Memaparkan catatan dengan label Fadhilat Bulan Rejab. Papar semua catatan


24... Siapa bersedekah pada bulan rejab seperti sedekah seribu dinar,,, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasad-nya seribu kebajikan,, diangkat seribu darjat,, dihapus seribu kejahatan... (al-hadis)
25... Tiap sehari puasanya pada bulan rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah... Dibina seribu mahligai,, seribu blikik dan seribu bidadari,, seribu kali lebih cantik dari matahari kerana keistimewaan bulan rejab,, bulan Allah swt... (al-hadis)
26... bersedekah pada bulan rejab,, "Dijauhkan Allah daripada api neraka,, kerana kemuliaan bulan rejab,, bulan Allah..." (al-hadis)
27... Allah jadikan di belakang bukit "Jabal Ka'f",, bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji2 berhimpun pada tiap malam rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad saw.. Allah menjawab,, "Telah aku ampunkan mereka....!".... (al-hadis)
28... Barangsiapa meminta ampun (beristigfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali @ 100 kali pada bulan rejab,, "Diharamkan tubuhnya dari api neraka.."
29... Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan rejab,, Allah berseru kepadanya.... "Telah wajib hak -mu atas-Ku,, maka mintalah oleh-mu kepada-Ku.. Demi Ketinggian-Ku dan Kebesaran-Ku,, tiada Aku tolakkan hajat-mu.. Engkau adalah jiran-Ku bi bawah Arasy'-Ku,, engkau kekasih-Ku daripada segala mahluk-Ku,, engkau terlebih mulia atas-Ku... Sukakanlah kamu,, tiada dinding antara-Ku dan antara engkau..." (al-hadis)
30... Puasa pada hari ke 27 bulan rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.. Jika disertai dengan sedekah,, sama seperti puasa seribu tahun... (kerana kebesaran hari Isra' Mi'raj... (al-hadis)
31... Siapa melapangkan kekeruhan (masalah),, kesusahan orang Mukmin pada bulan rejab,, dikurniakan Allah kepada-nya mahligai yang besar di Syurga Firdaus... (al-hadis)
32... Siapa berpuasa 3 hari pada bulan rejab dan beribadat pada malam-nya (berjaga malam),, seperti dia berpuasa 3,000 tahun,,, di ampunkan bagi-nya 70 dosa2 besar tiap2 hari,, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa-nya daripada jasad-nya,,, 70 hajat di dalam kubur-nya,, 70 hajat ketika Al-Qur'an dinaikkan ke langit,, 70 hajat ketika di timbang amalan-nya,, 70 hajat ketika melalui titi Siratul Mustaqim... (al-hadis)
33... Rejab ertinya "Ta'zim" (kebesaran,, keagungan,, kemuliaan).. Kerana keagungan,, kebesaran dan kemulian bulan rejab itu,, maka Allah swt limpahkan rahmat-Nya,, kemurahan-Nya dan kebajikan-Nya terhadap hamba2-Nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan rejab yang berpuasa pada siang-Nya dan beribadat pada malam-Nya... Demikianlah keistimewaan-Nya dan keagungan-Nya bulan rejab itu yang dinamakan dengan Syahrullahi (Bulan Allah) 

...............Rahmat...............

Diantara rahmat Allah swt yang terbesar dikurniaka kepada hamba-Nya ialah dengan ditambahkan amalan2 seperti berpuasa pada siang-Nya dan mengerjakan sembahyang2 sunat setelah menunaikan solat wajib yang tertentu dan banyak berzikir dan bertasbih,, berselawat,, membaca al-Qur'an,, beristigfar,, mohon keampunan atas dosa2-nya yang telah lalu dan pada malam-Nya berjaga malam atau bangun di tengah malam sembahyang sunat tahajud,, sembahyang sunat tasbih,, berzikir,, beristigfar,, bertasbih,, berselawat,, membaca al-Qur'an berdoa dan sebagainya... Pada bulan rejab inilah dilipat gandakan pahala-nya,, dilipatkgandakan keampunan dosa2-nya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari Allah swt,, diangkat darjat keimanan oleh Allah di dunia,, dan diangkat darjat yang tinggi bagi-nya di dalam syurga di akhirat kelak.. Sungguh beruntung sekali bagi hamba2-Nya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba2 memperbanyakkan amal ibadat dalam hidup-nya.. Sungguh 1 rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hamba-Nya dengan mendapat keredhoan-Nya yang besar dan rugilah orang2 yang ketinggalan dalam mengerjakan ibadat...! Rahmat yang boleh melepaskan kita daripada azab api neraka dan menempatkan kita ke dalam syurga Allah swt... 

...................Pemurah....................

Begitu sekali pemurah-Nya dan baik-Nya Allah kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh kepada-Nya dengan balasan pahala-Nya yang begitu banyak sekali,,, dan diangkat darjat-Nya yang tinggi di dalam syurga,, dengan mudah-Nya diberi keampunan dan taubat yang begitu banyak pula.. Sungguh pemurah-Nya dan baik-Nya Allah swt terhadap hambanya pada bulan yang mulia ini...

.......................Kebajikan..................

Sungguh bulan rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hamba-Nya... Bulan yang diperintahkan supaya banyak berbuat amal kebajikan pada-Nya,, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat,, sembahyang fardu dan sembahyang sunat,, bulan diperbanyakkan beristigfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat Allah swt,, berzikir,, bertasbih,, berselawat,, berdoa,, bersedekah dan segala rupa kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan Allah dan rasul-Nya.. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas,, dan sangat besar pula anugerahnya... Sangat banyak pemberian Allah dan banyak pula hamba-Nya berlumba2 memenuhi amalan-Nya...

Firmannya,,,,,,,,,,
 Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
(Al-Bayyinah 98:7)

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
(Al-Bayyinah 98:8)
Banyak terdapat kelebihan bulan rejab yang disebutkan dalam kitab.. Tetapi yang dapat aku petik cuma sedikit daripadanya.. Antaranya..................

1... Sabda Nabi saw : Hendaklah kamu muliakan bulan rejab,, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Kiamat.. (al-hadis)
2... Sabda Nabi saw : Bulan rejab bulan Allah,, bulan sya'ban bulan-ku dan bulan ramadan bulan umat-ku... (al-hadis)
3... Kemuliaan bulan rejab dengan malam isra' mi'raj-nya sya'ban dengan malam nifsu-nya dan ramadan dengan lailatul qadar-nya...
4... Waktu malam awal rejab sangat mustajab doa-nya.. (riwayat imam nawawi)
5... Puasa 1 hari pada bulan rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus),,, puasa 2 hari pula akan dilipat gandakan pahala-nya... (al-hadis)
6... Puasa 3 hari pada bulan rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka.. (Panjangnya SETAHUN perjalanan)... (al-hadis)
7... Puasa 4 hari pada bulan rejab akan di hindarkan daripada bala' dan daripada penyakit yang besar2,, dan daripada fitnah dajal di hari kiamat.. (al-hadis)
8... Puasa 5 hari pada bulan rejab,, aman daripada azab kubur.. Puasa 6 hari,, apabila keluar dari kubur,, bercahaya mukanya... (al-hadis)
9... Puasa 7 hari pada bulan rejab,, ditutup baginya 7 pintu neraka...(al-hadis)
10... Puasa 8 hari pada bulan rejab,, dibukan baginya de-8 pintu pintu syurga.. (al-hadis)
11... Puasa 9  hari pada bulan rejab,, keluar dari kubur-nya menyeru Lailahaillallah,, tidak akan ditolak dia agar masuk ke syurga... (al-hadis)
12... Puasa 10 hari pada bulan rejab,, Allah jadikan baginya tempat perhentian di titi Siratul Mustaqim pada tiap2 1 batu.. (al-hadis)
13... Puasa 16 hari pada bulan rejab,, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga... (al-hadis)
14... Puasa 19 hari pada bulan rejab,, "Dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Adam..." (al-hadis)
15... Puasa 20 hari di bulan rejab,, "Diampunkan dosa2nya yang telah lalu.. Maka,, mulailah beramal sepenuhnya dan lakukan amalan yang tidak dibuat sebelum itu..." (al-hadis)
16... Berkata Saidina Ali..............
Puasa rejab 13 hari seumpama ia telah berpuasa 3,000 tahun..
Puasa rejab 14 hari seumpama ia telah berpuasa 10,000 tahun..
Puasa rejab 15 hari seumpama ia telah berpuasa 100,000 tahun
17... Kelebihan bulan rejab dari segala bulan sama seperti kelebihan al-Qur'an ke atas seluruh Qa'lam..
18... Puasa 1 hari pada bulan rejab seperti ia telah berpuasa 40 tahun,, dan diberi minum air daripada syurga... (al-hadis)
19... Puasa 10 hari pada bulan rejab,, "Dijadikan ia 2 sayap,, terbang seperti kilat diatas titi Siratul Mustaqim di hari Kiamat... (al-hadis)
20... Puasa 1 hari pada bulan rejab seperti telah mengerjakan ibadat seumur hidup-nya.... (al-hadis)
Berseru dari langit.....................
"Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar....! Dan diminumkan dia ketika hendak mati.. Mati dengan puasa,, masuk kubur dengan puasa,, keluar kubur dengan puasa,, dan masuk syurga dengan puasa (al-hadis),,, lepas dari azab kubur (al-hadis),,, (barangsiapa pada siang harinya dan beribadat di waktu malam...)"
21... Bulan Rejab bulan Allah,, diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah swt,, 
Puasa rejab menjadi wajib baginya...................
"Diampunkan dosanya yang telah lalu...
Dipeliharakan umurnya yang tinggal itu...
Terlepas dari dahaga di hari Kiamat..." (al-hadis)
22... Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap2 hari sekurang2nya sekeping roti.... (al-hadis)
23... Puasa pada awal rejab,, pertengahan dan akhirnya,,, seumpama puasa sebulan pahalanya.... (al-hadis)

Welcome to My Blog

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer