Post pertama dalam tahun 2020 nie.. Rindu gila dengan blog ni. Lama tak menaip laju, sibuk dengan urusan kerja. Aku nye kerja ni banyak membabitkan kerja computer, tapi nak pergi ke blogger tu, agak canggung sikit.. Pasal dah lama x buka kan.... tapi tengok statistik orang masuk jengok dalam blog ni pon dah agak kurang dah berbanding yang dulu2 waktu active. Agak2 nya, ada lagi x yang nak mendengar luahan hati seorg lelaki ni ye.. Lelaki yang pada dahulunya selamber, kalau sekarang agak2 selamber lagi tak.. haha..
So, kisah penulisan aku hari ini hanyalah sekadar melepaskan gian di tangan sahaja. Takde niat nak buat entry baru.. Sekarang aku nak mencantikkan kembali wajah blog aku ni.. Dengan masa yang x berapa mengizinkan ni, mana yang sempat lah..
Jadi, sekiranya blog ini ada pembaca setia, nantikan kemunculan aku akan datang.. Cuma aku nak kata, misi mencari kekasih aku dulu telah berjaya.. Dah jadi isteri aku pon, haha.. Apo nak di kato, dah jodoh..
Cerita sikit lah, alang2 dah buka blog ni.. Hahaha.. Selalu aku di tempat kerja, aku suka bergurau. Aku gurau tak kira orang. Boss besar pon aku gurau kasar. Kadang2 saja pekena boss tengah meeting, aku masuk buat hal. Hahaha.. Penah sekali kene lecture ngan boss aku, sampai terdiam aku terpana kena sound menusuk kalbu.. Makan 2,3 hari gak nak reda.. Pastu, kembali pada asal. Kacau lagi.. Hahaha..
Aku nak amik chargeman.. Tapi buku log belum habis2 lagi.. kalau ikutkan rasa nak copy orang lain punya jer.. TAPI, aku tak mau sijil yang keluar nanti tak berkat. Biarlah aku usaha sendiri. Buat apa yang aku tahu, andai kata aku berjaya masuk belajar nanti, boleh aku cerita dengan orang, aku masuk bukan ikut jalan belakang... Rase riak pulak yooo.. Hahaha.. Nauzubillahiminzalik.
Juga nak masukkan sekali cerita pasal aku sedikit.. Aku Lelaki, berjodoh pula dengan seorang wanita berketurunan Mamak..(",) Isteri aku muda sikit.. Beza umur aku 4 tahun.. So nanti dah tau lah sapa mati dulu.. Hahahah, hadeihh.. Aku juga telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tiga2 lelaki.. Belom rezeki dapat perempuan lagi.. Ops, tolak sorang anak, tinggal 2.. Sorang lagi dah meninggal dunia.. Anak kedua.. Musa namanya.. Sempat aku renung mukanya selama 15 hari sahaja.. Kemudian dia telah kembali pada Allah yang Maha Agong... Jadi, Allah lagi sayang dia.. Kurang2 ada keturunan aku dah confirm tiket masuk Syurga.. Apa lagi yang nak dibanggakan lagi kan, Syurga tuu.. sapa tak mau.. Hahaha.. Dalam ketawa, sebenarnya ada perasaan duka dalam hati.. mmmm... Rindu kat Musa.. kadang2 mengharap doa untuk dapat mimpi jumpa dia, nak tengok apa jadi kat dia.. Tapi haram,, tak pernah mimpi.. Hahahaha...
Untuk rakan2 blogger aku yang lama2 dulu, yang aku dah tak ingat pon sapa, teruk kan aku? Hahaha.. Untuk semuanya, aku mendoakan semuanya agar lebih bahagia, sapa nak ngeteh, boleh roger aku.. Area Petaling Jaya, aku jalan.. Area lain, kim salam je lah.. Hahaha..
Tak lupa kepada orang2 yang selalu berkongsi suka duka dengan aku pada waktu dahulu.. Orang yang selalu ada bila diperlukan, dan tak perlu ada pon tetiba pulak dia ada.. Huhu.. Semuanya aku harap berbahagia..
Dan aku memetika 1 kata dari aku sendiri dahulu untuk peringatan untuk diri sendiri..
.
.
.
.
Aku dah tulis dah, tapi aku padam balik.. Kan, dah nampak kan aku ni dah takda keberanian macam dulu2.. Selamber Adap Jer aku dah hilang.. Hahaha....
Terakhir sekali, aku mengharapkan, blog ini mendapat tatapan yang berupa gelak tawa, dan senyum panjang lebar dari pembaca semua.. Lagi2 yang tengok daripada permulaan cerita blog nie, aku gerenti semua nya memang boleh buat korang tersengeh.. hahaha.. Cerita pasal hantu lah, puteri bunian lah, tapi, segala yang aku cerita, memang semuanya benar2 belaka. Dan yang pasti, semuanya hanya daripada aku sendiri..
Aku belanja 1 gambar, ni gambar masa dekat IKBN Dusun Tua.. Jurusan PPU, P84.. Kalau sesiapa muka ada dalam ni, walaupun tak jelas, sila munculkan diri anda. Dan, aku dalam gambar ni ada lah yang no 3 dari kiri.. hahaha.. Amacam, skema tak aku.. Hahaha.. Hope all success..
Wassalam...
0 Ulasan
Note Penting !
1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019358XXXX. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~