Archive for 09/01/2023 - 10/01/2023

Keluarga 69

28 Sep 2023
Posted by Selamber.org


 Assalamualaikum, salam sejahtera.

Topik ni sekadar hiburan diri sahaja. Tiada kena mengena dengan watak dan hidup orang lain. Filem P. Ramlee berjudul Keluarga 69. Hahaha. boleh tengok di https://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga_69 kalau nak tau sikit sebanyak sinopsis cerita ni.

Cerita dia kan bermula dari Osman yang suka berfoya-foya. Kena halau dengan bapak dia. Lepas tu si Osman ni menyanyi sampai dapat anugerah piring hitam la bagai. Last sekali dia balik rumah. Terjadilah adegan Keluarga 69. Keluarga tunggang terbalik. Cuma ada 1 persoalan yang masih tak berjawab dalam filem ini.  Tentang panggilan. Si dia nak panggil apa, si gadis nak panggil apa. Mak dia nak panggil apa. Bapak jadi anak nak panggil apa. Sengaja aku nak ulas dan sengaja juga nak beri otak aku berfikir banyak tentang perkara yang tunggang terbalik ni sikit. Hahaha. Adakah sejarah dapat dipecahkan? Hihihihihihihi.............................

Kita bermula dari biodata cerita ini dahulu. 

Sebelum Kejadian : -

  • En. Bakar - Bapak Osman merangkap Orang Kaya.
  • Siti Noraini - Isteri En. Bakar, Mak Osman.
  • En. Osman - Anak En. Bakar & Siti Noraini.
  • Abu Samah - Driver En. Bakar.
  • Siti Mariam - Isteri Abu Samah.
  • Aminah - Anak Abu Samah & Siti Mariam
Selepas Kejadian : -
  • En. Bakar - Bapak Osman, Suami pada Aminah
  • Siti Noraini - Isteri Abu Samah.
  • En. Osman - Suami pada Siti Mariam.
  • Abu Samah - Suami pada Siti Noraini
  • Siti Mariam - Isteri En. Osman.
  • Aminah - Isteri En. Bakar.
Ok, kita cuba huraikan panggilan sorang-sorang bermula dari En. Bakar.

En. Bakar : - 
  • Beristerikan Aminah, automatik dia bermertuakan Abu Samah & Siti Noraini. 
  • Walaupon Siti Noraini ni bekas isteri, tapi lepas bercerai, tiada apa-apa kaitan lagi. So, boleh panggil mak mertua.
  • Jadi masalah dengan mertua satu lagi, iaitu mak pada Aminah iaitu Siti Mariam. Siti Mariam kawin pulak dengan Osman. Anak pada Bakar. 
  • Bakar adalah menantu pada Abu Samah & Noraini, Menantu juga pada Osman & Siti Mariam.
  • Tapi isteri Bakar, Aminah adalah anak pada Abu Samah & Siti Mariam. 
  • Aminah juga anak tiri pada Siti Noraini sebab Siti Noraini kahwin dengan Abu Samah. Aminah adalah anak Abu Samah jugak.
  • Anak Bakar, Osman pulak kahwin dengan mak pada Aminah iaitu Siti Mariam. 
  • Jadi, Bakar adalah menantu dari Siti Mariam dan Osman. 
  • Tapi, Osman adalah anak Bakar. Bakar berkahwin dengan anak tiri Osman iaitu Aminah. Sebab Osman beristerikan Siti Mariam yang merupakan mak si Aminah.
-
-
-
-
-
-
--
-
--
-
-
--
-
--
-
-
--
-
-
-
--
-
-
--
-
-
-
--
-
-
-
--
-
-
--
-
-




Pening sial

Dah cukup

Babai












Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah

26 Sep 2023
Posted by Selamber.org

 Kasih dengarlah hatiku berbicara

Kasih izinkan diriku bertanya

Bisakah cinta bersemi

Mengundang restu Ilahi

Adakah bahgia yang diimpi

Menjadi satu realiti.

__________________________________________

Kasih ku sedari kekurangan diri

Kasih ku insafi kelemahan diri

Ku ingin sunting dirimu

Menjadi permaisuri hatiku

Sebagai isteri yang berbudi

Kebanggaan para suami

__________________________________________

Wanita hiasan dunia

Seindah hiasan adalah wanita solehah

Yang akan membahagiakan

Syurga dalam rumahtangga

__________________________________________

Hanya itu yang ku inginkan

Dari insan yang amat kusayang

Damaikanlah resah hatiku

Aku rindu kasih dan sayangmu

Terimalah seadanya

Akulah hiasan pelamin hidupmu

__________________________________________

Andainya tiada jodoh

Untuk ke singgahsana

Ku pasrahkan segalanya

Kerna takdir yang akan menentukan

Impian kasih

[ Impian Kasih lyrics found on http://lyrics.my ]


Sengaja aku copy lagu ni dari website lyrics.my. Semuanya khas untuk isteriku yang di sayangi. Saebab? Saebab saya suka... Hihihi.. 

Ayat Saebab ni dari anak saya, saya suka bila explain apa-apa, dia akan tanya saya balik, "Saebab?", jadi saya explain la dengan dia sampai anak saya ni puas hati.. Dan juga sebaliknya, saya pulak yang tanya dia dia Saebab.. Hahaha..

Aku sebenarnya nak cerita kebaikan isteri aku yang tersayang ni. Tapi, blog aku ni rasanya tak layak untuk jadi tempat rujukan untuk ceritakan semuanya. 

Di kesempatan ini, aku menyatakan yang aku menyayangi isteri aku melebihi kasih sayang Abg Tesla pada bini dia.. Hihihihi.. 

Salam Malaysia.



Welcome to My Blog

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku seorang anak lelaki dari 10 orang adik beradik.. Yang paling manja dan paling selamber.. (orang sebelah panggil pun aku buat derk je..) Aku study dalam industri engineering,, amik kos air-condition dan sekarang aku kerja dalam bidang electrical..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer