Archive for 02/01/2026 - 03/01/2026

Sepi Nya Diri Ini

18 Feb 2026
Posted by Selamber.org
Tag :
Salam, tadi saja kemas bilik lama. Last aku duduk situ waktu umur 22 tahun. Sekarang umur aku 40 tahun. Banyak lah kenangan yang aku jumpa. Seperti surat2, gambar2 lama. Kenangan aku ade yang terasa nak balik ke zaman dulu. Ada orang yang aku rindukan, ada orang yang aku kecewakan, ade orang jadi akak, jadi adik, jadi kawan. Tapi tiada sesiapa yang kekal. Semuanya hilang, tiada contact, tiada sesiapa. Terasa sepi diri ini.

Lepas kemas2, terpacul pulak wife aku kat pintu. Hilang semua lamunan aku. Kembali di dunia nyata. Terperasan ade N-Gage QD aku dulu. Tak sangka hanset aku masih ade lagi. Ni pon memori pahit jugak ni. Cuma aku nak lupakan, tak perlu lah ceritakan. Sebab dia berkaitan aib orang lain. 

Buat semua yang masih mengenali diri aku ini, semenjak SPM Teknik Kajang, Politeknik Merlimau, IKBN Dusun Tua, Halaqah.net a. k. a. Halaqah Islamik Forum, harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Emm,,, tadi saja aku terasa sepi, sekarang ni tak rasa sangat, dah tengok anak2 tidor lena, sedap je tengok muka sorang2. 

Anak aku yang sulung dah masuk tahfiz An Najjah. 12 tahun. Masuk asrama penuh. Moga jadi anak yang baik insyaallah. 

Sekian sahaja penulisan aku yang penuh emosi tadi, sekarang dah ok. Alhamdulillah. 

Sesiapa yang masih kenal aku, terima kasih atas segalanya. 
Welcome to My Blog

Shopee Ads

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku suka diriku seadanya.. Masih suka blogging.. Masih suka menjelajah ke blog orang lain.. Masih setia menulis setiap perenggan dalam blog "Selamber.Org" aku ni.. Masih setia dengan isteri aku.. Masih suka buat kerja sorang2.. Masih bekerja bidang elektrikal.. Masih gemar main Handphone.. Masih lagi kuat TIDO.. Hahahaha..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer