Hari Sabtu Kena Kerja

 Assalamualaikum.

Sengaja nak bercerita tentang apa saja lah.. Bagi cepat sikit masa nak balik ni.. Start aku taip ni pukul 12.30pm, so, nak tau berapa lama aku taip dan post ni, tengok lah dekat time kat karangan aku ni.. Hahaha.. Balik pukul 1, tu yang nak abihkan masa.. Kerja semua dah abis, mengabihkan masa pulak la dekat blog.,. Rindu dekat blog aku yang tak seberapa nih..

Nak story sikit, hari Isnin lepas, aku balik kerja malam. So, macam biasa lah, kena mandi dulu, solat Isyak dulu then baru la makan. Time tu aku makan nasi lauk ikan kembung sederhana besar, dan sayur ape tah.. Lupe.. Hahhaa.. Al kisahnya, kalau kepala ikan tu memang my feberet la, kena gigit2,, kunyah2 macam singgam tu.. Cuma kali ni aku saja belek2 dulu, dalam hati kata "perghh, beso la pulak kepala ikan ni, rase nak makan bahagian pipi dulu lah, mesti rangup".. Tu lah seingat aku cakap dalam hati... Haha.. Nak di jadikan cerita, aku ternampak macam ada tali yang melekat tengah2 antara dua mata.. Maybe kalau manusia ni, kira atas hidung laa.. Tapi ni ikan, hidung celah mana kan.. So, aku nampak tali, aku sengaja lah tarik.. Sekali tarik, keluar mata kail daaaa.. Ya Allah... Mengucap aku..Terus aku letak balik kepala ikan tu.. Allahu.. Allah selamatkan aku.. Kalau aku tak tengok dulu, main makan je, dah tak pasal2 la jadi apa2 kat aku malam tu.. Allahhh.. Allah masih nak selamatkan aku..

So, aku pendekkan cerita, kemungkinan ada mata kail kat atas hidung ikan tu pasal ada orang mancing kat laut.. Maybe terputus tali, jadi bila orang menjala, tersangkut pulak ikan tu kat jala. Mata kail tu pon kilat je, cuma aku tak ada lah buat tangkal. Buang je lah.. Selera putus.. Tak nak kunyah kepala dah.. Taubat. hahaha.. Bosan gila cerita aku ni.. Hahaha..

Ok, cerita lain pulak..

Tempat aku kerja ni ada 2 shift.. Tapi bukan shift 24 jam, tapi shift alternate. Minggu ni Team A, Minggu depan Team B. So, seminggu ni aku kena kerja full day isnin sampai Sabtu, Minggu depan,,, aku cuti seminggu.. Kira Work From Home laa.. So, Insyaallah Ahad ni sampai Ahad depan, aku tak ada la nak update blog, cuti kan.. Lagipun blog aku ni dah kempunan visitor dah.. Aku update ni pon atas dasar sengaja nak isi masa dan untuk diri aku sendiri.. Akan datang nanti pon kita makin tua.. Sekurang2nya aku boleh tengok balik, baca balik diari kehidupan aku dalam blog aku ni... Teringat kenangan masa lampau.. Huhuhu..

Orang lain ada cara sendiri,, aku ada cara sendiri.. Kadang2 bila duduk sendiri, aku akan sentiasa teringat kenangan2 lama.. Rindu.. Jadi  pelbagai cara yang aku buat untuk nak bagi aku lupa... Dan nak bawa aku terus ke depan.. Move ON baiii.. Hahaha..



Ni muka aku tengah duduk atas kerusi dalam opis.. Hahaha.. Agak kabur sikit.. Yelah, selfie sendiri, malas nak adjust2.. Hahaha.. Saja masukkan buat ingatan diri sendiri.. Hari ni tak pakai baju kerja.. Sabtu bebas tuk pakai apa saja yang kita suka... Hensem tak aku? Hahaha.. Muka anak 3, acamni laa.. Ni rambut pon kemas sikit.. Sebab pakai minyak rambut.. Kalau idak, selekeh macam dulu2.. hahahaha.. ketawa,,, tapi dalam hati ada sedikit perasaan.. Hmmmm... Kalau aku kemas dari dulu? Hahaha... Ending je lah story ni.. Hahaha... Touching pulak rasanya bila tengok balik gambar2 aku yang dulu.. Yang agak selekeh.. Ada aku simpan dalam blog ni,, cuma aku tak post.. Dia simpan kat draft..

Oklah,, setakat ini je bicara aku.. Dah nak dekat pukul 1, nak balik dah..

Wassalamualaikum... 

Bye..



Catat Ulasan

0 Ulasan