguhnya aku telah mengampuni engkau) bermaksud: Selagi mana engkau berdosa dan bertaubat, aku akan mengampuni engkau.
Tetapi timbul persoalan, bukankah Al-Imam An-Nawawi sendiri menyenaraikan dalam Riadussolihin dalam bab taubat, 3 syarat untuk taubat diterima iaitu:
Pertama: Meninggalkan maksiat itu
Kedua: Menyesal kerana melakukan maksiat itu
Ketiga: Berazam untuk tidak mengulanginya.
Perlu kita bezakan manusia yang berazam meninggalkan maksiat, tetapi selepas bertaubat, dia terjerumus ke dalam maksiat, dengan manusia kedua yang ketika melafazkan taubat, sudah terniat dihatinya selepas ini aku akan ulangi maksiat ini.
Manusia yang pertama Insya-Allah, taubatnya diterima, sedangkan manusia yang kedua hakikatnya belum lagi bertaubat kerana bertaubat itu mesti disertai azam meninggalkan maksiat dan tidak mahu mengulanginya.
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari menukilkan kalam Al-Imam Al-Qurthubi berkaitan hal ini:
يَدُلُّ هَذَا الْحَدِيثُ عَلَى عَظِيمِ فَائِدَةِ الِاسْتِغْفَارِ وَعَلَى عَظِيمِ فَضْلِ اللَّهِ وَسَعَةِ رَحْمَتِهِ وَحِلْمِهِ وَكَرَمِهِ ؛ لَكِنَّ هَذَا الِاسْتِغْفَارُ هُوَ الَّذِي ثَبَتَ مَعْنَاهُ فِي الْقَلْبِ مُقَارِنًا لِلِّسَانِ لِيَنْحَلَّ بِهِ عَقْدُ الْإِصْرَارِ وَيَحْصُلَ مَعَهُ النَّدَمُ فَهُوَ تَرْجَمَةٌ لِلتَّوْبَةِ
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar yang mana hatinya mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk meninggalkan maksiat, dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah maksud taubat.
Kata beliau lagi:
وَمَعْنَاهُ الَّذِي يَتَكَرَّرُ مِنْهُ الذَّنْبُ وَالتَّوْبَةُ فَكُلَّمَا وَقَعَ فِي الذَّنْبِ عَادَ إِلَى التَّوْبَةِ لَا مَنْ قَالَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ بِلِسَانِهِ وَقَلْبُهُ مُصِرٌّ عَلَى تِلْكَ الْمَعْصِيَةِ
Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat. Setiap kali terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud sesiapa yang lisannya memohon keampunan Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.
Masih belum terlambat. Bertaubatlah! Allah tahu usaha taubat kita! Allah tahu isi hati kita! Allah tahu tangisan hati kita yang sedih kerana mengulangi dosa yang sudah diusahakan untuk ditinggalkan. Jangan berputus asa dari rahmat Allah!
--> 'Like' tulisan dan klik 'share' jika anda rasakan ia bermanfaat kepada kita semua.
--> Mohd Masri Mohd Ramli adalah page yang akan digunakan untuk berkongsi ilmu sekadar yang penulis tahu insya-Allah. Sila 'like' dan sebarkan page ini jika anda rasa ia bermanfaat.
*```KITA TAK NAMPAK ALLAH```*
*```Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita..
Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita..
Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita..
Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita..
Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita..
Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu..
Kita tak nampak ALLAH.```*
*Bila kita diuji Allah dengan sedikit kesusahan dan musibah, kita menyalahkan orang di sekeliling kita, engkau lah penyebabnya, engkau dan engkau. Kita tidak pernah melihat diri kita.
Kita tidak pernah nampak ianya dari Allah*'''
*Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin..
Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*
*Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH.
Assalamualaikum & Selamat Pagi..Sahabat..
Masuk 1 sep nanti.. segala message drp whsap kita akan secara automatik masuk terpapar dlm FB kita.. so sesape yg add kita akan tau ler ape yg kita antor whsap... 😰
Rakan2 semua utk pengetahuan facebook dah beli wasap.. jadi utk mengelak drp fb berkongsimaklumat dr wasap kita... lakukan langkah2 berikut dia beri tempoh dlm 30 hari ja lepas tu selama2nya wasap kita dikongsi fb
*SEGERA*
1. Buka Whatsapp.
2. Click pada Settings
3. Click pada Account
4. Anda akan nampak 'Share My Account'.
5.Baca di bawahnya anda akan dapat lihat bahawa semua maklumat anda dalam whatsapp akan dikongsi di facebook.
6. Cepat2 switch off fungsi tersebut
7. Anda hanya ada 30 hari untuk tidak mengaktifkan fungsi ini
Melainkan anda mahu semua maklumat whatsapp anda dikongsikan di facebook!
*JANGAN ABAIKAN*
[ Share ]
Juvenile rapist dihalalkan dengan istilah MAIN KAWEN2
Besar Amanah ini :
CnP dr Watsapp Group, kita ambil pengajaran yg mungkin situasi ini pernah berlaku dimana-mana dan ada yg pernah mengalami
Baru-baru ni, di tengah2 kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki umur lingkungan 5 tahun berlari2 di ruang menunggu. Bukan berlari saja2, tapi berlari sambil mengejar punggung wanita dewasa untuk dicubit/diramas.
Parents budak tu ada di situ, hanya tertawa melihat keletah anak mereka. Memandangkan tiada siapa yg menghalang budak tu, saya terpaksa bertindak menegur budak itu, dan 'sound' parents mereka.
"Adik, adik lelaki tau. tak boleh pegang2 punggung orang perempuan mcm tu." saya cakap dengan tegas.
Dan...panjang lebar jugak saya beri parenting education kpd mak ayah budak ni.
Kenapa saya marah?
Selain kes pedophilia dan sumbang mahram, JUVENILE RAPISTS adalah satu lagi bala yg wujud di Malaysia.
Mudah kata, JUVENILE RAPISTS adalah perogol yg berumur bawah 18tahun.
MAIN KAWEN2
Lebih kurang 2 tahun lepas, ketika saya dimasukkan ke wad (sewaktu mengandung), saya sempat bersembang dgn seorang pesakit yg juga bekerja sbg guru tadika.
"Doktor kalau hantar anak pergi taska/tadika....balik kena check fizikal anak...budak2 zaman sekarang lain sikit" berdebar saya, apalah yg dia nak cerita ni.
Dia pun menceritakan pengalaman dia menjaga budak di tadika. Ada 2 beradik ni (dua2 perempuan), sorang umur 6tahun, adiknya umur 4tahun.
Satu hari, cikgu tadika ni nampak 2beradik ni & sorang lagi budak lelaki umur 6tahun main di bawah meja makan.
Si kakak suruh budak lelaki tadi buka seluar dan duduk di atas adiknya.
"Eh...buat apa ni??" cikgu tadi nak pengsan tengok kejadian tu.
"Kitorang main kawen2..." si kakak jawab, tanpa rasa takut atau bersalah.
Dengan tenang...cikgu tu duduk bersembang, untuk korek cerita dari si kakak. "Kakak, hari ni teacher hantar balik ye. nanti kakak cerita mana kakak belajar main kawen2" cikgu tu cakap.
Petang tu, si kakak cerita... dia selalu diajak 'main kawen2' dgn jiran lelaki umur 12tahun. Si kakak pun tunjuk kawasan semak tempat dia bermain....dan diceritakan juga 'step2' menjengkelkan dalam permainan tu. Saya takmau cerita lanjut.
"Lepas main, kakak selalu dapat ais krim...tapi abang A tak bagi beritau mak sbb takut mak marah"
Hal tu dimaklumkan pd mak 2beradik tu.....tapi tiada tindakan yg diambil.
____________________________________________
Dah ramai Juvenile rapists di Malaysia, terutama sekali pelajar sekolah menengah. Tak sempat utk saya ceritakan semuanya.
Cuma, hal ni tak mendapat liputan. Juvenile rapist yg paling muda saya pernah encounter berumur 6tahun (budak tadika)...kebanyakan yg lain pelajar sekolah menengah.
Sepanjang saya bekerja di Mesir dulu, tak pernah saya jumpa perkara mcm ni. Mungkin sebab budak2 di sana disibukkan dgn hafazan al-quran...dan mereka tidak terlalu terdedah dgn gajet.
Zaman sudah berubah. Anak2 kita sedang berisiko terdedah dengan perkara2 ganas & lucah di media2. Perlu kawal apa yg anak2 tonton, main dan bergaul.
Anak perempuan perlu diajar sifat malu manakala anak lelaki perlu diajar melindungi & menghormati perempuan.
Jadilah teman paling rapat dgn anak2. teman mereka bermain,bercerita, bermanja.
Maaf sekiranya post ini mengganggu mood hujung minggu anda.
Sekian.
#KAFAHatiMurni
Kredit: AyuZura Abdullah.
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
_(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)_













































































































































