Archive for 2024

Gangguan Makhluk Halus

13 Nov 2024
Posted by Selamber.org

 Assalamualaikum.

Sengaja aku nak bercerita di sini. Mungkin akan datang, aku nak check2 blog aku ni, terbaca balik, teringat balik la cerita ni. Sebelum lupa.

Dalam seminggu lepas, anak aku ada main sorok2 waktu senja nak dekat maghrib kat belakang rumah. Ada la dia main dengan sedara2 dia, main terpekik terlolong. Ye lah, budak2 kan. Puas la marah2, suruh balik, bising2 kat abg dia,,,, baru la reti nak masuk rumah. Ye lah, kita ni sebagai orang islam, tahu kan waktu senja ni waktu untuk siapa main. hahaha.

Nak jadikan cerita, malam tu jugak, anak aku tidur malam dalam pukul 11, terjaga, mengigau, menangis sedih tak tentu hala. Semangat betul nangis nya. Kalau jatuh tergolek naik basikal pon nangis jugak, tapi ini lagi parah nangis nya. Aku pon kejutkan lah, tapi tak boleh2 bangun. Tak berhenti-henti nangis jugak dia. Aku pon guna la ilmu yang ada di dada, baca ayatul kursi. Pegang kepala dia, baca dengan niat untuk menyembuhkan. Akan tetapi,,,, tak lut. Hahahaha. Dah try2 baca pon tak boleh jugak, terus orang umah aku campur tangan. Dengan tangan seorang ibu yang penyayang dia tu, berjaya lah sedarkan anak aku dengan sekali bacaan ayat kursi. Mungkin aku baca dengan penuh kemamaian kot, tu pasal tak jadi apa. Hahahaha.

Bila dah sedar tu, dengan sepantas kilat, dia terus tidur balik. Macam benda tak pernah jadi apa2. Bila ditanya pon macam mamai kan, macam tak paham apa yang dah jadi. Dan benda ni jadi setiap hari dalam jam 11 malam. Seminggu ni la aku melayan baca macam2 untuk dia sebelum tidur. Tapi lepas dia tidur, dalam jam 11 malam jugak, dia akan menangis tak tentu hala. Penat oooo. Cuma mujurlah last week aku kerja pagi, jadi bila malam, aku boleh teman. 

Aku dengan orang umah aku ikhtiar, bawa jumpa pakar perubatan islam, tak berjaya. Masih lagi menangis walaupun dah buat apa yang di arahkan. Macam mandi guna air yang dia bekalkan, tapi still masih lagi sama. Cuba pulak ubat Homeopati. Memang menjadi. So, agak2 macam dah tak menangis lagi, aku pon stopkan lah makan ubat, tapi bila stop aja, jadi lagi. Menangis lagi. Makan balik ubat. Tapi aku tak nak dia bergantung pada ubat ja. Jadi aku tawakal, nak panggil imam kampung aku ni, pasal katanya dia pandai rukyah. So, kemarin aku panggil lah dia.

Imam ni minta aku beli lada hitam 1/2 kg dengan air mineral @ air tapis barang 3-4 botol. Yelah, waktu rukyah tu, botol air tu dibuka supaya bacaan rukyah masuk dalam air tu "dengan izin Allah". Lada hitam tu pulak guna untuk taburkan ke sekeliling rumah. Botol air tu pulak di buat campuran air mandi. InsyaAllah di jauhkan dari gangguan semua ni lah.

Waktu rukyah tu, aku pon minta rukyah aku sekali sebab, bila aku tidur, gigi aku bergesel kuat. Mengganggu ketenteraman orang umah aku dan anak baby aku. Banyak orang tidur dengkur kan, aku ni bergesel gigi. Kalau ikut cerita orang yang dengar aku punya gesel gigi, kuatnya sampai ngilu telinga dengar. Memang kuat. Tapi aku pon tak tau lah. Orang yang kata, aku tak kata. So, aku pon dirukyah sekali.

Lepas aku dan anak aku di rukyah, alhamdulillah, setakat masa dari kemarin hingga hari ini, kejadian menangis tu macam dah tak ada. Cuma aku pon tak tahu lah, aku pon tak tanya orang umah aku lagi pasal bende ni. Takut ada, tapi tak sedar kan. Yelah, tidur kan. Kalau aku tidur lagi lah. Bom meletup sebelah telinga pon belum tentu bangun, kecuali kene kejut ngan mak aku and orang umah aku. Hahahhaha.

Alhamdulillah.

Sekarang aku ada amalkan bacaan selawat atas nabi sebanyak 30 kali setiap hari. Ini orang umah aku yang ajarkan. Orang umah aku kata, cuba baca selawat 30 kali dan lepastu doa kepada Allah swt, "Ya Allah, asbab aku membaca selawat ke atas nabi ini, jauhkanlah bencana yang menimpa kami sekeluarga, hilangkanlah segala gangguan dan hilangkan juga penyakit gigi bergesel ini ya Allah".

Dan Alhamdulillah, semenjak aku amalkan ni, macam dah tak ada pulak. Dan kalau nak tahu kenapa aku buat 30 kali je selawat? Ialah sebab aku nak buat dengan berterusan. Allah suka perkara baik yang kita buat berterusan. Sekali kalau mula2 aku dah bantai buat 1000 kali, esok belum tentu aku buat dah. Silap2 baru nak baca, dah tertidur. Macam selalu aku baca surah al-Mulk dalam keadaan baring, pastu baca. Sedar2 dah tertidur. Jadi bila malam, selalunya aku cuba baca surah al-Mulk ni awal sikit. Hahaha.

Bagus tu surah al-Mulk. Surah ni jaga kita di alam kubur nanti. Nak kata amal baik, aku sedar diri aku ni siapa. Banyak benda jahat aku buat, yang aku tahu, dan aku buat jugak walaupon dah tahu. Semoga Allah ampuni dosa2 yang kalau di timbangkan ini, mungkin seberat air dilautan. MasyaAllah. Astargfirullah. Nauzubillah Hi Minzalik. Mohon Allah jauhkan aku dari perkara2 mungkar dan dekatkan aku dengan perkara2 yang memberi kebaikan.

Setakat ini saja aku nak kongsi kat sini. 

Assalamualaikum.



Tak Rajin Nak Update Ape2

23 Sep 2024
Posted by Selamber.org

Ramai orang yang hanya sangka mereka hendak bercerita untuk meluahkan rasa tidak puas hati atau sedih tetapi tanpa sedar mereka telah terjebak untuk mengumpat.

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud :

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat”

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.

Maka Allah menjawab : “Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Aku Bersyukur Atas Nikmat Yang Diberikan

15 Mei 2024
Posted by Selamber.org

360 Hari engkau sehat, 

5 Hari engkau sakit.

Lalu engkau pun mengeluh,

"Ya Allah,,,,,,,,,, aku tak kuat lagi!"


29 Hari engkau bahagia,

1 Hari engkau dapat musibah.

Tiba-tiba engkau meratap;

"Ya Allah,,,,,,,,,, kenapa kau beri ujian ini...!"


20 Jam engkau kenyang,

4 Jam engkau tak makan.

Tiba-tiba engkau menangis;

"Ya Allah,,,,,,,,,, alangkah laparnya aku...."


Apakah engkau tak malu pada Allah yang lebih banyak melimpahkan Nikmatnya pada mu?

Bukankah kita ini 

"Lebih banyak" Sehatnya daripada sakitnya.

"Lebih banyak" bahagianya, daripada Musibahnya.

"Lebih banyak" kenyangnya, daripada Laparnya.


Maka perbanyakkanlah bersyukur pada Allah.... 

Maka Allah akan menambahkan Nikmat-Nya untukmu.....

 


Hati Berkaca²

7 Apr 2024
Posted by Selamber.org
Tag :
Assalamualaikum. 
Pagi ni projek pembersihan bilik bujang aku, dari kecik smpai taun 2013 aku mendiami bilik tu. Memang kenangan betul bilik ni. Segala macam khazanah terbentang. Dari yang aku ingat dan yang dah lupa pon ada. 
Jumpa juga offer letter kerja lama dulu. Kat Giant Salak Tinggi, kat Unijaya, surat tawaran masuk IKBN Bukit Mertajam. Ini memang aku x ingat yang ada offer macam ni. Borang semua siap isi dah, cuma tak hantar jer. Ini aku lupa kot nak hantar balik. Atau pun time tu, mak tak bagi perhi. Hahaha.
Ada jumpa file² lama, buku² belajar, buku diari,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,😔
Sejarah buku diari aku ni dari zaman aku darjah 6, sampai aku umur 22 @ 24. Sebelom aku tutup diari tu selama-lamanya. Bila baca balik, macam² kisah lucu, sedih, rindu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Tapi, sempena bulan puasa ni, aku sedekahkan lah Al-Fatihah pada yang masih hidup dan yang sudah mati. (Fatihah dibaca)
Semuanya bagi mententeramkan hati yang agak kacau kala ini.
Aku jumpa gambar² lama, nak dibakar, inilah kenangan. Lama ku tatap, ku simpan kembali. Tak ada dah apa² perasaan, benda yang lepas aku biarkan pergi. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Siapa aku nak suka² buang sifat aku ni. Semua ni lumrah kehidupan. Aku telan yang pait supaya jadi berak sudah. Yang manis aku telan jugak supaya jadi isi perut. Hahaha.
Gambar ku simpan sebagai tatapan semata.
Assalamualaikum. 

My Story Mori EP. 2 (Kereta)

4 Apr 2024
Posted by Selamber.org
Tag :

 Assalamualaikum.

Sambungan dari Story Mori EP. 1 (Kereta)

Yang ketiga pulak, lepas aku buat kajian, aku pilih Toyota Wish. Tapi Toyota Wish terpaksa aku reject di sebabkan Air Cond tengah tak ada. MPV kan 7 seater, jadi kalau yang belakang tu nak mengharapkan air-cond depan, entah bila nak sampai belakang. Lagi2 kalau tengah panas berdenyut. Hahaha.  1800 cc kau, roadtax berdenyut lagi. hahahaha. Tapi bagus Toyota Wish ni, walaupon aku search kat mudah.my yang tahun 2003 punya, harga tak jatuh oooo. Tapi rupa dia stylo. Ini pon kalau ada rezeki, aku try je lah pakai untuk masa akan datang. Dapat lucky draw company buat ke, aku ambik je lah. haaaa. Lagi 1, dia ada function AWD (All Wheel Drive). Function terok ni. 

Toyota Wish

Untuk ke 4 pilihan kereta MPV aku, aku pilih Nissan Serena. Aku minat sebenarnya Serena ni sejak aku kerja dengan Company Subaru dulu. Pasal diorang ada beli Serena ni untuk tujuan angkat barang. Kan dalaman dia besar, luas, lebar. Gear pon kat sebelah steering tu je. Tapi tak silap aku tu model tahun 2010. Best ooo. Ada la buat research sikit, kenapa harga dia boleh tahan murah, kereta bagi aku tahan lasak kot. Rupanya masalah air cond dia sering bermasalah. Bila dapat tahu je, aku cancel terus lah. Pasal aku pentingkan keselesaan dengan pemanduan. Rupa bentuk kira lantak lah. Kalau air cond tak sejuk, takkan asik nak hantar kedai je repair. Air cond rumah aku pandai la repair, ni air cond kereta, sampai ke sudah aku tak paham2.. Hahahaha.

Nissan Serena

Sambung lagi lah, malas nak panjang2 tulis. Nak kena kerja sudah. hahahah.


My Story Mori EP. 1 (Kereta)

3 Apr 2024
Posted by Selamber.org
Tag :

 Assalamualaikum. 

Sebelum ni aku ada beli kereta second. Toyota Rush. Sekarang dah jual. Harga dalam belas2 ribu la dapat kan. Tapi otak ni ada fikir, nak amik kereta baru. Cuma aku tak tau nak amik kereta apa. Macam2 pesen keta aku dah cari, Toyota Avanza, Toyota Innova, Toyota Sienta, Perodua Alza, @ mana2 rupa MPV semua aku cari, termasuk Alphard pon aku ada cari yang murah2, harga mampu milik.

Tapi aku nak cakap lah, Toyota Alphard ni baru aku memang mampu beli untuk jenis yang dah second hand ni, cuma takut nanti dah beli, jadi besi buruk pulak kat rumah. Mana tak nya, CC beso bapak dia. Insuran memang lah murah, kereta tahun berapa pulak, pak kaduk pon baru setahun jagung. Sekali nak bayar Roadtax dia saja, bagi harga MahalDahNi. Hahahaha. 

Memula aku cerita kat wife aku, aku nak beli Toyota Sienta. Harga range dalam 40k >>> 60k jer. Tak lah teruk sangat. Walaupon poket kosong, loan kan ada. Hahahaha. Power wooo, ada power door kiri kanan. Walaupon rupa dia macam apa tah, tapi aku dah minat, siapa boleh halang. Tapi aku silap, ada orang boleh halang niat murni aku. Orang itu adalah WIFE aku. Khahaahahah. Dia tak suka aku amik Toyota Sienta ni, haduissss. Dah planning bulan bintang, tak berjaya pulak. Dia tak suka rupa dia, macam orang yang buat makeup muka jenis suka melebih dalam makeup. Macam tu lah juga Toyota Sienta. Ni semua punca kawan kerja aku cadangkan Toyota Sienta ni. Kalau tidak , aku pon tak hingin nak ambik tahu rupa macam mana Sienta ni. Hahaha.. Senang kena racun aku ni. 

Toyota Sienta

Kedua pulak aku pilih Toyota Avanza. Ini favourite orang rumah aku ni. Memang dari awal sebelum jual Toyota Rush  tu pon dia dah sibok dengan Avanza dia, minta aku riki2. Dan memang aku dah riki2 pon Toyota Avanza ni. Kereta baru semua dah tak ada. Tinggal kereta second tahun 2021 @ 2022 yang paling latest. Tapi tak apa lah, memang aku planning nak cari kereta second je. Kereta jenis MPV, boleh bawa orang ramai. Tak  adalah sampai ramai sangat nak bawa, elok aku beli bus jer. hahaha. So, pendek cerita, wife aku minta la nak beli Avanza. Aku dah ok jer, tak ada masalah pon kereta ni. Cuma aku kena bahan dengan kawan2 cakap aku beli kereta Ustazah. Buat hal betol. Mana tak nya, kebanyakan drama sekarang ni korang tengok lah. Asal cerita Ustazah punya kereta je mesti Avanza. Bapak ahhh.. hahahaa. Sama jugak kes abg aku, imam kat kampung ni, dia pakai Avanza juga. Jadi aku rasa, betul la, memang Avanza ni direka untuk orang yang kuat Iman. 

Toyota Avanza

Aku kuat jugak iman, cuma lepas tengok review banyak dari expert2 youtube yang aku sendiri tak tahu mereka punya latar belakang, aku cuma boleh kata, aku pon tak boleh nak minat sangat kereta ni. Jadi aku putuskan untuk stop carian Toyota Avanza. Tapi kalau ada orang nak bagi free2, aku ambikk.. Hahaha.

Ok sambung next episod yea. 

Welcome to My Blog

Pengunjung Ku

Kawan Baru & Lama

Mengenai Saya

Foto saya
Aku seorang anak lelaki dari 10 orang adik beradik.. Yang paling manja dan paling selamber.. (orang sebelah panggil pun aku buat derk je..) Aku study dalam industri engineering,, amik kos air-condition dan sekarang aku kerja dalam bidang electrical..

Terpaling Popular

Penulisan Ku

Bermula dari Tahun 2009 Sehingga Sekarang © Selamber Aku Jer